Thursday 30 May 2013

BONGKAKNYA NIK AZIZ.... TIADA PENYATUAN UMNO-PAS SELAGI NYAWA DI KANDUNG BADAN..!!!



Mursyidul Am PAS Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau tidak akan membenarkan sebarang usaha ke arah penyatuan PAS dan Umno selagi beliau masih hidup.

Menurut bekas Menteri Besar Kelantan itu, PAS adalah milik semua ahlinya dan sebarang tindakan atau keputusan yang dibuat perlu mendapat persetujuan daripada semua ahli khususnya melalui muktamar. 

“Tidak boleh sesiapapun mengatur usaha untuk mengadakan kerjasama antara PAS dan Umno apa lagi secara senyap-senyap, parti ini terbuka kepada orang ramai dan milik ahli. “Saya tidak bagi, selagi saya masih hidup saya tidak akan benarkan usaha untuk menjalin kerjasama PAS dan Umno dilakukan,” ujarnya. 

MUFTI PERAK DIBELASAH BEKAS MUFTI PERLIS DI TWITTER.....


Bekas mufti Perlis didalam laman Twitternya hari ini membidas kenyataan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyifatkan pihak yang mengadakan demonstrasi di jalanraya sebagai penderhaka.

DR. KHIR TOYO, BEKAS MB SELANGOR YANG DIHERET KE PENJARA....


Mahkamah Rayuan hari ini mengekalkan keputusan bersalah terhadap bekas Menteri Besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo bagi tuduhan rasuah yang berkaitan dengan pembelian dua lot tanah berharga RM3.5 juta yang dikatakan sebagai dibawah harga pasaran dan sebuah rumah di Shah Alam, semasa menjadi penjawat awam.

GENTLEMAN SANGAT LA PEMUDA BN......

Hiasan

1. Walaupun keputusan PRU 13 telah diwartakan, nampaknya jentera serangan dan propaganda pembangkang tidak henti-henti menyerang dan 'mengebom' musuh. Di pihak Barisan Nasional terutamanya Pemuda, tiada pula kelihatan sama ada mereka cuba mempertahankan pihak mereka atau menyerang kembali pihak lawan. Sunyi sepi. Hanya bunyi cengkerik yang kedengaran. Sungguh GENTLEMAN...

RAJA MUDA SANGGUP MENCEMAR DULI, BERBASIKAL UNTUK BERJUMPA RAKYAT

Raja Muda berbasikal untuk bertemu rakyat

KANGAR, 29 Mei (Bernama) -- Hampir setiap minggu, Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencemar duli dengan berbasikal menjelajahi serata pelusuk negeri untuk bertemu rakyat jelata.

PKR FITNAH KERAJAAN MAHU TUTUP KES MATI DALAM LOKAP POLIS...!!!


Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan kesal apabila niat baiknya untuk membantu keluarga tahanan yang mati dalam lokap polis, N. Dharmendran, telah disalah faham.

DEDAH !!! PEMILIK BLOG HINA PDRM DIKENAL PASTI...!!!


Hasil 'tarbiyyah' Anwar Ibrahim, Tian Chua, Chegubard & Badrul Amin.. Budak bernama Mohd Nuramin ni secara terang2 menghina PDRM.... Penghinaan yang sangat melampau apabila menggelar pasukan yang bertanggungjawab menjaga keselematan negara itu sebagai ANJING..!!! Lihat print screen di bawah...

RAJA AZMI CEDERA KENA RAGUT...???

RajaAzmi

Penerbit dan pengarah filem terkenal, Raja Azmi Raja Sulaiman mengalami kecederaan selepas bergelut dengan dua peragut yang membawa lari beg tangannya berhampiran sebuah hotel di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur semalam.