Friday 18 November 2016

LEMBU PECAH PERUT DI LEBUHRAYA - HARAP LEMBU ITU DISEMBELIH....


SEREMBAN: Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan dikejutkan dengan penemuan lembu dalam keadaan terduduk dengan usus terkeluar daripada perutnya di tengah lebuh raya berkenaan selepas disyaki terjatuh daripada lori, berdekatan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban, di sini, kelmarin.

Lembu itu ditemui seorang pengguna lebuh raya, Mohammad Naqiuddin Mahdon, 20, yang menunggang motosikal ketika dalam perjalanan pulang dari Nilai, dekat sini, ke rumahnya di bandar ini, jam 3 pagi.

Menurut Mohammad Naqiuddin, sebaik tiba di lokasi, dia terkejut melihat objek di tengah lebuh raya lalu memberhentikan kenderaannya.

“Saya sangka tayar lori pecah tapi sebaik menghampirinya, saya seperti mahu menangis kerana objek itu adalah lembu. Haiwan itu seolah-olah menahan kesakitan kerana usunya terkeluar disebabkan perutnya pecah.

“Lebih menyedihkan apabila lembu berkenaan tidak boleh berdiri kerana disyaki keempat-empat kakinya patah. Saya pelik bagaimana lembu itu boleh berada di tengah lebuh raya dan berkemungkinan haiwan itu terjatuh daripada lori yang membawanya,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Berikutan itu, Mohammad Naqiuddin yang tidak sampai hati melihat haiwan itu menghubungi PLUS Berhad untuk tindakan segera.

“Jika lembu ini dilanggar, sudah pasti ada kesan seperti serpihan atau sebagainya. Kemungkinan besar, lembu ini melompat keluar daripada lori menyebabkan tubuhnya cedera dan kakinya patah,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Menurutnya, apa yang merisaukannya ketika itu muncul kenderaan lain lalu merempuh lembu berkenaan.

“Pihak PLUS menyatakan mereka akan ke lokasi untuk mengalihkan lembu itu. Saya berharap lembu ini selamat,” katanya. - HM

Seriosly... memang kesian tengok lembu dalam keadaan kesakitan seperti itu. Amat berharap agar haiwan tersebut tidak dibiarkan mati begitu sahaja. Semoga ada pihak yang berhati mulia untuk menyembelihnya mengikut hukum syarak.... wallahua'lam.

No comments: