Sunday 23 March 2014

'WAKIL SUAMI' BERJAYA TEWASKAN CALON BN #PRKKAJANG


Kerusi Dun Kajang terus kekal milik PKR setelah calonnya, Datin Seri Wan Aizah Wan Ismail menang Pilihan Raya Kecil (PRK) N25 menewaskan calon BN, Datin Paduka Chew Mei Fun dengan majoriti 5,379 undi.

Keputusan PRK Dun Kajang diumumkan oleh Pegawai Pengurus PRK Dun Kajang N25, Datuk Hassan Nawawi di Kompleks Sukan Majlis Perbandaran Kajang, Seksyen 15 Bandar Baru Bangi pada jam 9.12 minit malam dengan Wan Azizah meraih undi sebanyak  16,741 manakala Mei Fun sekadar mendapat 11,362 undi.

PILOT #MH370 TERIMA 2 PANGGILAN MISTERI DARI SEORANG WANITA 2 MINIT SEBELUM PESAWAT BERLEPAS ???


Kapten penerbangan MH370 yang hilang menerima dua panggilan daripada wanita misteri dua minit sebelum berlepas menggunakan nombor telefon mudah alih di bawah identiti palsu, lapor sebuah akhbar Inggeris.

KENAPA KELUARGA PILOT #MH370 'BERSEMBUNYI' DARI MEDIA ??

Zaharie (kanan) bersama anak perempuannya, Keluarga Kapten Zaharie Ahmad Shah bertindak mencari perlindungan tempat berlindung, luar dari kawasan rumah mereka dalam usaha untuk keluar dari ‘ribut spekulasi’ yang melanda juruterbang itu.
“Keluarga Zaharie lebih suka mengelak daripada spekulasi daripada bercakap. Kini, mereka tahu siapa kawan sebenar mereka,” kata seorang rakan yang rapat dengan keluarga Zaharie tetapi tidak mahu dikenali.

Menurut rakannya, keputusan isteri dan anak- anak Zaharie untuk ‘bersembunyi’ adalah satu cara untuk mengelak daripada diburu oleh media, seperti apa yang berlaku kepada keluarga pembantu juruterbang Fariq Abdul Hamid di mana stesen TV tempatan telah berkumpul di hadapan rumahnya.

NICOL KALAH MENGEJUT KEPADA PEMAIN TIDAK TERNAMA



GEORGE TOWN: Pemain nombor satu dunia Datuk Nicol Ann David tidak berjaya dalam misi memburu kejuaraan dunia kelapan di halaman sendiri apabila gagal mara ke final Kejohanan Skuasy Wanita Dunia CIMB ke-29 di sini hari ini.

#PRKKAJANG - PROVOKASI MELAMPAU PUAK PR CETUSKAN KEKECOHAN

Rakyat News

KAJANG 23 Mac - Hari mengundi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang yang sedang berlangsung hari ini dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) di perkarangan Masjid Jamek Kajang.

PASUKAN SAR #MH370 KINI BERADA DI KAWASAN PUSARAN GYRE YANG AMAT BAHAYA ....???


Kuala Lumpur : “Pasukan mencari sekarang bekerja di kawasan laut yang ada pusaran amat besar serta mampu memerangkap apa saja objek yang jatuh di dalamnya.”

KERETA MEWAH LAMBORGHINI HANCUR TERLIBAT KEMALANGAN DI GUA MUSANG


Sebuah kereta Lamborghini Aventador remuk teruk setelah terlibat dalam satu kemalangan di Chiku Gua Musang petang tadi. Menurut sumber, kereta berkenaan dikatakan gagal memotong sebuah kereta jenis Subaru Impreza lalu merempuh treler yang datang dari arah bertentangan.