Thursday 3 January 2013

PUAK PR PUNCA 3 SEKELUARGA 'BUNUH DIRI' DI PENGERANG....???!!!



Keadilandaily Kantoi Menipu..Cuba Putar Belit Isu Kematian Di Penggerang.

KES kematian 3 sekeluarga di Kampung Jawa, Penggerang, Johor dipercayai akibat bunuh diri yang dilaporkan media semalam, diputar belitkan media pro pembangkang, terutama sekali PKR, sebagai ada kaitan dengan pembinaan projek RAPID di kawasan tersebut.

Kononnya, kerana tanah dirampas untuk pembangunan projek tersebut, 3 sekeluarga terbabit telah mengambil keputusan untuk membunuh diri.

Hakikat bahawa ketua keluarga tersebut yang dikenali sebagai Pang, 60-an mengambil keputusan tersebut kerana tekanan hidup akibat terpaksa menjaga isteri yang sakit dan seorang anak yang mengalami masalah syndrome down, tidak langsung disentuh dalam pemberitaan oleh mana-mana media pro pembangkang yang aku sebutkan di atas.

18SX - AWAS..!!! VIDEO BOGEL...!!!



Hari ini teman nak tanya satu SOALAN MAUT kepada anda semua... terutama LELAKI...!!!

Pernahkan anda melihat VIDEO B0--G--EL seorang wanita bernama Florencia Pena..???

Mungkin ini soalan pelik atau berunsur LU*AH...

TAHUKAH ANDA.... Dengan ledakan kemunculan video ini, di mana anda boleh melihat pelakon Florencia Pena melakukan S*KS  ke atas pasangannya...???

Itulah sebenarnya trick baru bagi penjenayah siber untuk mengeksploitasi keadaan berjuta-juta orang yang sedang mencari Video Intenet..... 

Mungkin anda tidak tahu... itulah kaedah baru untuk menyebarkan virus!!!

Penjenayah menggunakan sepenuhnya  cara menipu sebegitu dan menjangkiti lagi jenis virus yang boleh berkompromi dengan serius terhadap komputer sendiri dan curi data privasi 'penonton' video tersebut.....

JADI....BERHATI-HATILAH.... PELIHARA DERIA MELIHAT ANDA.... !!!

PERJALANAN TERAKHIR DATUK KANANG ANAK LANGKAU....



PERGINYA SEORANG PAHLAWAN NEGARA.....

Pada 21 April 1962 beliau merupakan Pengesan Jejak Iban (Iban Tracker) sebelum diserapkan ke Renjer Malaysia apabila Persekutuan Malaysia diisytiharkan pada 16 September 1963. Jawatan terakhirnya dalam ATM sebelum beliau bersara adalah sebagai Pegawai Waran 1 dan telah berkhidmat selama 21 tahun.

Beliau telah diiktiraf sebagai Pahlawan Negara kerana jasa dan perjuangannya terhadap ATM. Antara perjuangan beliau yang menjadi kebanggaan negara apabila berani menentang komunis ketika bersama ATM dari 1962 hingga 1963.

Difahamkan, mendiang Datuk Kanang Anak Langkau telah dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak dari kediamannya di Kampung Sungai Apong selepas mengadu sakit dada pada jam 12 tengah malam dan disahkan meninggal dunia di hospital tersebut pada pukul 1.45 pagi ini

Mendiang akan diberikan penghormatan negara apabila disemadikan di Sarawak, Ahad ini.

KEMATIAN YANG PELIK DULU KALA......


Setiap manusia pasti tidak akan terlepas dengan ajal maut. Di dunia ini sahaja terdapat banyak kisah-kisah pelik dan menarik yang boleh mengakibatkan kematian seseorang. Jom kita ikuti sebahagian daripada kisah tersebut....

1. Meninggal kerana janggut

Hans Steininger, merupakan orang Austria yang terkenal kerana mempunyai janggut yang terpanjang di dunia, iaitu sepanjang 140 cm. Pada suatu hari di tahun 1567, terjadi kebakaran yang mengakibatkan huru-hara. Beliau lupa mengikat janggutnya yang panjang. Kerana terburu-buru, dia terpijak janggutnya sendiri dan terjatuh. Lehernya patah dan dia pun mati....

2. Meninggal kerana menendang peti

Kejadian berlaku pada awal abad 20. Jack Daniel, seorang pengusaha Whiskey terkenal di Tennessee, Amerika Syarikat ingin membuka salah satu peti, namun dia terlupa nombor kombinasinya. Dia mengamuk dan menendang peti tersebut. Salah satu jarinya terluka menyebabkan infeksi, dan akhirnya membunuhnya.... huhu..

SERBU DISKO - ANAK KENAMAAN MAKI PEGAWAI JAWI....???


KUALA LUMPUR - Bukan setakat merempuh, ada yang memaki hamun dan mencabar Pegawai Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Perseketuan (Jawi) yang melakukan serbuan ke atas sebuah kelab malam terkenal di Jalan Doraisamy awal pagi semalam.

Malah, terdapat juga pengunjung beragama Islam terjun dari tingkat satu bangunan kelab malam itu bagi mengelak dikenakan tindakan.

Tindakan berani itu bagaimanapun memakan diri apabila ada di antara mereka tercedera ketika cuba melarikan diri.

Dalam Ops Tahun Baru Jawi, polis, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Cawangan Perisikan Khas Tentera awal pagi semalam, seramai 110 pengunjung dikenakan tindakan atas pelbagai kesalahan.

BONGKAKNYA HADI AWANG.....!!!!



Puas teman berfikir mengenai komen Hadi Awang terhadap penulis buku "Kafirkah Aku" yang dia kata tak layak nak soal dan dan tegur berkaitan "Amanat Haji Hadi Awang".  Alasannya, penulis buku itu cuma guru biasa, GURU SEKOLAH RENDAH sahaja. Begitulah bunyinya.... dan secara tidak langsung menggambarkan betapa BONGKAK nya Hadi Awang..!!!


Begitu mudah Hadi Awang memperlekehkan ilmu yang dimiliki oleh seorang GURU SEKOLAH RENDAH MELAYU..!!! Tinggi sangatkah derajat seorang yang bergelar TOK GURU apabila memandang rendah terhadap GURU SEKOLAH RENDAH MELAYU yang seagamanya dengannya??? Layakkah seorang TOK GURU berkata sedemikian???

Oh...!!! Mungkin yang layak tegur Hadi Awang ada tiga orang sahaja manusia yang paling tinggi atau sama taraf derajatnya dimata Hadi Awang, iaitu Anwar, Karpal dan Kit Siang....!!!!!


PADAH ENGKAR KRISTIAN - PETIR MENYAMBAR DAN MEMBAKAR PATUNG YESUS....???

patung

Berikut dipaparkan beberapa larangan yang terdapat di dalam kitab Bible....dan mereka percaya jika larangan tidak dipatuhi.... maka terima lah akibatnya!

(Keluaran 20:4-5) – “Jangan membuat bagimu patung yang menyerupai apapun yang ada di langit di atas, atau yang ada di bumi di bawah, atau yang ada di dalam air di bawah bumi. Jangan sujud menyembah kepadanya atau beribadah kepadanya, sebab Aku, TUHAN, Allahmu, adalah Allah yang cemburu, yang membalaskan kesalahan bapa kepada anak-anaknya, kepada keturunan yang ketiga dan keempat dari orang-orang yang membenci Aku,”

(Imamat 26:1) – “Janganlah kamu membuat berhala bagimu, dan patung atau tugu berhala janganlah kamu dirikan bagimu; juga batu berukir janganlah kamu tempatkan di negerimu untuk sujud menyembah kepadanya, sebab Akulah TUHAN, Allahmu.”

ZARINA ANJOULIE MENGAKU TIDAK BERSALAH....


Menjadi spekulasi ramai beberapa hari ini, akhirnya nama Zarina Anjoulie di’sahkan sebagai pelakon & model yang di’tahan bersama kekasih beliau di kediaman mewah mereka di Damansara Damai.
Zarina Anjoulie mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan memiliki dadah jenis eramin 5 seberat 0.6 gram, 3 hari lalu.
Pelakon penuh kontroversi ini bersama teman lelaki Mohamad Fakhruzaim Mohamad Fawzi didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah rumah beralamat No C-3-10 Armanee Condo, Jalan PJU 10/1C Damansara Damai, dekat sini pada jam 5.30 petang, 30 Disember 2012.
Majistret Nazri Omran membenarkan kedua-dua tertuduh diikat jamin masing-masing RM2,000 dengan seorang penjamin dan sebutan ditetapkan pada 8 Februari ini.