Friday 10 February 2017

GUNUNG BERAPI SINABUNG KEMBALI AKTIF DENGAN LETUSAN GANAS


KARO: Gunung berapi Sinabung yang aktif di pulau Sumatera, Indonesia memuntahkan kepulan asap dan debu ke udara hari ini, dalam siri letusan ganas terbaru. 


Asap tebal berkepul di sekitar Sinabung dan kawasan sekitar, termasuk sebuah sekolah rendah berhampiran di mana kanak-kanak sedang bermain di bawah asap gunung berapi. 

Menurut agensi pemantau gunung berapi, paras aktiviti meningkat sejak minggu lalu dengan gunung berapi itu memuntahkan awan debu panas ke udara berpuluh kali. 

Walaupun berlaku letusan, penduduk tempatan meneruskan aktiviti seperti biasa, seolah-olah tiada apa berlaku. 

Kanak-kanak bermain di sebuah sekolah di daerah Neman Teran, walaupun pihak berkuasa berkata, keadaan selamat kerana ia berada di luar zon bahaya sejauh empat kilometer dari kawah gunung berapi. 

Sinabung mula aktif pada 2010 buat kali pertama dalam tempoh 400 tahun. -AFP

No comments: