Friday 2 August 2013

KENALI J.S KEVIN ...... ( AL-FATIHAH )

1

Secara jujurnya, admin sama sekali tidak mengenali empunya nama J.S. Kevin - seorang penulis lirik lagu-lagu 'rock jiwang' dan lagu-lagu 'cinta melankolia' yang popular.... Beliau dikenali kerana merupakan antara penulis lirik terhebat di negara ini.

Rupa-rupanya....Sudah genap 10 tahun beliau meninggal....

Al-fatihah.
Biodata dan info perjalanan karier beliau.
Nama: Zul Adnan Bin Mohd Razali Said
Asal: Kg Bumiputera, Keramat, KL
Lahir : 1960an
Meninggal dunia : 8 Ogos 2002
Pendidikan : Sek Men Sri Ampang, KL
Zul Adnan Mohd Razali atau lebih dikenali sebagai JS Kevin atau juga Masterpiece, ZN Kevin, Nasha Kevin, Zul Kevin, Joe Kevin dan An Kevin merupakan seorang penulis lirik dan penggubah lagu rock yang terkenal suatu masa dahulu. Komposer yang banyak menyumbangkan di dalam menulis lagu dan lirik untuk kumpulan rock tempatan sekitar ‘80-an dan ‘90-an.

Menurut catatan di dalam www.muzikrock.com, beliau berasal dari Kg Bumiputra, Keramat, Kuala Lumpur. Dilahirkan pada 1960an (Beliau dilahirkan di perairan Australia apabila bapanya seorang kelasi kapal membawa bersama ibunya yang sedang hamil ketika itu).Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seri Ampang, Kuala Lumpur. Meninggal pada 8hb Ogos, 2002. Beliau pernah bekerja selama empat tahun di pelantar minyak Esso di Terengganu, di mana beliau mula-mula mendapat ilham mencipta lagu.Beliau tidak pernah hadir dalam sebarang acara pertandingan lagu yang dianjurkan oleh stesen televisyen. Semua hadiah kemenangan beliau diterima oleh wakil.Gambar beliau telah disiarkan kepada umum semasa Anugerah Industri Muzik 2003 di dalam segmen memperingati insan seni yang telah meninggal dunia. Pautan http://www.muzikrock.com/js_kevin_01.html

Life Records Sdn Bhd, dengan kerjasama komposer Haron BPR, kini mengeluarkan sebuah album khas bagi memperingati perjuangan beliau. Dengan judul Tangisan Di Gelanggang Fana- A Tribute To JS Kevin, lagu yang pernah dipopularkan oleh sebuah kumpulan Mentor pada awal tahun 1990an dahulu ditujukan kepada komposer tersebut. Tangisan Di Gelanggang Fana, ciptaan Haron BPR dan Abdullah Romany, didendangkan semula oleh Shamrin (Fotograf), Mus (May) Ucop (Baji) , Faizul MI2 dan Asheeed (Def Gab C).

Lagu Tangisan Di Gelanggang Fana dipilih kerana liriknya yang berunsurkan kesedihan bagi menyampaikan perasaan hiba keatas kehilangannya. Album yang memuatkan sepuluh lagu itu mengambil masa kira-kira setahun setengah untuk disiapkan kerana hanya enam daripada 16 lagu yang ada merupakan kepunyaan Life Records. Dan selebihnya ia terpaksa dipinta daripada orang perseorangan yang sudi megembalikan hasil karya arwah JS Kevin yang masih belum dirakamkan lagi.
Asheed (Def Gab C), Ucop (Baji), Faizul MI2, Shamrin (Fotograf) dan Ali (XPDC) turut hadir semasa pra dendang dengan album Tangisan Di Gelanggan Fana- A Tribute To JS Kevin. Ujar Haron, hasil royalti daripada penjualan album ini akan turut diberikan kepada keluarga komposer yang berasal dari negeri Perak itu. Ini adalah sebagai membantu mereka serta membalas jasa arwah yang lama berkecimpung dalam industri muzik ini.

Terdapat ramai penyanyi rock yang terbabit dengan penghasilan rakaman album tribute tersebut antaranya Andy (Flop Poppy), Mus (May), Shamrin (Fotograf), Ucop (Baji), Ali (XPDC) dan pendatang baru, Faizul Malaysian Idol 2. Malah, kebanyakan di antara mereka turut mempunyai kenangan-kenangan indah bersama lagenda industri penulisan lagu rock tersebut. “Saya menyanyikan lagu Datang dan Pulang yang saya rasakan serasi dengan jiwa saya” Ali (XPDC). Manakala untuk penyanyi utama kumpulan Def Gab C pula, Asheed merasakan bahawa penghormatan itu bertepatan dengan waktunya, apatah lagi, JS Kevinlah insan yang bertanggungjawab memberikan nama Def Gab C kepada mereka.

Bagi bekas vokalis Baji yang lama menghilangkan diri, Ucop kagum dengan kebolehan JS Kevin menghasilkan karya muziknya. “Saya masih ingat sewaktu kami di studio pada tahun 1999. Kami sedang mencari idea untuk menghasilkan lagu. “Arwah keluar dari studio dan menyedari bahawa cuaca malam tersebut hujan lebat. Shamrin terkenang kerjasama bersama arwah JS Kevin di Pangkor “Lantas, arwah tercetus idea untuk menghasilkan sebuah lagu berjudul ‘Halalintar’ untuk bekas kumpulan saya, Say -Q,” ujar Ucop lagi. Manakala, vokalis Fotograf pula, pengalaman bekerjasama dengan arwah tidak akan dilupakan. “Walaupun kami jarang bekerjasama, tetapi hasil didikan serta karyanya membantu kumpulan saya. “Saya teringat pertama kali dia berkerjasama dengan Fotograf menerusi lagu Bahtera Kenangan di Pangkor,” ujar Shamrin yang turut gembira bahawa royalti bakal diberikan kepda keluarga JS Kevin nanti.
Pada tanggal 08hb Ogos 2002, J.S Kevin/Zul Adnan Mohd Razali telah menghembuskan nafasnya yang terakhir pada usia 42 tahun akibat serangan agin ahmar dan paru-paru berair.
Industri muzik tanahair telah kehilangan besar seorang insan yang cukup kreatif, berbakat & low profile. TUHAN yang maha pengasih dan penyayang lebih menyayangi beliau. Sama-sama la kita berdoa semoga rohnya dicucuri rahmat dan berada dikalangan orang² yang beriman.
karya beliau tak kurang dari 400-500 buah.
1
Kumpuan XPDC yang pernah terkenal suatu ketika dahulu lagu paling ‘hit’ ‘Hentian Ini & Nafisa.. Ohhhh memang syahdu layan lagu XPDC ketika itu.
Antara karya beliau:
Pencipta lagu & lirik
Biarkan Berlalu (1987 / Wings – Belenggu Irama)
Misteri Mimpi Syakila (1988 / Wings – Hukum Karma)
Anugerah (1988 / Wings – Hukum Karma)
Selamatlah Putera Bumi (1988 / Bumiputra Rockers – Bisa)
Perhentian (1990 / Wings – Teori Domino)
Sudah Sampai Sini (1990 / Bumiputra Rockers – Kelab Jiwa Luka)
Raja Kertas (1990 / XPDC – Darjah Satu)
Aku Dan Sesuatu (1990 / XPDC – Darjah Satu)
Pelesit Mata Sebelah (1990 / XPDC – Darjah Satu)
Bukan Milik Aku (1990 / XPDC – Darjah Satu)
Abadikah Tragedi (1990 / XPDC – Darjah Satu)
C.I.N.T.A (1990 / XPDC – Darjah Satu)
Air Mata Jernih (1991 / Bumiputra Rockers – Era 90′an)
Kota Syurga Impian (1991 / Bumiputra Rockers – Era 90′an)
Hitam Bukan Impian (1991 / Hattan – Hitam Bukan Impian)
C.T. Cinta Kenangan Silam (1992 / XPDC – TimurBarat)
Lagu Dari Aku (1992 / XPDC – TimurBarat)
Impian Seroja (1992 / XPDC – TimurBarat)
Suara Kita (1993 / Wings – Bazooka Penaka)
Bahalol (1994 / XPDC – Kita Peng-Yu)
Kabus Semalam (1994 / XPDC – Kita Peng-Yu)
Ntahapahapantah (1994 / XPDC – Kita Peng-Yu)
Semalam Yang Hangat (1995 / Wings – Orang Asing)
Saputangan (1995 / Wings – Orang Asing)
Satu Titik Yang Kosong (1996 / Wings – Biru Mata Hitamku)
Makam Kekasih (1996 / Wings – Biru Mata Hitamku)
Sebalik Senyuman Itu (1996 / Elia – Sepenuh Rela)
Hentian Ini (1997 / XPDC – Brutal)
Tinggalkan Semalam (1997 / XPDC – Brutal)
Teman (1998 / XPDC – Samurai)
Nasib Kita (1999 / Wings – Best Of Wings 2)
Aku Tidak Tahu (1999 / Def-Gab-C – Skala)
Inspirasi Syakila (2000 / Wings – Mr. Barbarik)
Langsung Tak Faham (2000 / XPDC – Un’Metal)
Sedekah (2000 / XPDC – Real N’ Reality)
Marilah Maria (2001 / Def-Gab-C – Remifasolatido)
Masih Ada Biru (2001 / Def-Gab-C – Remifasolatido)
Siluman Keris (2001 / Def-Gab-C – Remifasolatido)
Selamat (2002 / XPDC – V6)
Kaca (2002 / XPDC – V6)
Hilang Satu Skrew (2002 / XPDC – V6)
Salju Hitam (2004 / Real X – Real X)
Segar Dalam Ingatan (2004 / Real X – Real X)
Lain Hidup (2006 / Mael – Lain Hidup)
Apa Erti Semua (2006 / Mael – Lain Hidup)
1
Album Pertama XPDC
Pencipta lagu
Titian (1988 / Medicine – Titian)
Cerita Sebuah Cerita (1988 / Fantasia – Fantasia)
Kotakan Harapan (Urgent)
Potret Monalisa (1990 / Wings – Teori Domino)
Pentas Alam (1990 / Bumiputra Rockers – Kelab Jiwa Luka)
Gerak 2000 (1990 / XPDC – Darjah Satu)
Nafisa (1994 / XPDC – Kita Peng-Yu)
Tika Rindu (1996 / Elia – Sepenuh Rela)
Pesona Sanubari (1997 / Wings – Masterpiece)
Dunia 4 Segi (1998 / XPDC – Samurai)
Rastali (1999 / Wings – Best Of Wings 2)
Bunga (2000 / Exists – Best Of Exists)
Pencipta lirik 
Dari Sinar Mata (1990 / Bumiputra Rockers – Kelab Jiwa Luka)
John Jenin (1994 / XPDC – Kita Peng-Yu)
Hijau Bumi Tuhan (1994 / XPDC – Kita Peng-Yu)
Titian Perjalanan (1994 / XPDC – Kita Peng-Yu)
Senapang Patah (1997 / XPDC – Brutal)
Semangat Yang Hilang (1997 / XPDC – Brutal)
Apa Nak Dikata (1997 / XPDC – Brutal)
Semangat Perjuangan Harmoni (1998 / XPDC – Samurai)
Mengintai Langit (1999 / Def-Gab-C – Skala)
Masih Ada Semangat (2000 / XPDC – Un’Metal)
Melayu Tak Hilang-Hilang (2001 / Def-Gab-C – Remifasolatido)
Anti Perang (2002 / XPDC – V6)
AKU DAN SESUATU (antara lagu yg ter”stim”..maksud lagu pon stim)
Di telan pahit*
Hendak ku buang terasa sayang*
Engkau bermadu*
Hendak ku minum engkau beracun
Kau bisa hingga punah-ranah*
Dan mati akan diriku*
Kau kebumikanlah aku di sini
Kau serang hendap*
Cinta yang berbunga di hatiku*
Berikan racun pada aku yang*
Sedang dahaga
Cintamu membakar aku*
Hingga jadi abu*
Bergunakah aku lagi*
Untukmu
Dewasalah aku dalam*
Perjalanan hari ini*
Binasalah aku*
Andai dikudakan telunjukmu
Sambil kita mengimbau kenangan tu, apa kata kita layan dulu ‘seround’ lagu-lagu ciptaan arwah J.S Kevin yang sememangnya tangkap lentok beb! haha! jom layan…..
Kumpulan: XPDC
Tajuk Lagu: Aku dan sesuatu
wahh syahdunya… lagu paling syahdu zaman sekolah,zaman bercinta, zaman baru nak berjiwang+rock lah konon..
Layan…..
Kumpulan: Iklim
Tajuk Lagu: Satu kesan abadi
P/s: Mengimbau kembali zaman kegemilangan rock jiwang, metal dan seiring dengan arus ketika itu adalah sesuatu yang menjadi sinonim bagi lapisan anak muda pada zaman tersebut.
Ditambah pula hasil ‘air tangan’ J.S Kevin(arwah) memang tidak dapat dipisahkan oleh mana-mana kumpuan rock. Tulisan lirik lagu yang dihasilkan telah mengangkat populariti kumpulan rock sehinggakan mereka telah beberapa kali menjuarai Anugerah Juara Lagu dan menjadi siulan anak muda ketika itu.
Kami di Harian Blogger.Com menyanjung tinggi hasil karya beliau, semoga arwah di tempatkan bersama-sama orang yang beriman dan soleh..
Al-Fatihah
“Hidup adalah sebuah tentangan, maka hadapilah. Hidup adalah sebuah nyanyian, maka nyanyikanlah. Hidup adalah sebuah mimpi, maka sedarilah. Hidup adalah sebuah permainan, maka mainkanlah. Hidup adalah cinta, maka nikmatilah”
Bhagawan Sri Sthya Sai Baba 

KREDIT TO  :  Harian Blogger.Com

No comments: