ALOR SETAR - Niat seorang kanak-kanak 11 tahun membantu ibunya memanaskan enjin kenderaaan membawa padah apabila ia merempuh sebuah kedai telco di Taman Vistana Indah Jalan Langgar di sini.


Dalam kejadian kira-kira 3.20 petang itu dua pekerja kedai telekomunikasi berkenaan sedang tekun melayan pelanggan sebelum dikejutkan kejadian kereta merempuh hadapn premis berkenaan.

Menurut pekerja, Nurul Nadira Abu Hassan 23, mereka melihat kenderaan berkenaan diletakkan di hadapan kedai berkenaan lebih kurang jam 2 petang.



"Bagaimanapun, dua kanak-kanak lelaki berusia 11 dan 12 tahun dipercayai masuk ke dalam kenderaan terbabit tidak lama kemudian dan menghidupkan enjin kereta itu.

"Secara tiba-tiba, kenderaan berkenaan merempuh kedai hingga mengakibatkan sebahagian kereta masuk dalam kedai selepas, kami terdengar bunyi seolah-olah ada orang menekan pedal minyak" katanya.

Sementara itu seroang saksi hanya ingin dikenali sebagai  Zainuddin,40-an, dia yang berada berdekatan kedai apabila mendengar bunyi kuat seperti letupan bom.

Kata Zainuddin dia melihat dua kanak-kanak lekai yang ketakutan berkenaan berlari keluar mendapatkan ibu  mereka yang dipercayai berada di bahagian atas premis itu.

"Wanita yang dipercayai sedang mendapatkan rawatan muka berkenaan panik, dan segera turun mematikan kenderaan sebaik menerima makluman itu," katanya.

Manakala, pemilik kedai, Md Shaifon Nizam Ahmad dia menanggung kerugian kira-kira RM20,000 akibat kerosakan bahagian hadapan dan peralatan dalam kedai.

Menurutnya beberapa peralatan, seperti perabot dan cermin utama, malah gajet dipamerkan di kedai berkenaan rosak akibat remuhan tersebut.

Bagaimapaun, katanya dia bersyukur tiada pekerja ataupun pelanggan, malah kanak-kanak berkenaan cedera akibat rempuhan kuat merosakkan kedainya itu.

Katanya, beberapa pekerja kedai berkenaan mengalami trauma, namun dia lega apbila mereka tidak tercedera ketika kereta berkenaan merempuh kedai.