Monday 12 March 2018

11 MAUT NAHAS PESAWAT MILIK JUTAWAN TURKI


SHAHR-E KORD – Anak jutawan Turki, Huseyin Basaran, Mina Basaran, disahkan antara 11 penumpang yang terkorban dalam nahas pesawat peribadi yang terhempas di kawasan pergunungan di Iran.

Pesawat jenis Bombardier CL604 itu membawa lapan penumpang dan tiga anak kapal, dalam perjalanan pulang dari Dubai.
Ketua Palang Merah Turki mengesahkan tiada penumpang terselamat, disebabkan pesawat berkenaan terhempas dalam keadaan cuaca buruk.
Sementara itu, jurucakap Organisasai Penerbangan Awam Iran, Reza Jafarzadeh memaklumkan, pesawat tersebut terhempas di barat daya bandar Shahr-e Kord.
Penduduk tempatan yang pertama tiba di lokasi nahas memaklumkan tiada mangsa ditemui terselamat, dan sebahagian mayat mangsa dilaporkan rentung.
Lokasi nahas yang terletak di kawasan pergunungan juga menyukarkan usaha mengeluarkan mangsa.
Selain Mina, penumpang lain pesawat tersebut difahamkan rakan rapat beliau, yang baru selesai mengadakan parti bujang, sebelum Mina dijadualkan melangsungkan perkahwinan bulan depan.
Pesawat peribadi berkenaan adalah milik Huseyin Basaran, bekas timbalan pengerusi kelab bola sepak Turki, Trabzonspor.
Basaran memiliki beberapa rangkaian perniagaan besar, termasuk dari kapal layar kepada sektor tenaga.
Salah satu daripada syarikatnya disenarai sebagai pemilik terbesar saham di Bank Middle East (BSC).
Basaran turut memiliki beberapa projek pembinaan apartment mewah di Istanbul, dinamakan sempena anaknya ‘Mina Tower’.
Beberapa jam sebelum nahas, Mina Basaran memuatnaik gambar beliau dan tujuh rakan rapatnya dengan #minasbachelorette.
Gambar berkenaan dirakam di sebuah hotel mewah di Dubai.
MINA Basaran cukup dikenali di negara kelahirannya, Turki. Ayahnya seorang jutawan ternama yang memiliki segala bentuk kekayaan dunia termasuk jet peribadi.
Takdir menentukan Mina maut dalam jet milik ayahnya yang terhempas di Iran. Ketika itu Mina dalam perjalanan pulang ke Turki selepas menghadiri ‘parti bujang’ di Dubai.
Ini empat fakta yang anda perlu tahu mengenai Mina Baskaran.

1. Bakal berkahwin bulan depan

Mina yang maut bersama tujuh rakannya dalam nahas berkenaan mengadakan parti bujang itu bagi meraikan minggu-minggu terakhir zaman bujangnya.
Mina sepatutnya mendirikan rumah tangga bulan depan selepas mengikat tali pertunangan dengan pasangannya pada Oktober tahun lepas

2. Anak kesayangan jutawan Turki

Ayah Mina, Huseyin Basaran merupakan ahli perniagaan dan jutawan terkemuka di Turki. Bekas timbalan pengerusi kelab bola sepak Trabzonspor ini memiliki pelbagai jenis perniagaan selain antara pemegang saham utama Bank Timur Tengah Bahrain (BSC).
3. Sahabat sehidup semati
Dalam kemaskini terakhir di Instagram beberapa jam sebelum nahas, Mina memuat naik gambarnya bersama tujuh rakan karibnya, berpakaian jubah mandi dan bercermin mata gelap. Ia dirakam di Hotel One&Only Royal Mirage Dubai sebuah hotel mewah di Emiriah Arab Bersatu (UAE).

4. Populariti melonjak selepas mati

Mina agak popular di laman sosial Instagramnya dengan jumlah pengikut melebih 58,000 orang.
Namun sebaik berita kematiannya diketahui jumlah pengikut Instagramnya melonjak kepada lebih 73,300 orang.

No comments: