Sunday 6 January 2013

PAS PERAK RESTU IDHAMCARE TITISERONG ...???


Wahhh...apa dah jadi ni? besar sungguh Kompleks Pendidikan Darul Anwar yang telah dibina di kawasan Titi Serong Parit Buntar ni ye? Mana pegi semua batu batan dan kompleks berbumbung ala ala bangunan Maharaja China di kawasan ni?

Menurut kata penduduk setempat, pemilik komplek ini adalah ADUN Titi Serong sendiri dan dikhabarkan juga beliau ada membuat kutipan secara wakaf kepada orang ramai, tapi dah bertahun juga dengar cerita ni, namun apa yang ada hanyalah papan hijau seperti gambar berikut :

PELAKON AYAT-AYAT CINTA MURTAD...???


Seorang pelakon wanita cantik yang pernah membintangi sebuah filem agama (ayat-ayat cinta) mengaku murtad kerana cinta. Adakah anda kenal dengan nama Rianti Cartwright?
Pelakon cantik tu diberitakan dah murtad apabila memilih untuk berkahwin dengan seorang lelaki Kristian.. Dia memilih untuk gadaikan pegangan agama dia semata-mata kerana cinta.
Ketika ditemubual oleh media Indonesia tentang status agamanya, pelakon tersebut menjawab.
“Bagi saya, ada yang boleh dikongsi bersama dan ada yang tidak boleh.”
Jika tidak murtad kenapa tidak memberikan jawapan dengan jelas..???

KOORDINATOR ANWAR IBRAHIM DI TANGKAP RASUAH KES GANGGUAN SEKSUAL....???


PETALING JAYA : Pembantu kepada Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga koordinator program kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh ditangkap dalam satu serbuan operasi membanteras rasuah.
Lelaki berusia 50-an, dan dua yang lain telah ditangkap kerana didakwa menawarkan rasuah dan penyalahgunaan kuasa terhadap kes gangguan seksual.
Mereka dikatakan telah memberikan RM30,000 kepada seorang wanita untuk menggugurkan aduan gangguan seksual ke atas wanita tersebut.
Pengarah penyiasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Mustafar Ali mengesahkan penangkapan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

KEJAM !! REJIM SYIAH ROGOL TAHANAN WANITA SUNNI



Syeikh Al-Dhari mengingatkan bahawa ketika ini lebih dari 5000 muslimah sunni masih berada di penjara-penjara rejim Syiah Iraq. Bukan hanya 400 muslimah sunni, seperti digembar-gemburkan oleh rejim Al-Maliki. Di penjara Al-kazhimiyah sahaja, terdapat lebih dari 500 tahanan muslimah sunni yang melahirkan bayi akibat diperkosa secara brutal oleh tentera dan warden rejim Syiah Iraq.

Syeikh Al-Dhari menyebutkan bahawa PM Al-Maliki tidak akan melepaskan para muslimah sunni yang ditahan dalam penjara-penjara kerana akan menyebabkan terbongkarnya kebiadaban rejim Syiah Iraq boneka NATO dan Iran tersebut.

SADIS !!! PADAH BUNUH KANAK-KANAK, LELAKI DIBAKAR HIDUP-HIDUP DI PERKARANGAN SEKOLAH...!!!


BANDAR RAYA GUATEMALA : Satu kumpulan perusuh membalas dendam terhadap seorang lelaki yang dikatakan pihak berkuasa membunuh dua kanak-kanak di sebuah sekolah rendah, semalam.

Menteri Dalam Negeri, Mauricio Lopez Bonilla berkata, lelaki mabuk yang dikenali sebagai Julio Saquil itu menceroboh masuk ke sekolah di Tactic, Alta Verapaz, di utara negara itu sebelum menyembelih dua kanak-kanak dengan sebilah parang.

Bonilla berkata, sekumpulan perusuh kemudian membawa Saquil, 35, ke halaman sekolah itu dan membakarnya hingga mati.

ZUHUD SANGAT LAH NIK AZIZ TU......!!!!

Siapakah lelaki yang paling zuhud di Kelantan..???  Dikhabarkan tahap zuhudnya  tidak dapat ditandingi oleh sesiapapun..!!!



Foto di bawah sering digunakan oleh troopers PAS untuk menggambarkan 'kezuhudan' pemimpin mereka :

PETIR ITU SEDANG BERTASBIH.......


Sementelah, sekarang ni musim hujan dan beberapa negeri sedang dilanda banjir, maka hari ini teman nak paparkan satu artikel yang ada hubung-kait dengan hujan.... 

 Adakah kita pernah dengar petir bertasbih? Rupa-rupanya itulah yang berlaku ketika kilat sabung menyabung.
عن عبد الله بن الزبير أنه كان إذا سمع الرعد ترك الحديث وقال
Abdullah ibn Zubair r.a apabila mendengar petir, beliau akan berhenti bercakap, lalu membaca
سُبْحَانَ الَّذِيْ يُسَبِّحُ الرَّعْدُ بِحَمْدِهِ وَالْمَلَائِكَةُ مِنْ خِيْفَتِهِ
 (Mahasuci Allah yang mana petir dan para malaikat bertasbih dengan memuji-Nya kerana rasa takut kepada-Nya) [Surah ar-Ra’d : 13]
ثم يقول : إن هذا لوعيد شديد لأهل الأرض
Kemudian Abdullah bin Zubair r.a berkata: Sesungguhnya ini merupakan satu amaran keras (daripada Allah) kepada penghuni bumi. [HR Imam al-Bukhari dalam Al-Adab Al-Mufrad, Sahih al-Adab al-Mufrad: 556] 

TERBONGKARNYA KERJA KEJI "BAPAK SEGALA KONSPIRASI"


Pendedahan tentang perangai buruk Anwar Ibrahim oleh bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Murad Khalid sungguh menjijikkan.

Ini membuktikan dan meningkatkan lagi keyakinan rakyat bahawa pertalian Anwar dengan Barat adalah konspirasi yang terbesar bukan sahaja untuk menjadi Perdana Menteri tetapi juga pemimpin kesayangan Barat.

Dalam Akuan Berkanun, Murad berkata Anwar mempunyai 20 akaun induk bernilai RM3 bilion untuk menjaga kepentingannya.

TUKANG GUNTING RAMBUT 'KUNG-FU'

UNIKNYA seni mempertahankan diri kungfu......Seorang tukang gunting mempraktikkan seni kungfu dengan menterbalikkan kepalanya ke bawah ketika memotong rambut pelanggannya.

gunting rambut

Wang Xioyu yang berasal dari Changsha, wilayah Hunan, China, mula dikenali ramai setelah terserempak dengan media ketika sibuk melayan pelanggan dengan berdiri menggunakan tangan pada tahun lepas.

KES ROGOL : BINATANG PUN TIDAK AKAN BERTINDAK SEPERTI MEREKA...!!!

mangsa rogol
Mangsa rogol dibawa ke Singapura minggu lalu tetapi dia meninggal dunia. - Foto ihsan Daily Mail

NEW DELHI - Rakan lelaki mangsa rogol berkata, dia dan kawannya yang meninggal dunia di Singapura baru-baru ini, diserang lebih dua jam oleh sekumpulan lelaki sebelum mereka dicampak dari bas dalam keadaan bogel.

Dalam temu bual pertama bersama wartawan sejak insiden 16 Disember lalu, yang menarik perhatian seluruh dunia, lelaki itu berkata, dia dan rakannya, seorang pelajar berusia 23 tahun menaiki sebuah bas selepas menonton filem Life of Pi dan membeli tiket sebelum diserang.


Dia juga mengkritik pihak polis yang memberi respons dingin selepas mereka dicampak dari bas dalam keadaan bogel.

Mereka menaiki sebuah bas persendirian untuk pulang ke rumah, katanya dalam temu bual bersama rangkaian televisyen Zee TV.

Malah dia juga mengecam kerana orang ramai yang melihat keadaan mereka enggan memberi bantuan.

 
[IKUTI KLIP VIDEO IHSAN STESEN AL-JAZEERA]

( FOTO ) PEJABAT FACEBOOK...???

BENARKAH ini adalah rupa pejabat Facebook ..???
 Gambar dari Dezeen.....  begitulah katanya....