Friday 17 August 2012

2014 FIFA World Cup Brazil ™ | Adidas Usulkan 3 Nama Bola Piala Dunia 2014


Setelah beberapa waktu yang lalu FIFA mengumumkan slogan rasmi yang akan digunakan di Piala Dunia 2014 di Brasil. Slogan tersebut berbunyi "All in one rhythm", yang bila diertikan menjadi "Semua dalam satu irama".




Kini Adidas telah mengumumkan daftar nama untuk dipakai sebagai nama bola Piala Dunia 2014 dan perusahaan itu meminta para fans untuk memberikan suara mereka dalam memilih nama-nama Brasil klasik ini.

Ketiga nama tersebut berasal dari bahasa Portugal dan semuanya bersifat feminin yang mengkonfirmasi stereotip bangsa Brasil yang mengidentikkan bola sebagai wanita yang harus dibelai dan dirawat.

Salah satu nama yang menjadi finalis adalah Carnavalesca, satu kata yang menggambarkan seseorang yang merencanakan atau berpartisipasi dalam perayaan karnaval yang semarak di negara itu.

Nama lainnya adalah Bossa Nova, yang merujuk kepada genre musik samba-jazz yang dipopulerkan di Rio de Janeiro pada akhir 1950-an dan 1960-an.

Yang terakhir adalah Brazuca yang merupakan kata slang yang lucu bagi penduduk asli Brasil yang menurut Adidas menggambarkan kebebasan di negara itu.

Perusahaan alat-alat olahraga yang menjadi sponsor Piala Dunia ini memberikan kesempatan kepada para fans untuk memberikan suaranya untuk memilih salah satu dari ketiga nama tersebut di situs mereka yang berbahasa Brasil di www.adidas.com.br/nome-da-bola-2014.

Konsep pemberian nama buat bola yang digunakan di Piala Dunia telah dimulai di Meksiko pada 1970 dengan nama Telstar. Di antara nama-nama bola yang paling banyak dikenang adalah Tango di Argentina pada 1978, Azteca di Meksiko pada 1986 dan Jabulani di Afrika Selatan pada 2010.

Adidas mengumumkan proses pemungutan suara ini akan ditutup pada 2 September 2012.

BEKAS PEMAIN RAGBI BRITAIN FAILKAN KES 'UNTUK MATI' TETAPI KALAH

Bekas pemain ragbi Britain kalah kes 'untuk mati'
Tony Nicklinson kelihatan menangis apabila mengetahui keputusan mahkamah menolak permohonannya. - Foto ihsan irishtimes.com


Bekas pemain ragbi Britain kalah kes 'untuk mati' 
Tony Nicklinson yang memfailkan permohonan untuk menamatkan hidupnya. - Foto ihsan CNN


LONDON - Seorang lelaki British, yang lumpuh dari leher hingga ke bahagian bawah ekoran strok tujuh tahun lalu, kalah dalam permohonan untuk mendapatkan hak untuk mengakhiri hidupnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi London menolak permohonan yang dibuat oleh Tony Nicklinson, 58, untuk 'mati' mengikut masa dan tarikh pilihannya.

Dia memohon hak dari segi perundangan untuk mendapatkan seorang doktor yang boleh menamatkan nyawanya tanpa pegawai perubatan yang bakal dipilihnya itu dikenakan didakwa.

Laporan CNN menyebut bahawa sejak mengalami strok pada 2005, Nicklinson, seorang bekas pemain ragbi, berhadapan dengan sindrom 'locked-in'.

Sindrom 'locked-in' merujuk kepada satu keadaan di mana seorang pesakit sedar dan terjaga tetapi tidak boleh bergerak atau berinteraksi secara lisan ekoran keadaan lumpuh penuh yang dialaminya.

Mahkamah juga menolak kes yang serupa dibawa oleh seorang lagi lelaki yang berhadapan dengan sindrom 'locked-in'. Pemohon kedua itu hanya dikenali sebagai Martin, berusia 47 tahun.

"Mahkamah iktiraf kes-kes yang bersangkutan dengan isu-isu etika, sosial dan perundangan yang sukar, tetapi mendapati bahawa sebarang pindaan ke atas undang-undang menjadi urusan Parlimen untuk putuskan," kata kenyataan mahkamah.

Tiga hakim yang mendengar kedua-dua kes itu menyifatkan situasi dialami mereka sebagai sesuatu yang "tragis."

Keputusan itu mengecewakan Nicklinson, yang menitiskan air mata.

Isterinya, Jane memberitahu media bahwa keluargarnya "sangat kecewa" dan akan memfailkan rayuan.

"Anda boleh lihat sendiri reaksi Tony yang sangat kecewa," kata Jane dipetik portal irishtimes.com.

Dalam kenyataan dibuat menerusi komputernya, Nicklinson berkata: "Itu bukan keputusan yang saya harapkan. Ia sama sekali (sesuatu yang) saya tidak menjangkakan."

"Hakim, seperti juga ahli politik, adalah pihak yang bergembira apabila mereka dapat mengelak daripada berhadapan dengan isu-isu yang sebenar. "Penghakiman ini bukan sesuatu yang terkecuali (daripada hakikat sebenar)," katanya lagi.

Dia seterusnya menulis, "saya percaya pasukan guaman saya yang bertindak bagi pihak saya bersedia untuk berjuang habis-habisan, tetapi malangnya bagi saya, ini satu lagi situasi fizikal yang tidak selesa bagi diri saya."

Anak-anak perempuannya menulis menerusi Twitter menggesa orang ramai memulakan petisyen menyokong hak untuk mati dengan penuh maruah.

Dalam tempoh  beberapa jam seramai lebih 2,200 orang melahirkan sokongan kepadanya.

Jane berkata, suaminya tidak berhasrat untuk ke Switzerland, negara yang ada undang-undang bunuh diri.

Katanya, selain mahal, dia berpandangan bahawa suaminya tidak harus ke luar negara untuk menamatkan hidupnya.

JARI TANGAN DIPOTONG KERANA LANJUTKAN PELAJARAN TANPA IZIN SUAMI

Hawa Akther Jui, si isteri yang dipotong jarinya kerana meneruskan pengajian.

Demi mengejar impian melanjutkan pelajaran ke universiti, Hawa Akther Jui, wanita dari Bangladesh, rela kehilangan Jari Tangan.

Remaja tersebut, Akhter yang masih berusia 21 tahun, kehilangan jari tangannya kerana dipotong oleh suaminya, Rafiqul Islam 30 tahun.  Suami Akhter  marah kerana Akther tidak mendapatkan izinnya terlebih dahulu ketika ingin melanjutkan pelajarannya. Persitiwa itu terjadi setelah Rafiqul, baru saja kembali dari Emiriah Arab. Rafiqul memang bekerja di SANA sebagai buruh Berhijrah.

Menurut Akhter suaminya tidak berpendidikan, dan tidak menyetujui Dirinya membuat pendaftaran di sebuah Perguruan Tinggi untuk pengajian yang lebih tinggi. Melalui telefon, Suami Akhter pernah memperingatkan Dirinya akan ada sesuatu yang buruk Jika ia membantah kemahuannya.

“Setelah ia kembali ke Bangladesh, ia mengatakan ingin berbincang dengan saya. Tiba-tiba, ia menutup mata saya dan tangan saya diikat. Ia juga menutup mulutku menggunakan lakban, dan mengatakan ia akan memberi saya beberapa Hadiah kejutan. Tetapi, dia malah memotong Jari -Jari saya, “kata Akther.

Jari Tangan Dipotong Kerana Lanjutkan Pelajaran
Rafiqul Islam, si suami yang memotong jari isterinya.

Jari Akhter yang sudah terpotong sebenarnya masih boleh disambung kembali. Namun, suaminya yang terlalu marah bukan sahaja tidak memberikan rawatan perubatan malah Rafiqul telah membuang jari isteri-nya ke tempat sampah.

“Doktor mengatakan jari saya boleh kembali disambung dalam tempoh enam jam, tapi ia menolak untuk memberikan jari tersebut kepada  mereka. Setelah itu, suami saya melemparkan jari di tempat sampah. Saya akhirnya pulih tetapi kata mereka (doktor) sudah terlambat,” kata Akther, yang dalam masa pemulihannya di rumah orang tuannya.

Setelah peristiwa itu, Akther menyatakan sudah tidak mahu lagi hidup bersama dengan suaminya, yang kini dalam tahanan polis.

Pihak Polis yang mengendalikan kes tersebut, ARM Al-Mamun, mengatakan pihaknya dalam siasatan awal mendapati fakta bahawa serangan tersebut dirancang.

“Dia [suami] mengaku memotong jari isterinya. Kami akan melakukan tindakan,” kata Al-Mamum. Sementara itu kumpulan hak asasi manusia di Bangladesh, meminta kepada penguatkuasa undang-undang untuk menghukum Rafiqul seberat-beratnya.

LELAKI BERWAJAH 2...


Kisah Seram Lelaki Berwajah 2

Kenalkah anda dengan lelaki yang bernama Edward Mordrake. Dikatakan Edward adalah seorang bangsawan Ingggeris abad ke-19 yang mempunyai wajah tambahan di belakang kepalanya. Menurut cerita lagi, wajah tambahan tidak boleh makan mahupun bercakap, tetapi ia mampu ketawa dan menangis.

Edward merayu kepada doktor untuk wajah keduanya yang digelar ‘devil twin’ itu dibuang, kerana, kononnya, ia berbisik sesuatu yang dahsyat terhadap beliau pada waktu malam, tetapi tiada doktor mampu membantu.

Beliau juga cuba membunuh diri pada usia 23 tahun dengan meracuni dirinya kerana dia tidak lagi dapat bertahan untuk hidup dengan muka di belakang kepalanya.

~  KAKI BISING  ~

JET HYPERSONIK AS GAGAL UJIAN.... PEMBAZIRAN WANG!!! ADA AKU KESAH.......!!!


GAMBAR fail menunjukkan jet hipersonik X-51A diangkut dengan menggunakan sebuah jentera pengangkut di Pangkalan Tentera Udara Edwards, California, Amerika Syarikat pada 17 Julai lalu.


LOS ANGELES - Sebuah jet hipersonik tanpa juruterbang yang direka untuk terbang enam kali ganda melebihi kelajuan bunyi berkecai di Lautan Pasifik beberapa saat selepas melakukan penerbangan ujian ekoran masalah pada ekor pesawat, kata Tentera Udara Amerika Syarikat (AS) kelmarin.
Menurut kenyataan tentera AS, masalah pada ekor pesawat X-51A atau Waverider itu dikenal pasti dalam penerbangan ujian pada Selasa lalu.
Masalah teknikal itu berlaku 16 saat selepas roket penggalak melepaskan jet kawalan jauh itu daripada sayap pesawat pengebom B-52.
"Selepas 15 saat apabila X-51A terpisah daripada roket penggalak tersebut, jet tersebut hilang kawalan akibat masalah pada ekornya," kata kenyataan tersebut.
Secara keseluruhan, penerbangan ujian tersebut berlangsung selama 31 saat sekali gus gagal mencapai matlamat tentera AS untuk X-51A berada di udara selama lima minit.
"Pesawat itu berkecai serta-merta dan jatuh ke dalam Lautan Pasifik dekat Mugu Point di barat daya bandar raya Los Angeles," kata seorang jurucakap Pangkalan Tentera Udara Wright-Patterson di Ohio, Daryl Mayer.
Menurutnya, jet X-51A itu direka untuk mencapai kelajuan Mach 6 atau 7,350.06 kilometer sejam.
Pada kelajuan tersebut, perjalanan dari Paris ke New York di AS sejauh 5,837 kilometer cuma mengambil masa sekitar 46 minit.
- Agensi

'PERBEZAAN POLITIK BUKAN PENGHALANG KEMASLAHATAN UMMAH', USTAZ NASHA


Sebaik tiba di tanah air dari Tanah Suci, Mekah semalam, bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa mengadakan sidang akhbar khas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Pada sidang akhbar itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok membalas kenyataan beberapa pemimpin Pas yang mempertikaikan kehadiran beliau di Mekah bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Mereka juga membidas Nasharudin berikutan kenyataan beliau yang menggesa Pas mengkaji semula kedudukan dalam pakatan pembangkang jika DAP terus menolak pelaksanaan hukum hudud. 

