Friday 1 March 2013

PELAKON FAUZIAH GHOUS EKSIDEN... LANGGAR LELAKI MABUK....???


Pelakon jelita dan popular tanahair, Fauziah Ghous khabarnya ditimpa kemalangan (kalau tak silap ini kemalangan kali kedua selepas yang pertama ketika bersama Iqram Dinzly dulu).

Beliau telah memuatnaik melalui akaun Instagram nya keadaan keretanya yang remuk pada bahagian hadapan kerana 'tercium' sebuah kereta lain yang berhenti secara tiba-tiba di hadapannya...

MULUT LONGKANG TIAN CHUA TUDUH UMNO KONSPIRASI KRISIS LAHAD DATU.... CELAKO! CELAKO! CELAKO!



Naib Presiden Keadilan, Tian Chua menuduh dengan biadapnya bahawa serangan tembak menembak yang berlaku di Lahad Datu dipercayai konspirasi terancang UMNO untuk mengalihkan perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.....




Apakah Tian Chua tidak tahu bahawa.... Ada beberapa bukti yang boleh disabitkan Anwar Ibrahim dengan pencerobohan di Lahat Datu apabila Sultan Sulu berjaya ditangkap hidup-hidup.

Mengikut perisik Angkatan Tentera ada bukti boleh mengaitkan sultan Sulu ada perjumpaan dengan Anwar Ibrahim bersama Nur Misuari.

Maka rajin-rajinlah.....Baca.... di sini ......Juga... di sini

AL-FATIHAH KEPADA ANGGOTA UNIT VAT 69....SEMOGA ALLAH MENCUCURI RAHMAT KE ATAS MEREKA...

GAMBAR ALLAHYARHAM ZULKIFLI B. MAMAT BERSAMA KELUARGA


3 orang anggota VAT 69 telah disahkan gugur mempertahankan negara iaitu Inspektor Zulkifli , Sarjan Sabarudin dan Koperal Azman Ampong . Al Fatihah .

SERANGAN DIMULAKAN OLEH PENCEROBOH - PM


Pekan, 1 Mac - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanduo, Lahad Datu sepatutnya menerima tawaran menyerah diri dan keluar dari kawasan itu secepat mungkin.

"Kita ambil sikap yang berhemah dalam mengendalikan masalah pencerobohan berkumpulan di Lahad Datu kerana kita cuba elak pertumpahan darah dan selesai masalah dengan baik, tetapi mereka yang terlibat harus sedar bahawa apa yang mereka lakukan itu merupakan kesalahan besar dan serius."Mereka sepatutnya dapat menerima tawaran kita keluar dari kawasan kita dengan secepat mungkin. Lagi lama mereka kekal di situ mereka akan terdedah dengan bahaya dari segi apa yang boleh berlaku kepada mereka," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

TERCETUSNYA KRISIS MAUT DAN BERDARAH DI LAHAD DATU....



Media Filipina melaporkan penceroboh Sabah dari Kesultanan Sulu telah berbalas tembak dengan tentera Malaysia di Lahad Datu dan dikatakan bahawa beberapa orang dari kedua belah pihak telah terbunuh dan cedera.

Akhbar Philippine Star  melaporkan bahawa pihak tentera Malaysia telah memulakan serangan terhadap kubu pihak peceroboh di sini hari ini... 

Berikut adalah Kenyataan Rasmi Pesuruhjaya Polis Sabah...