Monday 3 April 2017

HANTU DI RUMAH SEWA TIDAK GENTAR AZAN DAN AYAT AL-QURAN


Agama Islam mengajar bahawa tiada terdapat sebarang hantu di dunia ini. Yang ada hanyalah mahkluk halus yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Makhluk halus ini dikenali sebagai jin, dianggap mendiami alam yang berbeza dengan manusia.

Anda pernah melihat hantu? Pernah ada pengalaman mengenainya ? Kisah-kisah ngeri manusia yang sering di ganggu oleh makhluk halus ini memang banyak. Seorang wanita berkongsi kisahnya yang menyewa di rumah baru dan telah diganggu oleh makhlus halus. Bagi yang beragama Islam, eloklah kita mengamalkan bacaan ayat kursi. Semoga kita semua dijauhi dari perkara seperti ini.

“Salam, kisah aku ini bermula dengan aku dan suami perlu pindah ke Petaling Jaya atas urusan kerja. Suami aku dapat rumah sewa area Taman Medan dengan harga yang berpatutan. Rumah sewa aku ini berdekatan dengan Pasaraya Matahari jadi senang aku nak beli barang, jalan kaki pun boleh pergi pasaraya. Klinik Kerajaan Taman Medan pun dekat.
“Masa pertama kali masuk rumah sewa ini aku dah rasa lain macam. Mana tidaknya, aku terjumpa kain putih lusuh berlumpur kering di dalam bilik tidur aku. Ada 2, 3 helai rambut panjang lekat di kain itu. Dalam hati aku terdetik, “kain pontianak ke ini? Pontianak tukar baju dalam bilik ini ke?”. Aku gelak kecik dengan diri aku sendiri. Aku tanpa banyak soal, aku terus campak kain itu dalam tong sampah luar rumah. Hari pertama aku di rumah tak ada apa-apa yang berlaku. Aku sempat lagi menari-nari dengan suami dalam rumah.
“Masuk hari kedua , mula dah buat hal. Suami pergi kerja, aku dalam bilik main Candy Crush. Selamba saja aku dengar ada orang mandi macam orang gila di bilik air diluar bilik. Dia punya jirus air itu macam gelojoh sangat nak mandi. Aku menangis dan terus telefon suami aku.
“Suami suruh baca apa-apa yang patut. Bila bunyi orang mandi dah hilang, aku pergi tengok bilik air. Ya Allah, berus gigi aku dan suami betul-betul ada dalam lubang jamban duduk itu. Lepas itu ada najis dekat atas lantai, aku cuci semua dan terus masuk bilik tak keluar.
“Bukan itu saja malam itu lagi teruk, suami balik kerja nak makan nasi. Aku hidang nasi pada suami. Menjerit suami kata nasi basi dan bau hancing! Aku panik, macam mana boleh basi? Aku baru saja masak nasi itu, masih panas lagi. Dah basi sekali bau hancing pulak itu.
“Suami aku bangun, terus pergi azan dekat tengah-tengah rumah. Habis saja suami azan, ada suara ikut azan. Suara itu datang dari sebuah bilik kosong yang pintunya bertutup. Benda itu azan main-main, gelak-gelak dan ianya sangat menyeramkan campur ngeri. Gigil tangan dibuatnya, pertama kali dengan benda-benda aneh macam ini. Suami terus tendang pintu bilik itu sampai terbuka. Nyalakan lampu, tapi tak ada apa-apa pun. Tapi bilik bau hanyir busuk bangkai.
“Tanpa banyak cakap suami dengan bengang telefon pemilik rumah, mengadu pasal benda ini. Senang saja jawapan dari pemilik, dia kata itu masalah peribadi penyewa. Lepas tutup telefon dah tak ada apa-apa gangguan. Tapi masa pukul 1 pagi, ada benda ketuk pintu belakang dapur macam nak pecah. Ketuk bertalu-talu macam pencegah maksiat yang ketuk, kuat sangat. Suami terkejut sampai tergolek jatuh katil. Aku menangis takut yang amat sangat, suami jerit sampai nak terkeluar anak tekak barulah benda itu diam. Kami tidur sambil pasang ayat-ayat suci di telefon. Gangguan tiada sampai ke pagi.
“Besok bangun, ada kesan lebam pada peha dan perut, besar pulak itu. Aku takut duduk rumah sorang, aku nak ikut suami pergi kerja. Suami kata jangan takut dengan benda itu nanti dia lagi suka. Aku beranikan diri duduk sorang di rumah. Tapi aku terperap dalam bilik dari pagi hingga ke petang tak ada apa yang berlaku. Tapi ada perkara aneh yang terjadi waktu suami balik kerja, suami kata “awak bermantera apa dengan saya ini?”, aku tak faham dan tanya suami, “mantera apa bang?”. Suami suruh tengok whatsapp. Aku on whatsapp, gila betul, aku ada hantar mesej mentera pada suami aku dalam whatsapp. Manteranya berbunyi,
“terbang melayang-layang, ada didahan, Xxxxxxxxxxxxxxx……………..
“Berderau darah aku baca, takkan hantu setan pandai pakai whtsapp pulak? Pandai main teknologi? Aku cakap pada suami bukan aku yang hantar, suami aku diam saja masuk rumah. Suami kata kita buat tak layan saja, nanti benda itu tak kacau. Nak cari rumah sewa lain memang dah tak ada duit dah. Lepas makan semua, malam itu lagi dahsyat benda itu dh mula main bakar-bakar pulak.
Tengah sedap tidur sambil pasang ayat suci ada terbau asap, alih-alih dengar suami menjerit sekuat hati. Mana tidaknya, beg duit suami terbakar, habis duit, I/C dan kad bank semua hangus. Memang seram campur sakit hati. Pertama kali tengok suami menangis. Belum reda lagi kes terbakar ini tiba-tiba, semua gambar kahwin aku dengan suami semua retak. Lepas itu terdengar bunyi benda mengilai di ruang tamu punyalah nyaring dan kalau korang dengar, mesti terkencing sebab lain macam dia punya mengilai.
Suami tak tahan telefon ustaz yang dia kenal dan mintak tolong datang ke rumah. Ustaz itu kata, “saya dekat Kuantan, Pahang ini.”
“Lepas saja ustaz cakap macam itu, ada satu suara garau cakap dekat depan pintu bilik aku macam ini, “di Kuantan ya? Hihihihi.” Suami aku terus buka pintu luas-luas dan cakap, “jangan kacau setan!”, sebab benda itu dah berani mendekat dan bersuara. Lepas itu suami sambung cakap dengan ustaz, “ustaz dengar tadi?”.
“Ustaz itu tak jawab tapi dia baca sesuatu, dalam beberapa saat, ustaz itu suruh suami azan disetiap penjuru bilik. Suami cepat-cepat buat, lepas itu gangguan dah pulih sikit, kami sambung tido.
“Pada esok hari aku bangun aku ada kat bilik air, suami angkat aku masuk bilik. Suami tak kerja, ponteng aku dah macam orang tak betul dah asyik ketakutan saja. Aku paksa suami cari rumah sewa lain, suami duduk termenung diam saja. Pagi itu aku ikut suami beli nasi lemak kat luar naik motor. Balik saja rumah, buka pintu, ada 2 ekor burung gagak terbang dalam rumah, terkejut betul aku.
“Lepas itu ada najis dekat atas meja makan hilang selera makan aku. Suami tampar meja dengan tangan sambil cakap, “melampau la ini!”. Suami suruh kemas baju-baju nak keluar. Suami cakap rumah ini puaka tahap gila. Aku tanpa berlengah terus kemas baju, suami pergi buang air besar. Masa aku tengah kemas baju. Aku dengar ada benda tengah ‘pung pang pung pang’ masak kat dapur. Aku terus pergi tengok, alangkah terkejutnya aku tengok ada pontianak dengan rambut panjang sampai ke pinggang, rambut kusut masai tutup muka.
“Pakai kain putih lusuh yang aku buang sebelum ini. Selamba saja diri dekat dapur macam patung sambil dua tangan letak di perut (macam orang tengah solat). Benda tak guna itu pandang aku, lutut aku goyang. Memang goyang sangat tak tipu, mulut aku terkunci, kaki pun tak boleh jalan badan gigil.
“Aku tak pernah nampak benda ghaib ini. Sekarang dah nampak, memang tercabut skru lutut. Terdetik dalam hati aku adakah kita boleh lihat mahkluk ghaib sejelas ini? Pagi pula itu nak panggil suami tak boleh, mulut terkunci habis! Aku ingat dalam filem saja bentuk pontianak macam ini. Rupanya dunia sebenar pun sama. Lepas terketar-ketar sambil menangis, aku pengsan. Sedar-sedar aku dah ada di pusat rawatan islam.
“Sekarang aku dan suami dah tinggalkan rumah syaiton itu. Kami cari rumah sewa yang baru. Kami dapat rumah flat dekat Taman Desa Perangsang jalan PJS 3/52. Kedai runcit Aceh pun depan rumah saja. Di sini tak ada puaka-puaka syaiton ini. Alhamdulillah okay saja, cuma satu yang pelik, masa hari pertama masuk rumah sewa baru ini.
“Aku ternampak kain putih lusuh di atas lantai rumah flat aku ini, bila aku pandang kali kedua, hilang pula. Mungkin khayalan aku saja sebab masih trauma. Tapi yang penting, gangguan yang menimpa keluarga kecil aku sebelum ini sudah tiada, tenang jiwa rasa,” tulisnya. 
Sahih atau sekadar cerita viral.. teman tidak tau. Tapi itulah cerita yang terpapar di utaranews

No comments: