Friday 31 August 2012

KHALID GAGAP AKUI TIDAK JEMPUT SULTAN SELANGOR....!!!

Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim



SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengakui kerajaan negeri tidak menjemput Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah menghadiri program sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 peringkat negeri yang berlangsung, malam tadi.
   
"Memang tak ada dalam program menjemput (Sultan). Memang biasa tiap-tiap tahun kita membuat cara ini, itu sahaja," katanya kepada pemberita ketika diminta mengulas laporan sebuah akhbar bahawa Sultan Selangor dibelakangkan dalam acara sambutan Hari Kemerdekaan di Dataran Kemerdekaan di sini.
   

HARGAILAH KEHIDUPAN, JAUHI PANADOL ....!!!

PANADOL MERBAHAYA
JANGAN AMBIL & PANADOL ACTIFAST / SOLUBLE LAGI (TERUTAMA MEREKA YANG ADA GASTRIK)
UNTUK PENGETAHUAN, ikuti sebuah kenyataan benar dari seorang yang mengalaminya…
“Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.
Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.
Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman.
Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan. Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda.
Panadol adalah sejenis “painkiller”, semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan.
Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat. Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin?
Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang “biasa” ini ke dalam mulut anda.

WIRA PERKASA DESAK KERAJAAN AMBIL TINDAKAN TEGAS PELAKU TUKAR BENDERA..!!!


KUALA LUMPUR, 31 Ogos - Ketua Wira Perkasa Malaysia, Irwan Fahmi Ideris mendesak kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran risalah menukar Jalur Gemilang diambang Malaysia menyambut Hari Kemerdekaan ke-55. Beliau mendakwa perkara ini sebagai suatu yang serius dan perlu diberi perhatian berat memandangkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab mengedarkan risalah ini. "Apa tujuan sebenar risalah ini dikeluarkan dan diedarkan malam tadi? Ini adalah satu hasutan yang nyata kepada rakyat. "Bendera Malaysia melambangkan kedaulatan sesebuah negara, namun ia dilacurkan oleh pihak yang cukup tidak bertanggungjawab. 

Wira Perkasa memandang serius perkara ini. Kita menganggap pihak ini secara sengaja mencabar kedaulatan dan tidak menghormati negara dan raja-raja Melayu," katanya. Ketua Wira Perkasa ini juga menempelak sikap tidak bertanggungjawab pihak yang didakwa beliau sebagai tidak ubah seperti manusia yang yang tidak bertamadun dan bersikap kebudak-budakan. "Apakah tujuan sebenar mereka ini? Adakah motif mereka mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Republik? "Kita amat berharap pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) menjalankan tugas seperti biasa dan menjadi benteng kpd rakyat dan negara," tegas beliau. Belau turut menegur sikap Peguam Negara yang didakwa tidak menjalankan tugas dengan sewajarnya. Beliau turut mengambil contoh hampir 6,000 laporan polis telah dibuat terhadap Pengerusi Bersama Bersih 3.0 Ambiga Sreevanasan namun tiada satu tindakan drastik dan tegas diambil sehingga kini. "Wira Perkasa merasakan perbuatan menyebar risalah menukar Jalur Gemilang ini merupakan suatu penghinaan yang terburuk dalam sejarah Malaysia," katanya. 



Dipetik dari 1 MALAYSIA

~ Hanya kerana orang tua tu adalah sasterawan negara... perlukah dia dihormati jika bendera dan kemerdekaan negara pun sama-sama dia sanggup khianati..???

SEJARAH ANGKATAN TENTERA MALAYSIA


Sejarah moden ATM bermula dengan pengambilan 25 orang pemuda Melayu sebagai skuad percubaan Rejimen Askar Melayu pada 1 Mac 1933. Rejimen ini terus berkembang menjadi satu batalion penuh yang dikenali sebagai Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu pada 1 Januari 1938. Batalion kedua ditubuhkan pada 1 Disember 1941 iaitu enam hari sebelum Perang Dunia Kedua bermula di Malaya. Kedua - dua batalion ini telah menunjukkan kebolehan mereka dalam peperangan menentang tentera Jepun. 


Selepas perang, negara dilanda pula oleh ancaman Komunis dan keadaan Darurat telah diisytiharkan pada tahun 1948. Keadaan ini memerlukan pembesaran angkatan tentera. Menjelang tahun 1950 kekuatan Rejimen Askar Melayu telah ditambah menjadi tujuh batalion. 


KEJAM : MAYAT TANPA KEPALA DITEMUI MASIH BERASAP

Kerat mayat sebelum bakar


CARI BUKTI...anggota Unit Forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian.
CARI BUKTI...anggota Unit Forensik menjalankan siasatan di tempat kejadian.


USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa.  
USUNG...anggota polis mengangkat mayat mangsa.


NIBONG TEBAL: Kepulan asap di sebuah lorong kecil berhampiran ladang kelapa sawit membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki terbakar dalam keadaan tanpa kepala, kedua-dua tangan dikerat pada paras siku dan kaki dipotong di bahagian paha.

Mayat lelaki dipercayai mangsa pembunuhan kejam itu ditemui orang awam yang curiga selepas melihat kepulan asap dekat ladang kelapa sawit di Jalan Sungai Kechil, di sini, jam 9.45 pagi, semalam.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Asisten Komisioner Mat Nasir Salleh berkata, ketika ditemui sebahagian mayat masih terbakar itu dan mangsa hanya berseluar dalam.

Menurutnya, siasatan anggota forensik yang bergegas ke tempat kejadian gagal menemui dokumen pengenalan diri pada mayat terbabit dan menganggarkan usia mangsa dalam 30-an.

IKAN KELI GERGASI....???

Seekor ikan keli bersaiz gergasi telah ditangkap oleh nelayan di Mukah, Sarawak. Berita tentang ikan keli gergasi ini telah menggemparkan bukan sahaja penduduk tempatan tetapi seluruh Malaysia.

Ikan pelik yang mempunyai berat lebih kurang 2 tan (2000kg) itu dikatakan tersesat dan mati di tepian sungai. Seorang pemborong ikan cuba mengangkat ikan keli tersebut dengan menggunakan kren tidak berjaya. Dia hanya berjaya mengangkat ikan keli gergasi itu hanya selepas menyiat kulit ikan pelik itu. 

Daging ikan keli gergasi itu dikatakan dipotong-potong dan dijual dengan harga RM6 sekilo. Satu kampung boleh kenyang kalau buat kenduri ni. Mari kita tengok gambar pelik ikan keli gergasi yang terdampar di Mukah Sarawak ini. Jom!













Pssst..... kawan teman kata, tu bukan ikan keli.... tapi ikan yu.... yu kemenyan! Tak tau lah.... kenyataan mana yg betoi!

17 DIPANCUNG KERANA BERPESTA.....

KANDAHAR - Seramai 17 orang awam termasuk dua wanita dipancung gara-gara mengadakan pesta diiringi alunan lagu rancak di selatan Afghanistan, menurut pihak berkuasa, kelmarin.

Jurucakap Gabenor Wilayah Helmand, Daud Ahmadi berkata, mereka yakin tindakan itu dilakukan oleh pejuang Taliban.

"Pesta tersebut telah diadakan oleh penduduk berhampiran kampung Zamindawar yang berada di bawah kawalan Taliban. Tindakan mereka bersuka-ria telah mencetuskan kemarahan Taliban," kata ketua daerah Musa Qala, Nematullah Khan.

Difahamkan, di bawah pemerintahan Taliban pada 1996-2001, banyak peraturan  berunsur ultra-konservatif dikenakan seperti menyekat percampuran


Mereka hanya sekadar berpesta dengan iringan muzik rancak... tu pun kena pancung.
Jadi tak keterlaluan jika teman katakan, Puak-puak pakatan haram jadah ni pun sepatutnya dipancung kerana berpesta nak tukar JALUR GEMILANG......!!!


ANAK MELAYU 'KUNING' HARAM JADAH MENOLAK JALUR GEMILANG... BANGGA KIBARKAN BENDERA KLON SINGAPURA...!!!

Kita harus ingat apakah tuntutan PAP sebelum diberikan Singapura...?

Apakah tuntutannya pada Malaysia..dan agenda ini tidak pernah padam dan di jadikan matlamat perjuangan untuk mendapatkannya semula setelah di tolak oleh Tengku Abd Rahman.

Para penyokong PR haram jadah semakin biadap. Mereka bertindak dengan lebih bangang dan tolol bahlol di dalam Perhimpunan Janji Demokrasi di Dataran Merdeka malam tadi dengan membuktikan bahawa perjuangan dan matlamat mereka bukanlah berhaluan politik.... mereka bukan sekadar inginkan sebuah kerajaan tetapi telah menjadi satu proksi penjajahan negara.


Simbol kedaulatan negara iaitu JALUR GEMILANG, dengan bangganya telah dicadangkan untuk ditukar!!!


Ini bukan omong kosong atau fitnah!!! Anda saksikan sendiri gelagat-gelagat jahnam mereka di dalam gambar-gambar dan video berikut....








Apakah bezanya bendera yang mereka cadangkan itu dengan bendera Singapura..??
Setelah sekian lama merdeka.... biar betapa benci sekalipun sebahagian rakyat Malaysia ni terhadap pihak pemerintah tetapi tidak pernah kelihatan dan kedengaran di setiap sambutan Hari Kemerdekaan cadangan-cadangan untuk menukar bendera Malaysia ..... tetapi puak-puak Perhimpunan Janji Demokrasi (kepala bapak diorang tu..) dengan berani dan biadapnya telah melakukan demikian....!!!


Mereka kata, JALUR GEMILANG seperti (meniru) bendera Amerika Syarikat.....
Tidakkah bendera yang mereka cadangkan itu seperti (meniru) bendera Singapura..???

.........dan kalau anda nak tahu, dia ni lah mastermindnya!!!


Bak kata mindahijrah..... 

1. Bukti jelas bergambar ini berlaku ketika demontrasi Janji Demokrasi yang dilakukan oleh pembangkang di Dataran Merdeka. 

2. Apa yang dilakukan oleh pembangkang benar-benar gila dan tidak masuk akal. Agenda asing yang menyusup masuk melalui NGO seperti SUARAM sudah menampakkan belangnya. Lebih2 lagi pemimpin2 NGO seperia Maria Chin Abdullah yang menyusun atur kekecohan di Dataran Merdeka. 

3. Apakah rakyat Malaysia dapat menerima perjuangan seperti ini? Apa erti kemerdekaan yang mahu dibawa pembangkang hinggakan Jalur Gemilang juga mahu dihapuskan? 

4. Pembangkang adalah perosak. Undi Pembangkang bermakna kita bersama membantu agenda Yahudi & musuh negara. 

5. Bukankah wajib kita pertahankan dan Jihad bagi umat Islam ?



Moh tengok pulak video ni.... cuba bayangkan jika gambar itu adalah gambar diri anda sendiri...... 



Kepada semua anak-anak Melayu yang merasakan bahawa kemerdekaan yang dikecapi ini sangat berharga dan tinggi nilainya untuk anda teruskan kehidupan sebagai warganegara.... teman menyeru agar anda dengan rasa bangga dan ikhlasnya pertahankanlah JALUR  GEMILANG..... itulah lambang kedaulatan tanahair tempat tumpahnya darahmu .......MALAYSIA!

TUMPUKAN PERHATIAN DAN PILIHAN YANG TEPAT ADALAH.................. 

PRU 13 - UNDI BN