Monday 17 December 2012

AKHIR KALAM UNTUK HARI INI..... ADA APA DENGAN HURUF 'P'

Sebelum esok berkunjung datang.... semestinya hari ini telah pun dilalui. Pastinya warna-warna kehidupan telah tercorak di lukisan diari hidup anda..... Siang ataupun malam..... pagi atau petang.... ops! hari ini teman macam berminat dengan huruf  'P'.... jika anda kreatif... anda tentu boleh mencipta sesuatu yang mengagumkan dengan huruf 'P'..... Jom!


KERANA 'JAHAT DAN KOTOR', ADUN DAP DIARAH KELUAR DEWAN..!!!


SEREMBAN : Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor hari ini mengarahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temiang, Ng Chin Tsai keluar dewan selepas ADUN DAP itu enggan menarik balik kenyataannya.

Speaker yang membuat keputusan itu mengikut Peraturan 6(5) Peraturan Tetap dewan, turut menggantung Ng daripada menyertai sidang dewan selama dua hari termasuk hari ini.

MEMBONGKAR BETAPA CELAKANYA PAS MELALUI...... 'KAFIRKAH AKU'...!!!

Inilah buku 'puaka'  yang telah membongkar penyelewengan Tabung Mangsa Memali oleh PAS dan telah diharamkan penjualannya oleh PAS 

BELIAU hanyalah individu biasa ketika menyertai Pas, biar pun tidak memegang sebarang jawatan penting dalam parti, namun demi kecintaan dan taksubnya bagi menjayakan perjuangan Islam yang diuar-uarkan oleh Pas, beliau sanggup melakukan apa sahaja.

Bukan sahaja kerjaya dikorbankan, malahan beliau juga sanggup mengkafirkan abang dan ayahnya hanya kerana perbezaan fahaman politik.

Jika suatu ketika dahulu beliau sanggup berkorban nyawa demi Pas, tetapi kini beliaulah insan paling ke depan untuk membongkar kemungkaran politik oleh parti yang pernah dianggotai selama 27 tahun.

Dan kini, insan bernama Zainon Ismail atau nama penanya C.N Al-Afghani muncul lagi dengan buku terbaru berjudul 'Kafirkah Aku?'. Buku ini adalah hasil karyanya yang ke-20 dan sebelum ini bukunya bertajuk 'Air Mata di Bumi Memali' yang diterbitkan pada November 2010 menimbulkan kontroversi hingga diharamkan jualan dalam kalangan ahli Pas kerana buku tersebut mendedahkan isu penyelewengan Tabung Mangsa Memali.

RONNIE LIU TIDAK DIPERLUKAN DAP......???

Ronnie Liu, Exco Kerajaan Selangor antara tokoh yang tewas dalam pemilihan Jawatankuasa Eksekutif DAP Pusat (CEC) di Kongres DAP ke 16 di Pulau Pinang, pada 15 Disember lalu.

Tanda-tanda awal kekalahan Ronnie Liu sudah diterjemahkan dalam pemilihan DAP Bahagian Klang pada Oktober 2010, di mana proksi Ronnie Liu dri kumpulan Unity tewas kepada kumpulan ‘Justice Reform Group’ naungan speaker DUN negeri Teng Chang Khim.
Kemenangan kumpulan Teng berpunca daripada sokongan padu bekas Pengerusi DAP Klang, Tee Boon Hock.
Tee Boon Hock dipecat daripada DAP kerana didakwa melakukan rasuah untuk memperoleh kontrak RM1 juta daripada pihak berkuasa tempatan.
Beliau didakwa menggunakan surat sokongan Exco Kerajaan Negeri, namun Ronnie Liu tidak mengaku terlibat sama dalam perbuatan rasuah itu.


