Friday 7 December 2012

CUKUPLAH......JANGAN RACUNI FIKIRAN RAKYAT DENGAN RADIASI LYNAS..!!!!


KUANTAN :  Pengarah Urusan Lynas Advanced Material Plant (LAMP) Malaysia Sdn Bhd Datuk Mashal Ahmad berkata kini sudah tiba masanya pihak yang tidak bertanggungjawab menghentikan semua tohmahan dan fitnah terhadap kilang itu.
Katanya pihak terbabit sebaliknya perlu memberi laluan kepada Lynas untuk beroperasi setelah Mahkamah Tinggi Kuantan pada 8 Nov lepas menolak permohonan tiga penduduk Kuantan untuk melanjutkan perintah injunksi interim (sementara) terhadap Lesen Operasi Sementara (TOL) ke atas syarikat tersebut, sekaligus membenarkan kilang itu beroperasi.

Mashal berkata kerajaan telah menghabiskan jutaan ringgit bagi membuktikan bahawa kilang itu selamat dan tidak membahayakan pekerja, orang ramai dan alam sekitar.

BILA MUSA HASSAN BERSUARA........


Aku amat setuju dengan tindakan Musa Hassan yang menyelar tindakan KDN, sejak  Menteri Amaran ambil alih  KDN, keadaan negara bertambah kucar kacir lebih-lebih lagi bila menteri amaran ini hanya tahu memberi amaran, terbaru pertubuhan BERSIH itu diiktiraf sah.! 

Persoalannya:

1) Bagaimana sebuah pertubuhan yang  boleh mengkucar kacir negara di lebel sebagai SAH?

2) Pihak polis hanya membuang masa mengawal peserta Demonstrasi BERSIH.

3) Pihak polis dilihat  seolah tidak ada kuasa langsung  & dilihat tidak mampu mengawal peserta BERSIH  yang membuat huru hara.!

                                   

KISAH MENARIK 'TENTERA MALAIKAT' HAMAS.....

Warak bekalan jihad

GAZA : Barisan pejuang bergelar Komando Qassam kini menjadi pasukan paling digeruni Israel berikutan tidak pernah tewas ketika bertempur biarpun hanya berbekalkan senjata api model lama.

Kehebatan pasukan Komando Qassam yang turut digelar tentera malaikat itu kian tersebar apabila mereka yang dianggotai golongan muda, terpelajar dan ulama mampu menumpaskan ratusan tentera Zionis serta menembak jatuh pesawat pejuang mereka.

Hasrat penulis dan jurugambar menemui pasukan elit itu tercapai apabila wakil Pertubuhan Penyayang Islam Malaysia (Muslim Care) melalui orang hubungan di sini, berjaya mengatur pertemuan dengan sekumpulan anggota Komando Qassam. 

MUSA HASSAN SINDIR PEMBANGKANG....




SHAH ALAM : Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan berkata tindakan menggulingkan kerajaan dengan budaya politik samseng tidak akan bertahan kerana mereka juga akan digulingkan dengan cara yang sama kelak.

“Kalau kerajaan menggalakkan keganasan politik, saya merasakan kerajaan itu tak lama akan menjadi kerajaan kerana ia juga akan dijatuhkan melalui keganasan.

"Ini kerana politik kebencian telah mewujudkan generasi yang bertindak ala samseng.

"Saya rasa orang politik kita perlu menentukan penyokong mereka dikawal kerana kadangkala apabila mereka tidak mengawal penyokong mereka, budaya samseng politik akan berlaku,” katanya ketika menjadi panel Wacana Sinar Harian bertajuk Samseng Politik, Di Mana Maruah Kita di Kompleks Media Karangkraf di sini, pada Khamis.

GLOBAL TERRORISM INDEX SAHKAN MALAYSIA AMAN DARI ANCAMAN MILITAN


KUALA LUMPUR  : Global Terrorism Index meletakkan Malaysia antara negara yang aman daripada ancaman militan iaitu di tangga ke-90 daripada 158 negara di dunia.

Menurut Pengarah Petugas Khas (Operasi dan Counter Terrorism) Bukit Aman Datuk Muhamad Fuzi Harun, laporan yang dikeluarkan Institute for Economics and Peace dari Amerika Syarikat itu berdasarkan kajian serangan pengganas seluruh dunia bagi tempoh 2002 hingga 2011.

Kejayaan negara berada sebaris dengan negara yang kurang dari segi aktivitikeganasan adalah hasil kecekapan dan ketangkasan pihak risikan polis sertakejayaan menumpaskan kegiatan pengganas di negara ini, katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, Khamis.