Monday 28 November 2016

VIRAL KENAIKAN KADAR LESEN KENDERAAN MOTOR ADALAH PALSU


KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) menafikan kenaikan kadar fi Lesen Kenderaan Motor (LKM) membabitkan semua jenis kenderaan 880cc dan ke atas bermula Januari 2017 seperti yang tersebar di media sosial.


Menurut kenyataan Ibu Pejabat JPJ, maklumat yang disebarkan itu adalah tidak tepat dan palsu.



“Jabatan memandang serius isu kenaikan kadar fi LKM kerana ia boleh menimbulkan salah faham kalangan masyarakat awam,” katanya.

“JPJ menasihati orang ramai supaya tidak mudah terpengaruh dan mempercayai mesej menerusi saluran media baharu yang tidak mempunyai sumber sah.

“Orang awam dinasihatkan untuk merujuk terus kepada JPJ sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, selain tidak turut sama menyebarkan maklumat palsu berkenaan,” menurut kenyataan itu.  

-  BH

No comments: