Thursday 20 December 2012

NEGARA PALING BAHAGIA DI DUNIA....


Kekayaan, kemakmuran, memang bisa membantu orang meraih 'kenyamanan' hati. Namun bukan sumber utama kebahagiaan. Buktinya, negara paling kaya di dunia, Qatar tidak masuk daftar. Atau Kanada? Dengan prosentase lulusan universitas terbanyak di dunia juga tidak masuk. Bagaimana dengan Singapura serta Brunei yang sering membuat kita iri hati?

Hasil poling Gallup Inc. mengatakan bahwa 7 dari 10 negara di dunia yang paling berbahagia adalah negara-negara di Amerika Latin.

HIDAYAH KAFIRKAN UMNO.....AHLI PAS TEGAR KELUAR PARTI.....







PASIR PUTEH  - Seramai 396 anggota tegar Pas kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Semerak di sini, menyertai UMNO kerana menyedari mereka terpedaya dengan amanat "Haji Hadi" yang mengkafirkan UMNO.
Antara mereka termasuk bekas Ketua Keselamatan Peti Undi Kampung Lembah, Che Ngah Mat Hassan, 80, dan bekas Ketua Keselamatan DUN Semerak, Ahmad Abu Bakar, 90, yang menyertai Pas sejak 30 tahun lepas.

KELUARGA KESAL, SUSPEK DILABEL PENGGANAS.....

Keluarga Mohd Noor Fikrie Kesal Allahyarham Dilabel Pengganas

PONTIAN – Keluarga Mohd Noor Fikrie Abd Kahar, 26, rakyat Malaysia yang mati ditembak polis Filipina di Davao, Jumaat lalu terkilan kerana Allahyarham dilabelkan sebagai pengganas.

Menurut adik mangsa, Mohd Noor Hafiz, 24, mereka sekeluarga amat kesal dengan gelaran tersebut sedangkan pihak berkuasa Filipina hanya menggelar abangnya sebagai suspek.

“Walaupun dengan satu perkataan, namun ia sudah cukup mencemar dan menjatuhkan imej kami sekeluarga,” katanya yang menyifatkan arwah sebagai seorang abang dan ayah yang baik, bertanggungjawab selain mudah tersenyum.

NIK AZIZ BERTEGAS TETAP MAHU BERTANDING PRU 13



KOTA BAHARU  : Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengulangi pendiriannya untuk tetap bertanding pada pilihan raya umum walaupun keadaan kesihatannya dipersoalkan. 
Menurutnya untuk bertanding pada pilihan raya, ia sama sekali tidak memerlukan seseorang calon itu sihat tubuh badannya tetapi cukup mempunyai pemikiran yang baik.

"Insya-Allah...apa sahaja yang Umno tidak suka, itulah yang saya akan buat (bertanding). Bertanding politik bukan perlu kepada tubuh yang sihat tetapi akal yang sihat. Bertanding bukan semestinya untuk bertumbuk. Kalau bertumbuk saya minta maaf," kata Nik Aziz, 82, sebelum ini pernah menerima rawatan jantung.

Ketika ditanya tentang kenyataannya yang pernah membayangkan untuk bersara daripada politik, beliau menjelaskan ia hanya terpakai sekiranya Umno menerima dasar Islam sebagai perjuangannya.

"Selagi Melayu sokong Umno, wajib bagi saya melawan," katanya kepada pemberita di kediaman rasmi Menteri Besar di JKR 10 di sini, hari ini.
- Bernama

MANTAN MB YANG MASIH PERASAN MB FITNAH MB.....

 
Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menafikan dakwaan di laman Twitter milik Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pasir Panjang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaludin bahawa beliau memberi kelulusan tanah seluas 14,000 hektar kepada sebuah syarikat.

Menurutnya, kenyataan Mohammad Nizar itu merupakan satu tuduhan serius dan meminta ahli politik itu menghentikan pembohongan tersebut.

“Beliau mengeluarkan kenyataan yang berunsurkan penipuan dan tanpa segan silu atau rasa bersalah menghebahkan perkara seumpama itu dan seolah-olah telah menjadi sebahagian daripada kehidupan, suka cakap berbohong serta suka memutarbelitkan kenyataan.

JANGAN SEBAR KHABAR ANGIN DI MEDIA SOSIAL

Berikut adalah kenyataan media yang dikeluarkan oleh PDRM.. hari ini...sebentar tadi....


SEMENTARA ITU.....

Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar pada Rabu mengingatkan masyarakat supaya tidak menyebar khabar angin di laman sosial yang boleh menimbulkan ancaman kepada negara. Betul, jangan menghuru harakan keadaan yang sudah aman ini.

Ismail berkata masyarakat harus lebih bertanggungjawab serta memikirkan kesan negatif yang mungkin berlaku dengan penyebaran khabar angin yang tidak betul.

BLOGGER UMNO PROVOKASI SENTIMEN PERKAUMAN.....???!!!


Umno menerusi bloggernya paling berperanan memainkan sentimen perkauman dalam insiden Sungai Petani, Kedah kononnya untuk menyatupadukan orang Melayu, kata Datuk Johari Abdul.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu mengulas khabar angin kononnya berlaku rusuhan di daerah tersebut.

Jelas Johari, ia hanyalah pergaduhan antara dua kumpulan samseng tetapi berita itu sengaja disebar oleh Umno melalui media sosial seperti facebook, twitter dan sistem pesanan ringkas (SMS) dan menyatakan insiden berkenaan merupakan pergaduhan antara kaum.