Thursday 25 September 2014

'BUDAK ULAR' DERITA PERLUKAN AIR SETIAP JAM


Seorang remaja diberi gelaran 'budak ular' kerana mempunyai satu keadaan yang luar biasa itu. Ari Wibowo, 16, mesti merendam badan dalam air setiap jam dan menyapu losyen untuk mengelakkan kulitnya merekah dan pengerasan menyebabkan dia tidak boleh bergerak. 

KEMENANGAN BN DI PRK DUN PENGKALAN KUBOR DENGAN MAJORITI LEBIH BESAR

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin (dua dari kiri) bersama calon Barisan Nasional, Mat Razi Mat Ail (kiri) dan Datuk Seri Mustapa Mohamed (tengah) meraikan kejayaan memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Pengkalan Kubor, di Pusat Operasi Barisan Nasional, malam ini. - Foto Fathil Asri

TUMPAT : Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor dengan majoriti lebih besar apabila calonnya, Mat Razi Mat Ail menang dengan kelebihan 2,635 undi, mengalahkan dua pencabarnya, Wan Rosdi Wan Ibrahim daripada PAS dan calon Bebas, Izat Bukhary Ismail Bukhary pada Pilihan Raya Kecil (PRK) hari ini.

HARI ARAFAH (WUKUF) 3 OKTOBER DAN AIDILADHA 4 OKTOBER DI ARAB SAUDI


MAKKAH : Tahun ini, Hari Arafah atau juga dikenali Hari Wukuf iaitu kemuncak ibadat haji, ditetapkan pada 3 Oktober dan Aidiladha disambut pada hari berikutnya, demikian diumumkan Mahkamah Agung Arab Saudi.

AWAS !! HADIS PALSU DI KALANGAN MASYARAKAT MELAYU !!!


BANGI, 15 September 2014 - Kajian oleh seorang pakar hadis di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendapati 34.42% daripada hadis yang sering di petik dan digunakan di kalangan masyarakat Melayu adalah palsu atau mawdu.

BLOGGER DIREMAN TIGA HARI BANTU SIASATAN HINA INSTITUSI DIRAJA DAN POLIS

Aktivis lelaki berusia 29 tahun (baju putih) dibawa keluar selepas pihak polis mendapat kebenaran Majistret Salina Omar untuk perintah reman selama tiga hari.

JOHOR BAHARU:  Polis pada Rabu mendapat kebenaran mahkamah untuk menahan reman seorang lelaki bagi membantu siasatan berhubung kenyataannya yang didakwa menghina institusi diraja dan polis menerusi sebuah laman blog.