Saturday 5 November 2016

DATO' USTAZ KAZIM ELIAS DIKEJARKAN KE HOSPITAL



Menurut sumber dari fanpage Dato' Ustaz Mohd Kazim Elias, pagi tadi Dato Ustaz Kazim Elias telah dikejarkan ke hospital. 
Pemeriksaan sedang dijalankan. 
Mari kita sama2 berdoa mohon Allah melindungi beliau dan memberi kesembuhan.
Buat masa sekarang PELAWAT TIDAK DIBENARKAN MELAWAT. #adminDUKE

bELIAU dilaporkan dimasukkan di sebuah hospital swasta selepas mengadu penat dan tidak sihat di rumahnya, di sini, hari ini.

Rakan baiknya, Lim Yean Meng, 55, berkata, perkara itu dimaklumkan kepadanya pada jam 7.30 pagi sebelum Mohd Kazim dibawa ke wad kecemasan hospital berkenaan pada jam 8 pagi untuk mendapatkan rawatan.

Menurutnya, Mohd Kazim dijadualkan untuk merasmikan majlis graduasi Tadika Nurul Barakah serta menyampaikan ceramah agama di Pusat Pendidikan Al Barakah pagi ini.

“Bagaimanapun, kesihatan beliau (Mohd Kazim) tidak mengizinkannya untuk menghadiri majlis tersebut dan perlu dimasukkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya ketika dihubungi, hari ini.


Katanya, kelmarin Mohd Kazim telah mengadakan ceramah perdana bertajuk ‘Dosa Yang Diviralkan’ di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang dan Khamis lalu di Mini Stadium Pendang, Kedah.

Sama-sama kita mendoakan semoga DUKE kembali sihat, sembuh seperti sediakala dan dipermudahkan segala urusan rawatan.

No comments: