Friday 17 May 2013

PEMBACA THE EDGE MALAYSIA MAHU ANWAR BERSARA SELEPAS KALAH PRU 13....

theedgeclose

Portal The Edge Malaysia menggantung pengundian atas taliannya setelah kaji selidik terakhir mendapati lebih 80% pembacanya mahukan Anwar Ibrahim memenuhi janjinya untuk bersara dari politik apabila kalah dalam pilihan raya umum ke-13 ini.

Minggu lalu, Mykmu dan banyak media melaporkan hasil kaji selidik The Edge yang nyata sekali tidak memihak kepada Anwar Ibrahim.

NIK NAZMI MENGAKU TIDAK BERSALAH ANJUR PERHIMPUNAN HARAM


PETALING JAYA : ADUN PKR Seri Setia penggal kedua Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) hari ini kerana gagal memberi notis 10 hari kepada polis sebelum menganjurkan perhimpunan pembangkang 8 Mei lalu.

Beliau bertanggungjawab sebagai penganjur yang didakwa telah melakukan kesalahan pada hari berkenaan di Stadium Kelana Jaya.

SPR BUAT LAPORAN POLIS TERHADAP ANWAR N THE GENG....!!!


Tindakan SPR ini tepat pada masanya kerana rakyat sudah muak dengan tindakan Anwar dan kuncu-kuncunya yang tidak kesudahan berpolitik dengan perhimpunan haram dan sebagainya. Hakikatnya, perlantikan Perdana Menteri dan kabinet baru telah mendapat perkenan DYMM Yang Di Pertuan Agung.

DI SAAT TERLANTAR SAKIT, BEKAS MB KEDAH JADI BELASAHAN BLOG-BLOG PRO PAS....


azizan_sakit

Sejak berakhirnya PRU ke-13 pada 5 Mei lalu, boleh dikatakan hampir setiap hari bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak dihentam dan diburuk-burukkan oleh penulis-penulis blog pro-PAS Kedah.

Bagaikan tidak puas dengan ulasan Urusetia Penerangan PAS Kedah yang melabelkan Ustaz Azizan sebagai salah satu faktor kekalahan parti mereka di negeri Jelapang Padi itu, mereka menokok tambah tuduhan tersebut.

Macam-macam yang mereka kata pada Azizan. Antaranya mereka menuduh pentadbiran beliau yang “ala-UMNO” menyebabkan PAS kecundang. Padahal, ketika bekas MB Kedah itu mentadbir, langsung mereka tidak mengkritik pentadbirannya di media maya!

JAIS TANGKAP KHALWAT PELAKON LELAKI TEMPATAN TERKENAL.....


SIAPAKAH PELAKON LELAKI ITU...... BACA HINGGA HABIS........

SHAH ALAM, 16 Mei (Bernama) -- Seorang pelakon lelaki terkenal tempatan ditangkap khalwat oleh sepasukan pegawai Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di sebuah unit Apartment Taman Sri Subang di sini awal hari ini.

STRATEGI JAHAT LIM KIT SIANG DI JOHOR


Pihak kami telah berjaya mengesan beberapa strategi yang akan dilancar oleh Lim Kit Siang di Parlimen Gelang Patah yang antaranya adalah seperti berikut;

1. Mempengaruhi orang-orang Melayu menerima DAP dengan cara memberi sumbangan kepada surau-surau dan masjid-masjid di sekitar pekan Gelang Patah dan kampung-kampung sekitarnya. Mereka menganggap dengan cara ini akan membuatkan perasaan marah orang Melayu terhadap DAP akan menjadi kendur.

PUAS HATI DAN GEMBIRA DAPAT KELUAR DARI PAS


SELAMA – Bekas Ketua Pas Cawangan Sungai Bayor, Ahmad Zanian Md Shuhor (gambar), 62, jelas berpuas hati dan gembira dengan keputusan yang diambilnya bersama 680 lagi ahli Pas cawangan berkenaan untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai Umno.

MUDAHNYA.... PILIH WAKIL RAKYAT DENGAN HANYA LAMBUNG SYILING....


Agak-agak di Malaysia boleh jadi macam tu tak? Bila keputusan undian seri, kedua-dua belah pihak yang bertanding bersetuju untuk menentukan kemenangan dengan cara melambung syiling. Dramatiknya, dah lambung syiling pun masih seri jugak!!! Akhirnya, setelah lambungan sessi kedua dijalankan, maka pemenang pun diisytiharkan..... dan yang lebih menarik.... pihak yg kalah akur dan menerima kekalahan lantas berjabat tangan mengucapkan tahniah kepada yang menang..... TIDAK ADA DEMONSTRASI HITAM, KUNING OR JALANAN MEMBANTAH KEPUTUSAN...!!!! 

Berlaku di mana?.... Lihat berita berikut :