Monday 6 June 2016

HAIRUL AZREEN-HANIS ZALIKHA DIKURNIAKAN CAHAYAMATA LELAKI PERTAMA


Menurut perkongsian Hairul menerusi akaun Instagramnya, Hanis selamat bersalin seorang bayi lelaki yang diberi nama Yusuf Iskandar,  dengan berat 3.85 kilogram pada jam 8.15 malam hari Jumaat lepas.

Alhamdulillah Jumaat, tepat jam 8.17malam isteri saya selamat melahirkan zuriat kami yang pertama syukur ke hadrat Ilahi.  Yusuf Iskandar , 3.85 kg,  sihat walafiat.  Minta iringan doa yang baik buatnya amin.
Berkahwin pada tanggal 5 Jun 2015, Hairul akui kehadiran anaknya adalah hadiah ulangtahun perkahwinan yang cukup bermakna buat beliau dan Hanis.
Pada masa yang sama Hairul mengucapkan terima kasih kepada mereka yang tidak putus mendoakan kesihatan anaknya dan isteri serta ucapan tahniah atas kelahiran orang baharu didalam keluarga beliau. - beautifulnara

No comments: