Wednesday 1 March 2017

MALAYSIA - ARAB SAUDI METERAI 7 MOU BERNILAI RM9.74 BILION


Tujuh syarikat Malaysia dan Arab Saudi hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) berkaitan kerjasama dalam pelbagai sektor membabitkan nilai dagangan sebanyak RM9.74 bilion.

MoU itu membabitkan beberapa sektor penting termasuk produk halal, perubatan, makanan, penerbangan, perkhidmatan haji, infrastruktur, pembuatan dan tenaga.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed, berkata pemeteraian MoU itu menunjukkan peningkatan kepentingan hubungan rapat dan kerjasama dua hala antara kedua-dua negara terutama dalam bidang perniagaan.

Pemeteraian MoU itu membabitkan:

I) Perbadanan Pembangunan Industri Halal (HDC) – AJ Pharma Holdings Sdn Bhd (vaksin halal)

II) PRASARANA Malaysia Berhad – Saudi Investment Group and Marketing (pengangkutan)

III) Dewina Holdings Sdn Bhd – Ghazzawi Business Group (makanan dan minuman)

IV) Majlis Amanah Rakyat (MARA) – Ghazzawi Business Group (industri penerbangan)

V) Silvertech Global Sdn Bhd – Alternative Technology Commercial Limited (Informasi dan Teknologi Maklumat)

VI) Nikkon Industrial Lighting Sdn Bhd – National Solution Modern Lighting (pembuatan)

VII) Gading Kencana Sdn Bhd – March Global Co Ltd (sektor tenaga)

No comments: