Sunday 23 December 2012

DIBAKAR KERANA MENGHINA AL-QURAN



HYDERABAD : Orang ramai menyerbu sebuah balai polis dan membakar seorang lelaki hidup-hidup kerana menghina al-Quran, kata polis semalam.

Lelaki terbabit dikatakan seorang pengembara bermalam di sebuah masjid di Seeta, wilayah Sindh, malam Khamis lalu.

Keesokan harinya, penduduk kampung itu gempar apabila mendapati al-Quran di masjid berkenaan musnah dibakar. Seorang imam berkata, lelaki terbabit bermalam sendirian di masjid berkenaan. Pegawai Polis Daerah Dadu, Usman Ghani, berkata orang ramai membelasah lelaki terbabit sebelum menyerahkannya kepada polis.


“Beberapa jam kemudian, kira-kira 200 orang menyerbu balai polis yang menahan lelaki itu dan mengheretnya keluar sebelum mereka membakarnya,” katanya.

Menurut Usman, 30 orang ditahan atas kesalahan membunuh, manakala tujuh anggota polis ditahan kerana disyaki cuai. - Reuter

AHLI PAS KEDAH MINTA DIADAKAN HIMPUNAN HUDUD..???


Jika sebelum ini PAS Kedah telah laksanakan 6 Himpunan semenjak mengambilalih Kerajaan Kedah selepas PRU 2008 dan semuanya diadakan berasaskan kepada kepentingan politik PAS. Namun, tiada satu pun himpunan yang berasaskan perjuangan Islam atau Hudud yang diperjuangkan selama ini. Inilah yang menjadi persoalan ramai ahli-ahli PAS terutama di Kedah.

9 Januari 2010
Himpunan sukarelawan Pemuda PAS di markas PAS Cawangan Pekan Kodiang, Jitra.

19 Februari 2012
Himpunan 30K Pemuda PAS di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut, Alor Setar.

12 Mei 2012
Himpunan jentera Pilihan Raya PAS Kedah di Stadium Mini Bandaran, Guar Chempedak.

LELAKI BERLEGAR-LEGAR KUCUP PARANG, MERISAUKAN PENIAGA....


IPOH : Peniaga limau bali, Muhammad Ridhuan Tan, 38, bimbang perniagaannya terjejas berikutan kehadiran dua lelaki bersenjatakan parang berhampiran premis perniagaan sejak beberapa minggu lalu.

Ridhuan yang berniaga di kawasan Hentian Limau Bali Tambun, Jalan Gopeng, di sini, berkata, suspek yang menaiki kereta Proton Wira dan Kia Spectra kerap berlegar-legar di kawasan itu, seolah-olah mahu menakutkan peniaga dan pelanggan.

KESILAPAN YANG MEMALUKAN HARIAN METRO....?

Harian Metro sejak dahulu lagi telah menjadi pilihan pembaca rakyat di Malaysia. Namun, baru-baru ini akhbar nombor satu pilihan pembaca di Malaysia ini mendapat malu apabila satu artikel di bahagian“setempat” mempunyai kesilapan ejaan.

Sepatutnya ejaan “angin kencang” tetapi kesilapan ejaan itu menjadi “angin kencing”. Sepatutnya kesilapan ini tidak berlaku kerana akhbar Harian Metro merupakan akhbar pilihan nombor satu pembaca di Malaysia.

Sebagai editor akhbar Harian Metro seharusnya menitikberatkan mengenai ejaan yang ditulis di dalam akhbar itu dan “typing error” dapat dielakkan. Hanya satu abjad vokal tersilap, satu perkataan boleh berubah menjadi perkataan dan maksud yang lain....


Jom tengok kesalahan yang dimaksudkan.....


DAH LA PENIPU.... GUNA DUIT RAKYAT UNTUK MENIPU RAKYAT PULAK TU...!!!

FLYER-KRISIS-AIR-1

Baru-baru ini saya telah menerima kiriman emel dari pembaca mengenai pengedaran 500 ribu risalah "tukang bodek Khalid Ibrahim", Selangorku, yang memaparkan tentang isu air yang kini menghantui rakyat di negeri termaju itu.

Risalah tersebut bertajuk "Membongkar Rahsia Krisis Air Selangor", namun apabila diteliti, tiada satu pun rahsia yang didedahkan di dalamnya melainkan satu lagi siri pembohongan mutlak Menteri Besar Selangor itu kepada rakyat di sekitar Lembah Klang.

Di dalam risalah berkenaan, Abdul Khalid "Gagap" tanpa rasa malu menyatakan bahawa "Kerajaan Selangor memberi jaminan bahawa bekalan air terawat adalah mencukupi untuk kegunaan rakyat Selangor".

BERTANDINGLAH LAGI NIK AZIZ..... ADA AKU KESAH.....!!!

nik_aziz_korup

Sebagai seorang yang menyokong semangat demokrasi di negara ini, saya sangat mengalu-alukan kehendak Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat untuk terus bertanding pada Pilihanraya Umum ke-13 yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Bukan apa, saya rasa sungguh teruja untuk menyaksikan seorang lelaki yang sudah berumur lebih kurang 82 tahun bertanding pada pilihanraya kali ini.

Sekiranya dia menang bertanding, maka dia akan sekali lagi dilantik menjadi wakil rakyat di kawasan yang diwakilinya. Jika rakyat di kawasannya berjumlah 30,000 orang, maka dia akan diamanahkan untuk menjaga kebajikan puluhan ribu rakyat di kawasan tersebut.

SPRM AKAN SIASAT NIK AZIZ...???


JELI : Umno Kelantan mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat segera pendedahan sebuah laman blog yang mendakwa Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menawarkan tanah kepada pemimpin DAP Perak bagi membolehkan wakil Pas menjadi Menteri Besar Perak pada 2008.

Pengerusinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, ini penting bagi membolehkan masyarakat terutama rakyat Kelantan mengetahui perkara yang sebenar.

"Kita dimaklumkan beberapa laporan polis sudah dibuat berhubung dakwaan itu dan sudah menjadi 'public interest'.

RAHSIA ATM YANG TIDAK DIKETAHUI RAMAI.... PERCAYA ATAU TIDAK..???


Ini merupakan sedikit sebanyak rahsia angkatan tentera Malaysia yang ramai tak tahu..

1 – Percaya atau tidak jika dikatakan Komando-komando Malaysia diberi tugas sebagai QSR (Quick Reaction Rescue) bagi tentera NATO dalam perang BOSNIA? Suatu ketika pernah dicatatkan dalam newspaper di Amerika.. Diharapkan informasi ini dapat dikaji dan dikongsi bersama, hal ini dan diperakui oleh tentera-tentera asing dan menggelarkan pasukan yang datang untuk garisan mati.

2 – ATM diperakui PAKAR PERANG HUTAN oleh seluruh dunia dan merupakan satu satunya pasukan yang berjaya mengekang komunisme?