Monday 18 September 2017

PENGACARA JJCM MOHON MAAF ISU MATI SYAHID DAN BANGSAT PUSAT TAHFIZ


Pengacara Nazrudin Habibur Rahman atau lebih dikenali sebagi Naz memohon maaf di atas kenyataannya di laman Twitter baru-baru ini berikutan isu kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Iftifaqiyyah. Bagi Naz, apa yang diluahkanya itu bukanlah untuk mempertikaikan soal ‘mati syahid’ itu.


“Ini bukan kali pertama berlaku, sudah banyak kes kebakaran asrama yang membabitkan kematian kanak-kanak. Saya bukan menafikan tentang hal mati syahid tetapi saya mempertikaikan tentang keselamatan yang sepatutnya dititikberatkan”
“Sampai bila kita mahu menerima alasan yang sama apabila ia membabitkan kematian. Niat saya untuk membuka mata pihak berwajib mengenai kepentingan keselamatan. Tidak kiralah pusat pendidikan apa sekalipun, soal keselamatan harus menjadi keutamaan dan bayangkan jika berlaku kecemasan, mereka ini tidak dapat menyelamatkan diri,” katanya kepada mStar Online.
Setelah siasatan dilakukan oleh pihak polis baru-baru ini, kejadian kebakaran yang berlaku 14 September lalu itu sebenarnya berpunca daripada perbuatan khianat oleh kanak-kanak berusia 11 hingga 18 tahun. Akibat kebakaran itu, 23 orang maut sekali gus membuka mata semua pihak mengenai penubuhan pusat tahfiz yang sepatutnya turut dilengkapi dengan infrastruktur yang lengkap. -  rotikaya

No comments: