Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd. Sani Harul berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 1.19 petang dan tiba di lokasi, empat minit kemudian.

Menurutnya, tiga menara penyejuk tersebut terletak dalam sebuah bilik unit kendalian udara (AHU) berkeluasan 222.9 meter persegi di tingkat atas premis terbabit.
"Api berjaya dikawal pukul 1.50 petang. 

"Tiada mangsa dilaporkan cedera akibat kebakaran itu," katanya di sini hari ini.

Beliau menambah, nilai kerugian serta punca kejadian tersebut masih dalam siasatan.

Asap tebal yang keluar dari bumbung kilang percetakan itu turut mencuri tumpuan penduduk sekitar dan pengguna lebuh raya terletak bersebelahan hingga menjadi viral begitu pantas. - UTUSAN ONLINE