Friday 10 February 2017

JURURAWAT MAUT KEMALANGAN 4 KENDERAAN


Kampar: Jururawat maut dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan termasuk lori di Kilometer 27 Jalan Ipoh - Kuala Lumpur, di sini pagi tadi.

Dalam kejadian jam 11.50 pagi itu, mangsa Norizan Harun, 33, yang juga anak perempuan kepada Ketua Balai Polis Malim Nawar, Sarjan Mejar Harun Osman, meninggal dunia di lokasi kejadian.
Kemalangan membabitkan kereta jenis Perodua Myvi dipandu mangsa yang maut, Proton Wira, Toyota Vios dan lori yang kesemua pemandu tiga kenderaan berkenaan tidak mengalami kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan awal mendapati sebuah lori yang dipandu Mohamad Hazreel Roslan, 26, dari arah Kampar menuju Ipoh dan sebaik tiba di lokasi kejadian dipercayai cuba mengelak sebuah kereta yang memasuki laluannya.
"Apabila sampai di tempat kejadian pemandu lori terbabit cuba mengelak ke kanan daripada melanggar kereta dipandu Norizan yang dipercayai memasuki laluannya lalu hilang kawalan dan merempuh kereta mangsa.
"Lori berkenaan kemudian terbalik memasuki laluan bertentangan lalu menggelungsur dan melanggar dua kereta yang datang dari arah bertentangan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.
Menurutnya, siasatan lanjut masih dijalankan dan kesemua kenderaan yang terbabit dalam kemalangan itu akan dibawa ke Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) Gopeng, di sini untuk pemeriksaan. HMetro

No comments: