Tuesday 25 October 2016

FOTO : DETIK CEMAS ICU HOSPITAL SULTANAH AMINAH JOHOR BAHRU TERBAKAR


Unit Rawatan Rapi Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru terbakar kira-kira pukul 9 pagi tadi menyebabkan pesakit-pesakit terpaksa dipindahkan ke kawasan selamat.


Setakat pukul 10.45 pagi, anggota Bomba dan Jabatan Pertahanan Awam masih berusaha mengawal kebakaran.

Asap tebal jelas kelihatan keluar melalui jendela di tingkat dua di mana terletaknya Unit tersebut.
Kakitangan hospital terpaksa memindahkan pesakit-pesakit bersama-sama katil mereka atau dengan menaiki kerusi roda ke kawasan pekarangan hospital.
Anggota bomba memadam kebakaran di tingkat dua Unit Rawatan Rapi ( ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru mengalami kebakaran dan bomba masih giat melakukan operasi pemadaman kebakaran selain menyelamat mangsa terperangkap. - Foto Hairul Anuar Rahim bhonline
Lima mayat disahkan ditemui selepas terperangkap dalam kejadian kabakaran di tingkat 2 Unit Rawatan Rapi (ICU) di hospital tersebut setakat ini.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru, Asisten Komisioner Sulaiman Salleh mengesahkan sebentar tadi.
Lagi gambar :






UPDATE

Enam mangsa dilaporkan mati dalam insiden kebakaran pesakit di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru pagi tado. Mangsa dikatakan pesakit-pesakit yang sedang berada di unit berkenaan. Empat daripadanya wanita dan dua lelaki.


No comments: