Wednesday 30 November 2016

JAMBATAN KONKRIT DALAM PEMBINAAN HUBUNGKAN KL ECO CITY - MID VALLEY RUNTUH


Tiga pekerja binaan dilaporkan kritikal manakala seorang cedera selepas binaan konkrit setinggi bangunan dua tingkat runtuh di tapak pembinaan KL Eco City, berhampiran Kampung Haji Abdullah Hukum, di sini, petang ini.

Ketua Pusat Pergerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Samsol Maarif Saibani, berkata pihaknya menerima laporan jam 3.33 petang dan mengerahkan 23 anggota dari Balai Bomba Pantai, Hang Tuah dan Seputeh ke tempat kejadian.

“Difahamkan, binaan itu runtuh dan menghempap pekerja. Berdasarkan maklumat awal, terdapat 5 atau enam mangsa.
“Tapi setakat ini tiga disahkan kritikal dan seorang cedera,” katanya di sini, sebentar tadi.
Katanya, operasi menyelamat masih dilakukan di lokasi kejadian dan maklumat penuh akan menyusul kemudian.

No comments: