Wednesday 24 July 2013

KEPUTUSAN RASMI PRK DUN KUALA BESUT : BN MENANG DENGAN MAJORITI BERTAMBAH




Keputusan rasmi PRK Kuala Besut:

Barisan Nasional :      8,288   undi
PAS                   :      5,696 undi
Undi rosak         :        125 undi

Majoriti :                  2,592   undi

Bertambah 158 undi (naik 6.49%) berbanding 2,434 majoriti pada Mei 2013. 

Peratus keluar undi : 80%

HUKUMAN PENJARA BLOGGER HINA MAHKAMAH KEKAL....


PUTRAJAYA : Penulis blog Amizudin Ahmat gagal dalam rayuannya bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi menjatuhi hukuman penjara tiga bulan kerana menghina mahkamah berhubung artikel yang memfitnah bekas Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri (kini Tan Sri) Dr Rais Yatim.

TIDAK RASMI : BN MENDAHULUI PAS #PRK DUN KUALA BESUT.....CHE LONG GEMBIRA TAK PERLU LANTIK PEMBANTU..!!!


Sehingga entry ini ditulis, dikhabarkan, calon BN Tengku ZaihanChe Ku Abd Rahman sedang mendahului calon PAS di semua Pusat Daerah Mengundi dengan majoriti lebih besar berbanding Pilihanraya Umum ke-13 yang lalu.

PRK DUN KUALA BESUT : SENARAI FITNAH PAS SEPANJANG KEMPEN......

Senarai Fitnah Pas, Di PRK Kuala Besut

Kempen telahpun tamat di PRK DUN Kuala Besut.... jam 8.00 pagi tadi pengundi mula membuang undi ke peti undi di Pusat Daerah Mengundi masing-masing untuk memilih wakil rakyat yang mereka mahukan. 

Berikut adalah senarai fitnah dan penipuan yang telah digunakan oleh Parti ISLAM Se-Malaysia (Pas) sepanjang kempen pilihanraya kecil DUN Kuala Besut.

SMS CHE LONG KECEWA DENGAN PENYOKONG SENDIRI.....


Hari ini adalah hari mengundi bagi warga Kuala Besut untuk PRK DUN Kuala Besut... Jumlah pengundi yang keluar mengundi  pada sejam pertama sejak pusat-pusat mengundi dibuka adalah memuaskan.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Yusuf berkata, sehingga jam 9 pagi tadi, seramai 2,406 pengundi keluar menunaikan tanggungjawab dan meningkat sebanyak 15 peratus.


Yang bestnya adalah luahan sms di atas tentang kekecewaan Che Long yang dilihat jadi kuda tunggangan Pas , Duit habis berpuluh ribu untuk kempen jadi calon , pastu kena 'gam' pulak mulut . Jahanam la kalau macam ni , belum apa-apa dah jadi kecoh , Pas Dun Kuala Besut sendiri marah kerana calon pilihan mereka tak diambil oleh Pas Pusat . Pas Terengganu haya jadi pak turut saja , terpaksa ikut apa kata Pas Pusat dan Pas Kelantan yang dilihat mendominasi PRK Kuala Besut ni. 

Bab kena tutup mulut ni memang menjadi isu hangat , macam mana nak jadi pemimpin kalau mulut kena tutup , hadoii apa dah jadi dengan Pas ni , main tangkap muat saja , demi kepentingan politik peribadi , yang jadi mangsa adalah rakyat. 

BACA SETERUSNYA....... KLIK DI SINI

AL-FATIHAH : PRIMADONA FILEM MELAYU, DATIN HAJAH UMI KHALTUM KEMBALI KE RAHMATULLAH....

998744_302056239939198_1483271670_n

Al-Fatihah.....

Seniwati terkenal tanahair ... Datin Hajah Umi Kalthom telah meninggal dunia pada jam 4 pagi tadi.

Difahamkan, Allahyarhamah meninggal ketika sedang tidur dan hanya disedari anggota keluarganya sewaktu hendak mengejutkannya untuk bangun bersahur.

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya......


MOHAN PERUMAL BELASAH GURU ARAH PELAJAR NON-MUSLIM MAKAN DALAM 'TANDAS' !! GURU, WAKIL PIBG DAN PEGAWAI PPD MAKAN DI MANA..???!!!



Editor Berita akhbar Makkal Osai, Mohan Perumal antara paling lantang membelasah guru sekolah yang dikatakan mengarahkan pelajar bukan Islam makan di dalam tandas. 


Dalam posting pertama beliau di Facebook mengenai isu ini beliau menulis :

@Tuan Zaharin Mohd Yasin @Najib Razak @Haji Rahim Mahmood Ini adalah tindakan Guru Besar Sekolah kebangsaan Sri Pristana yang memberi arahan kepada murid-murid bukan lslam untuk makan makanan mereka di perkarangan tandas semasa Bulan Puasa. Mungkin Allah dan Nabi Mohammad (saw) sendiri tak akan maafkan Guru Besar tersebut. Kepada ibubapa yang terlalu gairah hantar anak-anak mereka ke sekolah kebangsaan padan muka. Apakah gunanya berpuasa dan solat lima kali, tetapi bertindak seperti anjing liar terhadap umat manusia sendiri?

PERBEZAAN BILIK AIR DAN BILIK PERSALINAN..... CAI2 PR NGOK WAJIB TENGOK..!!!


Setelah saya paparkan entri terdahulu, klik di sini, sebilangan pembaca melontarkan pandangan mereka hanya  berasaskan TANGGAPAN  bukan FAKTA.  Pada awalnya, saya hanya ingin memperbetulkan fakta ditulis oleh blogger pro pembangkang,  BILIK AIR dan BILIK PERSALINAN, dua premis berbeza. 

Pada masa sama, saya TIDAK langsung melontarkan pandangan berhubung  status keselesaan  bilik persalinan digunakan sebagai tempat makan pelajar sekolah sejak kira-kira 4 bulan lalu. Oleh itu USAH mencatatkan komen berlandaskan TANGGAPAN.

Apapun, izinkan saya berkongsi beberapa gambar dirakamkan di sekolah sama untuk menjelaskan kepada mereka terkeliru.