Tuesday 7 March 2017

TIADA LAPORAN POLIS MENGENAI ATHLET KARATE SABAH BELASAH 2 PTI HINGGA KOMA


Tidak dinafikan, admin juga menerima mesej melalui applikasi WhatsApp mengenai kes seorang athlet karate Sabah membelasah 2 lelaki Pendatang Tanpa Izin (PTI) sehingga kome dalam cubaan samun dan rogol. Walau bagaimanapun, Polis Bandaraya Kota Kinabalu menafikan kes cubaan rogol dan samun itu seperti yang menjadi tular (viral) sejak semalam. 

Menurut Ketua Polis Daeraah ACP M.Chandra, tidak ada sebarang laporan polis di buat samada di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Kinabalu atau Ibu Pejabat Polis Daerah Penampang atau mana-mana Balai Polis. 

“Polis tidak menerima sebarang laporan berhubung kejadian seorang gadis membelasah dua orang PTI sehingga koma seperti yang diviralkan,” katanya dalam satu kenyataan kepada media. 

Beliau turut menyeru orang ramai agar mendapatkan pengesahan sesuatu berita semada benar atau sebaliknya daripada pihak polis dan tidak menyebarkan sesuatu berita belum disahkan oleh pihak berkuasa. -SayangSabah

No comments: