Monday 3 December 2012

TARIK DIRI KES BUNUH SOSILAWATI.....


Perbicaraan kes bunuh Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain di Mahkamah Tinggi di sini dikejutkan dengan tindakan peguam Ravi Nekoo menarik diri daripada mewakili tertuduh keempat, R.Kathavarayan.

Ravi memaklumkan kepada mahkamah beliau mengambil keputusan menarik diri atas alasan keterangan Kathavarayan di mahkamah berbeza daripada arahan yang diberikan tertuduh keempat itu kepada beliau sebelum ini.

DEEPAK BIKIN GEMPAK..... !!!

Macam bapok jer.....

Anwar Ibrahim kelihatan sangat jelas terdesak untuk mendapatkan 'bukti' dan 'saksi' bagi memanjangkan cerita yang dianggapnya sebagai satu aset dalam serangan menjatuhkan Najib Abdul Razak dan UMNO-BN menjelang PRU13.

Dan seperti biasa, di sebalik laungannya dan kecamannya tentang serangan terhadap ahli keluarga yang tidak terlibat dengan dunia politik, kaedah itulah yang paling digemari oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

PESANAN IKHLAS DARI BANGSA MELAYU SINGAPURA


Apa yang di lakukan parti PAP di Singapura tidak tumpah seperti mana yang di lakukan parti DAP di Malaysia kerana kedua-dua parti tersebut mempunyai pertalian seperti adik dan abang di dalam menghapuskan keistimewaan hak milik bangsa Melayu di dunia.

Dahulunya di Singapura, PAP meletakan pemimpin dari kalangan orang Melayu untuk mendapatkan kuasa politik. Namun kini setelah PAP dapat mempengaruhi orang Melayu Singapura melalui politik orang Melayu, PAP telah menunjukan belang apabila tidak mengiktirah peranan bangsa Melayu di dalam pentadbiran Negara tersebut.

Semasa Singapura masih di dalam Malaysia, Perdana Menterinya, Lee Kuan Yew, sebagaimana yang dicatatkan di dalam akhbar Strait Times bertarikh 5 Mei 1965, telah mencabar kedudukan dan hak istimewa orang Melayu di Malaysia sebagaimana yang dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mengatakan bahawa taraf pribumi orang Melayu tidak ada lebihnya jika dibandingkan dengan orang Cina, India dan masyarakat pendatang yang lain. 

BILA SEMUA PM ADA AKAUN FACEBOOK......

Agak kelakar jika ianya berlaku.....
Namun itulah gambaran andainya mereka masih hidup dan ada akaun facebook masing-masing....

(Klik gambar untuk paparan lebih jelas)

Tidak pasti siapa yang create semua ni, kredit to : penpatah.



SYABAS : PEMIMPIN IBAN TIDAK BERMINAT PADA PKR..!!!


Sebahagian besar masyarakat Iban di Sarawak semakin menolak Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ini bukan saja baru berlaku malahan ianya sejak dulu lagi kaum Iban sebagai kumpulan terbesar di Bumi Kenyalang telah menolak kehadiran PKR di negeri ini.

Orang Iban lebih berminat kepada parti-parti tempatan sepeti PBB, SUPP, SNAP, PRS, SPDP dan SWP yang sederhana dan tidak melampau seperti PKR. Anda tentu tertanya-tanya kenapa PKR Sarawak tidak diterajui oleh orang Iban yang majoriti sebaliknya diketuai oleh Baruk Bian yang datang dari kaum paling minoriti di Sarawak yang tinggal jauh di sebelah utara negeri ini - ( ASAP-KOYAN 2U)


ISRAEL SEKAT DANA UNTUK PALESTIN..???

TEL AVIV - Israel mengumumkan untuk menyekat lebih AS$100 juta (RM304 juta) bayaran cukai dan dana lain yang dikumpulkan oleh mereka bagi pihak Palestin.

Sekatan itu diputuskan oleh Perdana Menteri Benjamin Netanyahu bersama menteri Kabinet semasa mesyuarat mingguan di Tel Aviv, semalam. (ahad)


DAP RESAH, TAK SENANG DUDUK, DENGKI...KEJAYAAN PAU 2012...!!!


Laungan ikrar taat setia pada perjuangan UMNO yang dilafazkan oleh 2,759 perwakilan bergema penuh semangat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra pada hari terakhir Perhimpunan Agung UMNO 2012 semalam.

Gema itulah telah membangkitkan keresahan parti pembangkang berikutan kejayaan hebat Perhimpunan Agung Umno 2012 cukup ketara apabila sanggup mengambarkan perhimpunan itu sebagai satu perhimpunan `raja lawak’.