BERIKUT ADALAH LAPORAN PENUH KENYATAAN DARI TIMBALAN PRESIDEN PAS ITU : 

Laporan media cetak dan elektronik pada 14 dan 15 Ogos 2012 dan beberapa ulasan daripada pelbagai pihak sehubungan dengan kenyataan saya di Mekah al-Mukaramah adalah dirujuk.


HUDUD

Saya kekal dengan pandangan saya bahawa Karpal Singh bukan hanya sekadar anti hudud tetapi anti-Islam.

Sebagai seorang peguam yang lama, dia tahu apa itu substantive law dan apa itu procedural law. 

Pelaksanaan hudud memerlukan kepada standard of proof yang cukup tinggi untuk boleh dilaksanakan, ada kesalahan yang memerlukan tahap pembuktian ke taraf beyond any shadow of doubt iaitu tahap pembuktian yang maksimum, sebelum boleh ia dilaksanakan, tetapi dia menolak semua itu hanya kerana ia adalah undang-undang Islam.

Berapa kali sudah dia mengungkapkan bahawa pelaksanaan sistem perundangan Islam is over my dead body menunjukkan dia sanggup mati untuk pertahankan pendiriannya, maka saya juga sanggup melakukan apa saja at whatever cost untuk pertahankan agama saya. Terpulanglah kepada mana pihak yang mungkin kerana percaturan politik akan mendiamkan diri seperti syaitan-syaitan bisu yang sering diungkap oleh pimpinan, insya-Allah saya tidak akan biarkan mana-mana pihak sewenang-wenangnya menghina agama saya.

Pas harus lebih tegas menyatakan pendiriannya dalam hal ini kerana sokongan yang diberikan oleh masyarakat umum kepada Pas adalah kerana perjuangannya untuk menegakkan syariah Allah SWT namun dalam isu hudud yang diserang dan dikecam oleh Karpal Singh ini, masih ramai yang tertunggu apa sikap Pas terhadap Karpal Singh.

Adakah tahaluf siyasi yang sedang diamalkan oleh Pas turut membolehkan kesepakatan dengan mereka yang menolak dan memerangi Islam. Harapan saya adalah apabila penjelasan dibuat oleh pimpinan tertinggi Pas kepada masyarakat umum, maka akan terjawablah kekaburan yang ada pada masyarakat umum. Pemimpin Pas mungkin sudah faham, ahli Pas juga mungkin sudah mengerti tetapi masyarakat umum masih menanti penjelasan. Pas tidak akan menang hanya dengan undi daripada ahlinya sahaja.

ISU PERTEMUAN DI MEKAH

Kepada mereka yang membuat andaian, tuduhan dan suu’ dzan (bersangka buruk), nasihat saya adalah ittaqillah, ittaqillah, ittaqillah (bertakwalah) dan beristghfarlah khasnya pada hari-hari terakhir Ramadan ini. Kasihan saya melihat mereka yang menghukum tanpa tahu hujung pangkal. Berbaik sangkalah sesama Muslim. Hampir sebulan sepanjang Ramadan ini, doa qunut yang dibacakan di hadapan Kaabah ketika solat witir, menyeru kepada merapatkan saf dan menyatupadukan orang Islam. Imam solat saban malam memohon dengan doa Ya Allah satukanlah suara umat Islam.

