Wednesday 19 December 2012

KENAPA UTUSAN TARIK BALIK TULISAN ZAM....???


Sebenarnya...... Utusan tak perlu tarik balik tulisan Zam....
AKHBAR Utusan Malaysia versi dalam talian tidak perlu menarik balik rencana tulisan bekas ketua pengarangnya, Tan Sri Zainuddin Maidin tentang mantan Presiden Indonesia, BJ Habibie, kata bekas ketua pengarang Bernama, Datuk Seri Azman Ujang.
Menurutnya, orang ramai perlu membaca rencana itu bagi mengetahui perkara sebenar yang ditulis oleh Zainuddin Maidin atau dikenali sebagai Zam.
"Saya pun hairan kenapa artikel asalnya ditarik, dipadamkan, sepatutnya tidak," kata Azman di forum 'Utusan: Kewartawanan Dahulu dan Kini' di Dewan Bahasa dan Pustaka pagi tadi.

AHLI AKADEMIK JERMAN KAGUMI TUN M TENTANG KEPIMPINAN ISLAM.... KENAPA TIDAK NIK AZIZ..???


KUALA LUMPUR  –  Kagum dengan kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad, seorang ahli akademik berbangsa Jerman menjalankan penyelidikan mengenai usaha bekas perdana menteri itu dalam memartabat Islam ketika mentadbir Malaysia.
Dr Sven Alexander Schottmann, 35, penuntut Universiti La Trobe, Australia dalam kajiannya bertajuk ‘Islam, Properly Understood; Mahathir Mohamad on Religion, Politics and Malaysian Society’ turut menyifatkan Dr Mahathir sebagai pencetus pemodenan negara Islam.
“Saya amat berminat terhadap keupayaannya untuk menginstitusikan Islam di negara ini serta menyatukpadukan sebuah masyarakat pelbagai bangsa. Beliau satu daripada kes kajian yang paling memberikan inspirasi dalam abad ke-21 ini,” katanya kepada pemberita di ‘Konvensyen Pemikiran Tun Dr Mahathir’ di sini.

JASA ATM DI AFGHANISTAN, BIKIN PUAK PR PANAS BONTOT..!!!!!!


Tahukah anda bahawasanya....
1. Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Bamyan, Afghanistan setakat ini telah melatih lebih 2,600 rakyat negara itu dalam bidang kesihatan.
2. ATM telah melatih 1,268 anggota Polis Nasional dan Tentera Nasional Afghanistan dalam penjagaan dan rawatan ke atas orang yang cedera atau terkorban dalam pertempuran serta 120 bidan dalam obstetrik dan protokal kecemasan neo-natal atau semasa kelahiran.
3. Menerusi MALCON – ISAF, jururawat dan pegawai perubatan dari 88 hospital telah memperoleh pengetahuan baharu daripada pegawai Malaysia mengenai bantuan pernafasan kardium dan protokol kecemasan lain manakala 1,172 petugas kesihatan komuniti menerima latihan dalam pentdabiran kesihatan dan pengurusan logistik.
4. MALCON – ISAF turut mendapat penerimaan baik di kalangan rakyat tempatan Afghanistan dalam mengendalikan program berkenaan kini telah menjadi contoh dan garis panduan popular bagi agensi dan masyarakat antarabangsa di sana.
5. Kuala Lumpur (ATM)  secara rasminya dipelawa oleh kerajaan Afghanistan pada 2010 untuk menyertai usaha pembinaan semula negara itu yang musnah akibat perang, bersama-sama dengan rakan seperti AS, New Zealand dan Australia.

NGA KOR MING BOHONG DALAM DEWAN, KATANYA MAHKAMAH KELUAR SURAT MINTA BLOGGER SEKUPANG DUA MOHON MAAF PADANYA....



Nga Kor Ming (DAP-Pantai Remis) merupakan Adun cina DAP yang paling biadap dan kurang ajar apabila asyik menengking dalam dewan dengan memanggil Adun-Adun lain 'kau' dan 'kamu' sahaja. 

Nga Kor Ming sepatutnya dihadapkan dihadapkan ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan di bawah Artikel 35 di mana seorang ahli Dewan mestilah bercakap sopan,benar dan tidak berbohong di dalam Dewan.

Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Dato S. Ganesan sewajarnya lebih bersikap tegas dalam soal ini supaya tidak dipermainkan oleh Adun pembangkang yang lain.

FESYEN EDITOR MENGHINA PAKAIAN MENUTUP AURAT....!!!

Penulis Fesyen Dikecam, Persenda Pakaian Wanita Islam! - Terbakor

Seorang penulis fesyen dikecam oleh orang ramai kerana tulisannya yang mengutuk pakaian wanita Islam iaitu jubah dan burqa. Itulah orang kata, bila hati dah mati, dah kotor, memang takkan nampak kebaikan di sebalik purdah tu. 

Annette Lamothe-Ramos dengan tulisannya yang berjudul “I Walked Around in a Burqa All Day (And I’m Not Muslim)” telah menceritakan pengalamannya memakai jubah dan burqa sewaktu bersiar-siar selama 6 jam di kota New York.
Annette yang bertugas sebagai fesyen editor diberikan tugas oleh orang atasannya untuk mendalami sendiri pengalaman menjadi orang ‘Muslim’ untuk seketika dengan memakai pakaian yang menutup aurat.

SIAPA KATA PAS PERTAHANKAN AKIDAH ISLAM..???


Ustaz Ismail Mina berkata PAS konsisten tidak mempertahankan aqidah Islam dengan memberi tiga contoh yang berlaku dalam negara ini.
“Apabila umat Islam mengadakan perhimpunan di Stadium Melawati Shah Alam..saya sendiri telefon Setiausaha Agung PAS, kenapa tidak bersama. PAS Tidak bersama.
“Pada hal isu ini isu ummah. PAS yang mengatakan ia nak perjuangkan Islam, nak pertahankan aqidah Islam, kenapa ia tidak mahu bersama,”katanya.

AKHIRNYA... HARAKAH MENGALAH, MOHON MAAF PADA PDRM..!!!!!!

FB Hina Polis: Harakah Tarik Balik Artikel, Mohon Maaf Pada PDRM

KANGAR – ” Saya menerima panggilan dari kawan baik saya mengatakan gambar saya dan keluarga saya telah diutarakan dalam facebook milik individu tidak dikenali. Individu tersebut menggunakan akaun facebook “ Norhashimah Mohamad”.

SIAPA MENTERI YANG NAFI PENGSAN KETIKA MELAKUKAN HUBUNGAN SEKS..???

Hubungan Seks

Malawi – Gara-gara mengambil terlalu banyak pil Viagra, seorang menteri Kabinet Malawi dilaporkan jatuh pengsan ketika mengadakan hubungan seks dengan teman wanitanya, yang juga seorang remaja yang masih bersekolah.

Kejadian dilaporkan berlaku di sebuah hotel melibatkan Menteri Pertahanan Malawi, Ken Kandodo.

Selepas tidak sedarkan diri, remaja perempuan itu kemudiannya memanggil kakitangan hotel.