Sunday 25 January 2015

MALAYSIA JUARA PUSINGAN KEDUA HOKI LIGA DUNIA TUNDUKKAN POLAND 8-0


TAHNIAH.... SYABAS..... MALAYSIA menjadi juara saingan Pusingan Kedua Hoki Liga Dunia (WHL) 2015 selepas menundukkan Poland 8-0 pada perlawanan akhir di Stadium Hoki Sengkang, di sini malam ini.

Penjaring:
Malaysia: Faizal Saari (3', 33'), Muhammad Razie Abdul Rahim (7’, 21’,60'), Nabil Fiqri Mohd Noor (42’), Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil (48'), Muhammad Haziq Samsul (54')

JAIPk SERBU RESTORAN BUKAN ISLAM GUNA KALIMAH ALLAH UNTUK TARIK PELANGGAN

Jabatan Agama Islam Perak (Jaipk) menggempur restoran milik bukan Islam di Jalan CM Yusuf yang menyalahgunakan kalimah ALLAH dan Muhammad untuk menarik perhatian pelanggan Muslim. 

MAYAT LELAKI DIIKAT KAKI, TANGAN DAN PERUT DENGAN BATU SERTA TANPA SEBELAH TELINGA DITEMUI DIBENAM DI SUNGAI GOLOK


RANTAU PANJANG – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan menyayat hati apabila tangan, kaki dan perutnya diikat dengan tali, sebelum dibenamkan ke Sungai Golok dengan batu.