Saya telah mengaturkan pertemuan di Mekah antara beberapa orang ulama di Mekah bersama dengan YAB Perdana Menteri bersempena dengan persidangan OIC. Saya dijemput ke Mekah dengan visa khas selepas YAB PM bersetuju untuk bertemu dengan ulama-ulama tersebut. Perbincangan telah diadakan di sebuah villa kenalan bersebelahan dengan Masjidil Haram. Yang dibincang antara lain adalah isu di Syria dan Rohingya. Para ulama tersebut menyebut tentang peranan yang boleh dimainkan oleh Malaysia. Perbincangan juga menyentuh beberapa kejayaan yang telah dicapai oleh Malaysia. Mereka juga telah meninggalkan beberapa pesanan kepada PM seperti memastikan Malaysia terus mengangkat pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam memelihara kesucian Islam.

Pertemuan itu sedikit pun tidak berbincang tentang Pas atau UMNO, sebab isu yang dibincangkan adalah jauh lebih besar daripada Pas atau UMNO. Kami berbincang tentang keadaan semasa ummah. Rasullullah menyebut, man lam yahtamma biamril muslimin falaisa minhum (Siapapun yang tidak menganggap penting urusan/perkara yang menimpa kaum muslim, maka dia bukan termasuk golongan mereka (muslim).

ADAKAH BERBINCANG TENTANG UMMAH SATU JENAYAH..??


Tiba-tiba dikaitkan dengan saya akan masuk UMNO. Untuk kesekian kalinya saya sebutkan secara terbuka, saya tidak ada niat untuk masuk UMNO, cuma saya menganggap semua yang mengucap kalimah syahadah sebagai saudara saya seiman termasuklah pemimpin dan ahli UMNO, dan mereka yang bukan Islam sebagai saudara saya seinsan. Perbezaan pandangan politik tidak seharusnya dijadikan sebab untuk kita tidak memikirkan maslahat ummah.




NASHARUDIN Mat Isa kelihatan ceria sejurus tiba dari Jeddah di balai ketibaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang, semalam.

KHALID GEREJA KATA USTAZ NASHA GILA JAWATAN TAPI USTAZ NASHA BERTEGAS TIDAK AKAN KELUAR PARTI....MACAM MANA NI..!!!



SHAH ALAM – Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad menyifatkan gesaan dibuat oleh bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa supaya parti itu keluar dari Pakatan Rakyat (PR) kerana DAP menolak pelaksanaan hudud adalah kerana kekecewaan beliau tidak dapat melihat penggabungan Umno dan Pas.

Malah beliau yang juga merupakan Timbalan Pesuruhjaya III Pas Selangor beranggapan Nasharudin mungkin mengimpikan untuk mendapat jawatan lebih tinggi sekiranya idea penggabungan tersebut berhasil.

“Secara peribadi saya rasa dia sengaja nak timbulkan isu dan saya rasa dia (Nasharudin) memang kecewa apabila Pas tidak mahu bersama dengan Umno maka dia hilang peluang untuk pegang jawatan lebih besar kerana sekiranya ianya terjadi mungkin boleh dapat jawatan di peringkat pusat.

“Mungkin itulah dia (Nasharudin) melihat terlepas dan pada masa sama kecewa kalah dalam pertandingan merebut timbalan presiden lantas menyebabkan dia ‘tidak seperti dahulu’,” katanya pada sidang media di pejabatnya di sini, hari ini.

NAMUN BEGITU...... USTAZ NASHA BERTEGAS BAHAWA BELIAU TIDAK AKAN KELUAR PAS!!!

SEPANG  - Bekas Timbalan Presiden Pas, Nasharudin Mat Isa tetap dengan pendiriannya tidak akan keluar daripada parti tersebut.

Malahan beliau turut menafikan dakwaan akan menyertai UMNO ekoran paparan gambar beliau menyertai Perdana Menteri dalam pertemuan dengan tokoh-tokoh ulama sempena Persidangan Luar Biasa Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) yang berlangsung di Arab Saudi.

"Pertemuan yang diadakan itu langsung tidak membincangkan mengenai politik apatah lagi Pas atau UMNO," katanya ketika pemberita di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini hari ini (semalam) - UTUSAN

**** ANDA...................fikir-fikirkan.....