LEPASKAN BUAYA YANG TERJERAT..............


pix_middle

SARATOK  : Sangkaan seorang nelayan dia menangkap ikan besar ketika menarik jaring dipasang di Sungai Krian, di sini, kelmarin meleset sebaliknya dikejutkan dengan kelibat seekor buaya sepanjang kira-kira 2.5 meter.

Zipni Jali, 42, berkata, ketika menarik jaringnya dengan dibantu anaknya, Faizal, 18, dia terasa sesuatu yang berat tersangkut pada peralatan menangkap ikan itu.

Katanya, pada mulanya dia menyangka ikan besar tersangkut pada jaring, namun terkejut apabila melihat seekor buaya katak terjerat dalam jaring berkenaan. “Saya amat terkejut kerana sepanjang umur hidup ini pertama kali buaya terjerat dalam jaring yang saya pasang,” katanya ketika ditemui.

KERJA PEMBANGKANG MURAHAN DI MALAYSIA.....


BAGAIMANAKAH menjelaskan dengan kata-kata yang tepat tentang perilaku politikus dan media parti pembangkang yang memutarbelit dan memanipulasi titah Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah sehingga baginda melahirkan rasa dukacita?

Mereka yang membaca wawancara Sultan Selangor dengan Mingguan Malaysia sempena hari keputeraan baginda minggu lalu itu nyaris kehilangan kata-kata. Begitu sekali buruknya manipulasi dan putar belit mereka.

Portal propembangkang, Malaysiakini (9 Disember) yang memetik wawancara Sultan Selangor itu menyiarkan berita bertajuk Sultan Selangor benci dituduh 'orang UMNO'. Seperti lazimnya, para tentera siber portal dibiayai Yahudi ini kemudian berpusu-pusu mempromosi 'Sultan benci UMNO' yang sengaja dikelirukan itu.

LIM GUAN ENG AMAT BERKUASA DENGAN JAWATANNYA.......!!!



Bekas Naib Presiden DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mendedahkan jawatan Setiausaha Agung DAP yang kini disandang oleh Lim Guan Eng begitu dominan dan amat berkuasa.

Atas sebab itu katanya, segala cadangan yang dibuat oleh Guan Eng termasuk penentuan jawatan di dalam parti tidak boleh dibangkang oleh Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) atau mana-mana pemimpin parti.

Malah, beliau sendiri ketika mula-mula menyertai DAP pernah diingatkan oleh seorang senior di dalam parti itu bahawa pihak-pihak yang menentang sebarang cadangan Guan Eng atau ayahnya, Lim Kit Siang akan gelap masa depan mereka.

''Saya tidak nafikan ada perbincangan dibuat Guan Eng dengan barisan kepimpinan yang lain sebelum sesuatu lantikan. Namun, segala cadangan yang telah dibuat Ketua Menteri Pulau Pinang ini, pasti akan terlaksana dan tidak boleh ditolak.

CIKGU NON DESAK HADI AWANG TARIK BALIK AMANAT.....!!!!



Ramai orang PAS kecut teloq bila nama Cikgu Non di sebut.... keh keh keh...

Puluhan ribu ahli dan pengikut tegar Pas dikesan masih berpegang teguh kepada amanat Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang pada 1981 yang mengkafirkan UMNO sehingga mereka kekal sehingga kini menganggap orang UMNO adalah kafir.

Perkara itu didedahkan sendiri aktivis yang juga bekas ahli seumur hidup Pas, Zainon Ismail atau lebih dikenali sebagai C.N al-Afghani, berikutan masih ramai pengikut tegar parti itu percaya, pemimpin serta ahli UMNO jauh lebih hina daripada orang-orang bukan Islam.

Sehubungan itu, Zainon mendesak Abdul Hadi yang kini memegang tampuk kepemimpinan Pas menarik balik amanat berkenaan demi kepentingan umat Islam di negara ini kerana selagi beliau tidak berbuat demikian, orang Melayu akan kekal berpecah sampai bila-bila.

Moh kita tengok video berikut :