Saturday 25 May 2013

RONNIE LIU HADIR FESTIVAL BELIA PUTRAJAYA UNTUK UBAT HATI YANG LUKA....???



Kelibat bekas exco Pakatan Selangor, Ronnie Liu di Festival Belia Putrajaya 2013 telah menimbulkan banyak persoalan. Ramai yang berpendapat, Ronnie Liu hadir hanyalah semata-mata untuk memberikan sokongan kepada program anjuran kerajaan.

HIMPUNAN HITAM 505, KUMPUL 100K TANDATANGAN UNTUK BANTAH PRU13

Hiasan

Laporan didalam Malaysiakini yang mengatakan sebuah gerai jualan di himpunan haram yang berlangsung tadi di Petaling Jaya mengumpulkan 100'000 tanda tangan bagi membantah pilihanraya yang diadakan baru baru ini. 

TAHNIAH SAIFUL....SEMOGA BERBAHAGIA HINGGA KE AKHIR HAYAT....


"Inilah jodoh saya", demikian ungkapan bekas pembantu peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada media sebaik selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, personaliti TV3, Nik Suryani Megat Deraman.
Mohd Saiful, 28, sah menjadi suami kepada Nik Suryani dengan sekali lafaz di Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam (TTI) di sini, tepat jam 3.30 petang tadi dan dinikahkan sendiri oleh bapa pengantin perempuan, Megat Deraman Megat Stan.
Pihak perempuan menerima sembilan dulang hantaran berbalas 11 daripada pihak lelaki dan mas kahwin bernilai RM41,101.
Majlis pernikahan itu disaksikan kira-kira 100 orang terdiri dari ahli keluarga terdekat dan rakan mempelai.
Pengantin perempuan turut menerima sembilan dulang hantaran berbalas sebelas.
Tahniah kepada Saiful Bukhari dan Nik Suryani.
Tahniah kepada Saiful Bukhari dan Nik Suryani.
Mohd Saiful dan Nik Suryani yang memakai persalinan berwarna putih sedondon dinikahkan di hadapan keluarga kedua-dua belah pihak selepas mengikat tali pertunangan pada 20 Oktober tahun lalu.
Majlis resepsi pula dijadual berlangsung di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam, Pulau Wan Man di sini, bermula pukul 8 malam ini.
Mohd Saiful Bukhari sebelum ini mencetuskan kontroversi apabila mendakwa pernah diliwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara pada 2008.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagaimanapun membebas dan melepaskan Anwar daripada tuduhan itu.-sinar harian

BAGAIMANA NEGERI-NEGERI DI MALAYSIA MENDAPAT NAMANYA .... ???


1. SELANGOR 


Antara cerita yang mengaitkan nama Selangor adalah daripada sejenis serangga yang digelar ‘langau’. Seorang pahlawan yang sedang dalam perjalanan ke utara telah tewas oleh seekor langau yang menganggunya ketika berehat di tebing sungai. Akhirnya pahlawan tersebut telah meneroka kawasan tersebut dan dijadikan penempatan yang diberi nama Se-Langau dan akhirnya menjadi Selangor.

(FOTO) : NGERI !!! PENIAGA DITETAK KETIKA SEDANG MAKAN....


Gombak : Seorang penjual telefon bimbit parah selepas dibelasah dan ditetak dengan parang oleh tiga lelaki dalam kejadian di gerai makan di sini, kelmarin.

Berikutan kejadian itu, mangsa yang berusia 47 tahun dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menerima rawatan.

PSY PALSU BERJAYA PERDAYA ARTIS HOLLYWOOD ..... HE! HE! HE!


Cannes – Bintang rapper Gangnam Style, PSY mengambil peluang menghadri Festival Filem Cannes dengan berparti sakan bersama bintang Hollywood yang turut hadir pada majlis itu. 

Namun hakikatnya, tiada siapa yang menyedari bahawa dia bukanlah PSY yang sebenar, sebaliknya mempunyai wajah yang serupa. 

Denis Carre, 34, yang kelihatan seolah-olah seperti PSY, menghadiri majlis berkenaan dengan dikawal oleh tiga lelaki yang diupah sebagai pengawal peribadinya. 

Selain Rosario Dawson, dia turut berpesta bersama dengan artis Naomie Harris dan Adrien Brody. 

Pada majlis itu, Denis turut mendapat minuman percuma dan membawa bersama `pengurus' untuk berbincang mengenai penampilannya PSY pada festival di Monaco. 

Bukan itu sahaja, dia juga dilaporkan turut menarikan tarian Gangnam Style untuk penyiaran Perancis. 

Ketika ditemui, Denis berkata, dia mula berlagak seperti PSY apabila secara tidak sengaja diperkenalkan sebagai bintang rap berkenaan di sebuah kelab di Dublin. 

"Ketika itu orang ramai mula mengerumuni saya dan keadaan jadi tidak terkawal. Saya hanya dapat melepaskan diri dengan bantuan kakitangan kelab berkenaan,'' katanya. 

Bagaimanapun PSY yang mengetahui mengenai lelaki berwajah serupa dengannya itu sempat bergurau dalam twitternya. 

"Nampaknya ada satu lagi SAYA di Cannes…katakan hi padanya,'' kata PSY.