Thursday 25 April 2013

PRU13 : BERIBU AHLI PKR SABAH DIJANGKA SERTAI BN....




BEAUFORT 25 April - Kira-kira 1,500 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Klias dan Kuala Penyu dijangka keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN) dalam masa terdekat.

Perkara itu dinyatakan bekas Ketua Cabang PKR Beaufort Abdul Jarih @ Ramli Ukin yang juga adik kepada Datuk Seri Lajim Ukin, calon PKR di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Klias.

PRU13 : MUSLIMAH PAS TERENGGANU, HULUR DUIT UNTUK RAIH UNDI....???


Menurut sumber-sumber tertentu, Muslimah PAS kini telah mula menabut duit kepada pengundi-pengundi atas pagar serta penyokong UMNO yang mana mereka telah kenalpasti. Menurut sumber itu lagi, agen-agen yang terdiri dari muslimah telah dilantik untuk merayu serta menyogok pengundi-pengundi tersebut bagi mendapatkan sokongan serta undi mereka di pilihanraya yang ke 13, 5 Mei nanti.
Perlu di ingat bahawa dalam keadaan terdesak pihak PAS dan PKR mampu menawarkan sogokan yang lumayan sehingga mencecah RM500. Muslimat PAS yang menjadi pertualang agama, bangsa dan negara ini bergerak secara berkumpulan seramai 5-6 orang.Kerja kerja jahat mereka ini dikesan didalam DUN Ladang,Parlimen Kuala Terengganu.Pengundi-pengundi di DUN Ladang serta Parlimen Kuala Terengganu di nasihatkan supaya tidak menerima duit tersebut kerana menjadi kesalahan dalam UNDANG-UNDANG MALAYSIA,Akta 5,AKTA KESALAHAN PILIHAN RAYA 1954 ,BAHAGIAN III ,PERBUATAN-PERBUATAN RASUAH. TerengganuToday


35 PENGGANAS KIRAM MAHU BUAT ONAR PRU13, DITEMBAK MAMPOS PASUKAN KESELAMATAN FILIPINA...!!!


Pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu, ketika kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

PRU13 : UNDI AWAL - PDRM, SPR BUAT LAPORAN POLIS


Dua laporan polis dibuat terhadap laman blog ‘milosuam.blogspot.com’ yang menyebarkan dakwaan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia diarah mengundi awal bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam,) Asisten Komisioner Ramli Mohamed Yoosuf, berkata satu laporan polis dibuat oleh seorang pegawai Jabatan Siasatan Jenayah Komersial di sini dan satu lagi oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di Putrajaya, petang semalam.

JEMAAH TABLIGH RISAU APABILA PUAK 'TAK PERNAH BERPAKAT' MEMERINTAH...???


Sesekali Azzman Azif (bukan nama sebenar) membetulkan kedudukan kopiah putih di atas kepalanya ketika duduk bersembang di tangga Masjid Jamek Sri Petaling dekat sini.

Mungkin kerana topik perbualan menyentuh soal politik, maka beliau berfikir sejenak sambil menarik nafas sebelum memberikan pandangannya berhubung pilihan raya umum ke-13 (PRU13).

BLOGGER DR. NOVANDRI DAN RAKAN KEMALANGAN AKIBAT KERETA DISABOTAJ...???


Dr. Novandri Hasan Basri atau lebih dikenali dengan Dr. MiM dan memegang jawatan Naib Ketua Pemuda Bukit Gelugor telah mengalami kemalangan bersama seorang rakannya awal pagi tadi. 

PRU13 : MACAI PR ANGGAP BOM MELETUP DI CERAMAH BN HANYA SANDIWARA....!!!


Alah, luka sikit saja... itu pun nak kecoh...

Kalau betul-betul letak bom, takkanlah takda sesiapa pun mati?

Bodoh tahap mega ler orang yang meletakkan bom di dalam sampah...

Itu adalah antara kata-kata yang dituturkan oleh para pecacai, sama ada kata-kata tersebut berbentuk penulisan, mahupun lisan. Mereka merujuk kepada apa yang berlaku di Nibong Tebal. Bagi mereka, ianya tidak ubah seperti satu lagi sandiwara.

PRU13 : KECELUPARAN MULUT LONGKANG SIEW FOOK.......!!!




SEREMBAN  - Pengerusi DAP negeri, Loke Siew Fook malam tadi menghina Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamad Najib Tun Razak di hadapan lebih 1,000 penyokong pembangkang di Nilai dengan mengeluarkan perkataan biadap, "dia (Najib) ingat, Malaysia ini bapak dia punya".

BN VS PR : ANALISA HAPUS CUKAI KENDERAAN


1. Baru-baru ini, Pakatan Rakyat mengumumkan janji mereka seterusnya untuk menghapuskan cukai kenderaan sekiranya diberi peluang memerintah. Cukai kenderaan di Malaysia ini merangkumi duti import, duti eksais dan cukai jualan.

PRU13 : TIADA PERMIT, CERAMAH KARPAL DIHENTIKAN



PULAU PINANG  - Ceramah anjuran DAP di Kampung Sungai Gelugor di sini malam tadi terpaksa dihentikan berikutan tiada permit yang sah.

Ceramah yang bermula pukul 9 malam itu hanya berjalan kira-kira setengah jam sebelum diarahkan oleh polis supaya memberhentikannya.

Antara pemimpin DAP yang hadir ialah Pengerusi DAP, Karpal Singh; Zairil Khir Johari, R.S.N Rayer dan Jagdeep Singh Deo. - UTUSAN ONLINE

'MAT TYSON' TAIB TIDAK LAYAK SERTAI PAS.... ???



PULAU PINANG  - DAP mempertikaikan tindakan Pas menerima kemasukan bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd. Taib ke dalam parti itu.

Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata, Muhamad tidak layak untuk menyertai Pas sekali gus duduk di dalam pembangkang kerana mereka yang mempunyai rekod buruk tidak seharusnya diterima sebagai ahli dalam mana-mana parti.

PITA RAKAMAN SELAMATKAN RAJAGOBAL


PETALING JAYA - Sejarah bagaikan tercipta pada mesyuarat Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), semalam apabila Datuk K. Rajagobal menjadi orang pertama berjaya keluar daripada perbicaraan tanpa dikenakan sebarang hukuman dan masih kekal menjadi pengendali Harimau Malaya sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini.

SIAPA KATA POLIS, TENTERA SUDAH MENGUNDI AWAL....???

SPR nafi polis, tentera sudah mula undi awal - Terbakor

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menafikan wujud pengundian awal seperti yang didakwa beberapa pihak termasuk tersebar luas di laman sosial sejak semalam.

( VIDEO ) : TAN SRI SANUSI JUNID BONGKAR SEJARAH BERSAMA ANWAR...

Berikut dipertontonkan VIDEO pendedahan yang dilakukan oleh Tan Sri Sanusi Junid ketika beliau bersama Anwar Ibrahim. Rupanya Anwar mengetahu mengenai semua hal, tapi sengaja mau bikin orang marah...!!!