Sunday 10 March 2013

( VIDEO ) : KECELUPARAN NURUL IZZAH PERLEKEH PGA



UNTUK PENGETAHUAN....Dua orang anggota pasukan keselamatan dari Pasukan Gerakan Am (PGA) telah tercedera akibat serangan pengganas Sulu Jamalul Kiram III. Puteri kesayangan Anwar Ibrahim ini memperlekehkan pengorbanan dua anggota PGA tersebut ... kewujudan mereka langsung tidak diperlukan lagi.

Pasukan Gerakan Am hanya untuk lawan komunis, jadi bila komunis dah takda, Pasukan Gerakan Am wajib dibubarkan - NURUL IZZAH.

OPS DAULAT : 2 ANGGOTA PGA CEDERA


Operasi di kawasan Kampung Tanduo dan juga Kampung Tanjung Batu telah diteruskan sejak petang semalam di mana pada jam 8 malam tadi telah berlaku kejadian berbalas tembak secara “sporadic” sehingga awal pagi.


Sewaktu kejadian berbalas tembakan yang bermula pada jam 3 pagi, dua anggota pasukan gerakan am, kedua-duanya berumur 25 tahun telah mendapat kecederaan. Seorang cedera di paha dan seorang lagi di sebelah kaki kirinya. Mereka yang cedera ini hanya dapat dikeluarkan dari kawasan operasi pada jam 8 pagi tadi dan terus dihantar ke hospital untuk mendapat rawatan dengan menggunakan helikopter polis diiringi oleh seorang pegawai perubatan ATM.

AZLAN KAKI JUDI...???



Azlan Mohd Lazim (gambar kanan), bapa Saiful berasal dari Janda Baik, Pahang pernah bertugas sebagai General Manager di hotel Merlin Inn di Johor Baharu. Kemudian berhenti kerja kerana dia adalah seorang yang kuat berjudi.

Ibu Saiful, Halina Alif terpaksa melakukan berbagai kerja untuk membantu keluarga, termasuk menjadi pelakon tambahan dalam bebarapa buah filem Melayu dan drama.

Halina memohon cerai daripada Azlan, apabila Azlan cuba memaksa beliau menjual tubuh dan menjadi pelacur. Perceraian berlaku ketika Saiful berumur empat tahun. Azlan kemudiannya menghilangkan diri.

OPS DAULAT : BUDAK LELAKI 12 TAHUN TERKORBAN


Seorang remaja lelaki yang tidak dikenali ditembak mati manakala seorang lelaki dewasa cedera di bahagian kakinya apabila anggota keselamatan Malaysia menembak sebuah belukar di Kampung Sungai Bilis pagi ini, dalam operasi Ops Daulat yang masuk hari keenam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata kejadian itu berlaku semasa polis menahan lima orang yang tiba-tiba muncul di kawasan itu.

LANUN SULU MENGAMUK NAK BAKAR KAMPUNG PENDUDUK TEMPATAN....!!!


Tragedi berdarah yang mengorbankan enam anggota polis di Kampung Seri Jaya, Simunul di sini menakutkan penduduk kampung selepas mereka mendengar khabar angin kumpulan pengganas itu merancang MEMBAKAR kampung mereka.
Seorang penduduk, Nazmah Datugis, 40, berkata, sejak tercetus khabar angin itu, dia dan ahli keluarga membuat keputusan meninggalkan kampung itu buat sementara kerana bimbang dengan khabar angin tersebut.

“Kami terpaksa meninggalkan rumah kerana kumpulan tersebut tidak berhati perut dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk membunuh,” kata Nazmah yang sedang berkemas untuk meninggalkan kampungnya semalam.

SOFEA HANA - HACKER BETINA PR DIBERKAS POLIS...!!!


Seorang penggodam komputer yang dikenali sebagai Sofea Hana yang telah diburu Pihak Polis kerana memfitnah Datuk Seri Najib meletak jawatan akhirnya ditangkap di sini, kata polis Bukit Aman petang tadi.

“Apabila ditanya apa yang dilakukan dengan website tersebut, dia menjawab godaman itu sekadar suka suka ,” kata Timbalan Ketua Polis Bukit Aman, Datuk Azhar Othman Yaakub.

Menurutnya, pihak Suruhanjaya telah mengambil tindakan drastik atas dakwaan memfitnah keterlaluan ke atas Datuk Seri Najib. Menurut sumber, Sofea Hana telah deactivate akaun facebook beliau http://www.facebook.com/sofea.hana.9 selepas mengetahui identitinya sedang dicari pihak berkuasa.