Monday 10 September 2012

ABBY ABADI WAJAR CERAMAHKAN MISLINA MUSTAFFA....!!!!

Mislina Mustaffa – Kisah Penyokong Pembangkang, Anjingnya Dan Fahaman Islamnya

Mislina Mustaffa - Kisah Penyokong Pembangkang, Anjingnya Dan Fahaman Islamnya

Apalah nak jadi dengan perempuan gelandangan sorang ni.... baca detail ... di sini

Pegang anjing...mcm pegang anak sendiri aja.

Lihat video ni...






Abby abadi yang megah berceramah di pentas PAS, tak teringinkah nak tarbiahkan si Mislina agar menjadi seperti dirinya..???

{FOTO} JAMBATAN MANGGA KUNCI CINTA

JAMBATAN HOHENSOLLERNBRUECKE, GERMAN......

Jambatan Hohenzollernbruecke yang melintasi sungai Rhein dan terletak di Koln Jerman. Hohenzollern adalah jambatan tersibuk di Jerman, menghubungkan Köln Hauptbahnhof dan Stasiun Köln Messe/Deutz.

 Jambatan ini juga dikenali sebagai jambatan mangga kunci cinta (love lock). Bila mana terdapat ribuan mangga yang di letakkan di sepanjang jambatan Hohenzollernbruecke. 

Fenomena yang dipanggil Kunci Cinta, yang dipercayai berasal dari Itali, adalah jenis baru vandalisme di mana pasangan sedang berkasih-kasihan mengunci mangga (padlocks) yang mengandungi nama-nama mereka di pagar. pintu jambatan atau tempat yang serupa awam untuk melambangkan cinta selama-lamanya mereka.














BUKAN MELAYU JADI PM PERTAMA MALAYSIA JIKA PR MENANG PRU 13....???



Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Nakhaie Ahmad berkata Malaysia bakal menyaksikan Perdana Menteri bukan Melayu yang pertama jika Pakatan Rakyat (PR) menang dalam Pilihan Raya ke-13 (PRU13) nanti.

Katanya PR tidak mempunyai formula yang mantap dalam memastikan orang Melayu terus mentadbir negara selain sistem yang akan digunapakai gabungan itu masih samar.

“Pertama sekali kita harus faham, di dalam Pakatan Rakyat (PR) tiada ada satu formula yang jelas mengenai pakatan mereka.

“Tidak ada jaminan dalam PR kerana tiada formula yang mantap bahawa orang Melayu akan terus berkuasa walaupun mereka diangkat menjadi PM,” katanya kepada Antarapos dalam satu wawancara eksklusif di kediamannya, baru-baru ini.

Pendapat Nakhaie hampir sama dengan pendapat Terence Netto, kolumnis Malaysiakini yang meramalkan bukan Islam bakal menjadi PM pertama, selepas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Wartawan berpengalaman selama hampir empat dekad itu membuat ramalan itu berdasarkan intipati ucapan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim dalam program tetamu khas program makan malam Kelab Wartawan Asing Malaysia (Foreign Correspondents Club of Malaysia – FCCM), 5 Jun.

Ketika menulis artikel bertajuk ‘Anwar’s successor and the non-Malay PM ‘ Netto berkata kemungkinan itu ada kerana Anwar berpegang kepada falsafah Tocqueville (Alexis de Tocqueville) yang bertunjangkan kesaksamaan kepada rakyat.

Dalam program FCCM itu kata Netto, Anwar memetik merit demokrasi di Amerika Syarikat (AS) berdasarkan pandangan ahli falsafah Perancis, Tocqueville, yang menulis buku pada tahun 1835 selepas sembilan bulan melihat perkembangan demokrasi di AS.

Anwar berkata beliau sering mencadangkan buku Tocqueville dijadikan kitab rujukan kepada kumpulan muda pemimpin dalam PKR, untuk kemajuan rohani mereka.

Menurut Netto, jika Anwar dan pengikut-pengikutnya berfahaman Tocqueville tentang kesaksamaan itu, maka, bukan menjadi halangan kepada bukan Melayu/Islam bakal menjadi PM Malaysia pada masa akan datang.

Sebelum itu, Netto melaporkan ketika dalam program FCCM, Anwar telah ditanya tentang siapakah pengganti beliau selepas PR berjaya menawan Putrajaya.

Pertanyaan itu wajar, kata Netto memandangkan usia Anwar bakal mencecah 65, walaupun kini Anwar masih sihat, namun pada masa akan datang, usia lelaki selepas 65 tahun, kesihatannya sukar diramal.

Katanya, Anwar kini menjadi penyatu di antara kedua parti ekstrim, DAP yang mendokong prinsip sekular dengan PAS yang mendokong prinsip Islam.

Manakala Anwar pula menurut Netto berada di tengah-tengah kedua prinsip itu iaitu Islam dan Demokrasi yang merupakan prinsip baru selepas Fasisme & Demokrasi dan Komunisme & Demokrasi.

Islam kini menjadi target utama Barat, selepas Fasisme & Komunisme berjaya diliberalkan dengan senjata demokrasi. - AIDC

9 NEGARA YANG TIDAK PERNAH DIJAJAH

Tahukah anda ada beberapa negara yang tidak pernah dijajah oleh bangsa asing , dan bahkan ada negara dari Asia tenggara yang tak pernah dijajah. Berikut 9 negara yang belum pernah terjajah Bangsa lain. 

1. Thailand


thailand

Asal mula Thailand secara tradisional dikaitkan dengan sebuah kerajaan yang berumur pendek, Kerajaan Sukhothai yang didirikan pada tahun 1238. Kerajaan ini kemudian diteruskan Kerajaan Ayutthaya yang didirikan pada pertengahan abad ke-14 dan berukuran lebih besar dibandingkan Sukhothai. Kebudayaan Thailand dipengaruhi dengan kuat oleh Tiongkok dan India. Hubungan dengan beberapa negara besar Eropa dimulai pada abad ke-16 namun meskipun mengalami tekanan yang kuat, Thailand tetap bertahan sebagai satu-satunya negara di Asia Tenggara yang tidak pernah dijajah oleh negara Eropa, meski pengaruh Barat, termasuk ancaman kekerasan, mengakibatkan berbagai perubahan pada abad ke-19 dan diberikannya banyak kelonggaran bagi pedagang-pedagang Britania.

BINTANG BOLASEPAK YANG KEJAM...!!!


Brazil – Bintang bola sepak Brazil yang juga pemain kelab Flamengo, Bruno Fernandes de Souza, 27, dihadapkan di mahkamah atas tuduhan melakukan siksaan dan membunuh perempuan simpanannya sebelum sebahagian anggota badan wanita itu dijadikan makanan anjing peliharaannya.

Bola Sepak

Dia didakwa membunuh model, Eliza Samudio bagi melindungi reputasinya selepas wanita itu mengandung anaknya pada 2010.

Bruno ketika ini telah menjalani hukuman penjara empat setengah tahun selepas didapati bersalah menculik Samudio.

Dia didakwa melakukan pembunuhan itu dengan bantuan lapan orang yang lain termasuk isterinya, Dayane, sepupu dan bekas pegawai penyiasat, Luiz Santos.

Penjaga gol itu didakwa menyaksikan bagaimana Santos telah menyiksa wanita tersebut sebelum membantu lelaki itu memotong mayat mangsa.

Bruno yang sebelum ini disebut-sebut bakal menjadi penjaga gol pasukan Brazil telah bertemu Samudio ketika menghadiri satu parti yang dianjurkan oleh rakan sepasukannya.

Selepas parti tersebut, Bruno telah bermalam bersama dengan Samudio dan selepas mengetahui wanita itu mengandung, dia menjadi marah.

Bruno kemudiannya merancang membunuh Samudio selepas mengetahui wanita itu mahu mengambil tindakan undang-undang bagi membuktikan bahawa Bruno adalah bapa kepada anaknya.

Sementara itu, sepupunya yang juga salah seorang tertuduh dalam kenyataannya kepada polis memaklumkan bahawa mereka telah menculik Samudio daripada sebuah hotel di Rio de Janeiro pada 4 Jun 2010.

Wanita itu kemudiannya dibawa ke sebuah kawasan pedalaman sebelum dia disiksa dan dibunuh dengan kejam.

Bagi mengelakkan jeritan wanita itu didengari orang lain, mereka telah membuka muzik dengan kuat.

UNTUK SIAPA SATU PELURU HIDUP DALAM PISTOL BODYGUARD ANWAR.....???








Ketika di berkas oleh pihak Polis, ternyata dalam laras pistol milik bodyguard Anwar Ibrahim ada sebiji peluru hidup! 

Persoalannya.... 

Apa tujuan sebenar bodigad tu mengacu pistol kepada orang awam...?

Untuk siapa peluru hidup itu ditujukan sebenarnya...?

NASHA MASIH KEKAL DALAM PAS....


alt

KUALA LUMPUR 9 Sept. - Majlis Syura PAS Pusat memutuskan mengekalkan keahliah PAS terhadap Bekas Timbalan Presiden Nasharudin Mat Isa.

Persidangan yang baru sahaja berakhir sebentar tadi itu juga memutuskan Nasharudin dikekalkan memegang jawatan sebagai salah seorang anggota Ahli Majlis Syura PAS Pusat.

Keputusan rasmi yang diumumkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu juga menolak spekulasi beberapa pihak yang mendakwa Nasharudin bakal dipecat sebagai anggota keahlian parti malam ini.

alt

Walaubagaimanapun, Hadi Awang enggan mengulas tentang status pencalonan Nasharudin pada Pilihan Raya Umum ke 13 dan menjelaskan akan dibincangkan pada mesyuarat akan datang.

Untuk rekod, PAS sebelum ini pernah mengambil tindakan memecat bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Dato' Dr. Hasan Ali kerana bertindak sama menggesa parti tersebut meninggalkan Pakatan kerana tidak seteru dengan perjuangan DAP dan PKR.

klpos