Tuesday 7 August 2012

NEGARA TERKECIL DI DUNIA


 Pernah kah terlintas di fikiran korang nak tau apakah negara paling kecil di dunia ini? Pernah tak korang bayangkan Negara yang hanya dihuni oleh 3 orang penduduk? haaa.. ini jawapan nyer iaitu Negara Molossia.



Sebagaimana syarat-syarat berdirinya sebuah negara yang berdaulat, maka Republik Molossia memang Layak dikatakan sebagai negara Republik terkecil di muka bumi ini, walaupun tidak berdaftar dengan Perikatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), namun Republik yang memiliki wilayah kedaulatan sendiri ini memang ada secara fakta.



Saksikan lagi gambar-gambar di bawah ini...


Selamat datang ke Republik Molossia, republik berdaulat yang terkecil di dunia.


Ini  tanah  setengah hektar berhampiran Dayton, cari mungkin kelihatan seperti rumah lain di padang pasir AS, tetapi ia adalah fakta negara Molossia - republik terkecil yang berdaulat di dunia.
 

Gambar yang kiri itu adalah Post Office negara terkecil dan gambar kanan pula adalah Matawang negara tersebut menggunakan Poker Chips.



Republik Of Molossia secara geografinya berada di dalam negara Amerika Syarikat iaitu di Dayton Nevada, ini bermakna negara Molossia dikelilingi oleh negara Amerika Syarikat.


Negara paling kecil ini di pimpin oleh seorang diktator yang bernama Kevin Baugh dimana Kevin ditemani oleh 2 anaknya dan 3 ekor anjing ( Populasi : 6 ) setelah negara ini diwujudkan sekitar 30 tahun yang lalu.

Negara Molossian diwujudkan pada 26 Mei 1977. Dikenali pada waktu itu sebagai Republik Grand Vuldstein. James Spielman dinobatkan sebagai Raja James I, dan Kevin Baugh dinobatkan sebagai Perdana Menteri. Meskipun Raja James I seorang raja, beliau tidak lagi aktif dalam kerajaan pada waktu itu.

Untuk Masuk ke negara terkecil ini korang Memerlukan Pasport untuk di sahkan.




Kerajaan tanpa campurtangan raja terus dikembangkan oleh Perdana Menteri. Pada tahun 1980 kerajaan telah berganti dengan nama baru iaitu Kerajaan Edelstein, dan pada tahun 1988 bertukar nama sekali lagi sebagai Kerajaan Zaria. Pemerintahan dijalankan walau tanpa sebiji rumah untuk ditadbir. Perdana Menteri negara tersebut telah berhijrah ke Eropah pada tahun yang sama. Selepas kembalinya dari Eropah pada tahun 1992, kerajaan di makmurkan dengan pertumbuhan budaya.
sumber : telegraph.co.uk


ATHLET TANPA KAKI ADALAH PELARI TERPANTAS....


Pistorius pelari terpantas tanpa kaki 
Pistorius (kiri) akan bersaing dalam acara 4x400 meter Khamis ini.

MESKIPUN tersingkir daripada acara 400 meter lelaki suku akhir, Oscar Pistorius tetap akan menjadi bualan apabila menjadi atlet paralimpik pertama yang bersaing di Olimpik London.

Digelar 'blade runner' ataupun pelari terpantas tanpa kaki, atlet Afrika Selatan yang menggunakan kaki palsu yang diperbuat daripada fiber karbon menamatkan perlumbaan di kedudukan kelapan dengan catatan masa 46.54s.

Memegang rekod dunia bagi kategori paralimpik T44 dalam acara 100, 200 dan 400 meter, dan akan kembali ke gelanggang sama untuk mempertahankan pingat emas yang dimenanginya di Paralimpik Beijing 2008, Pistorius turut bersaing dalam acara 4x400 meter Khamis ini.

Terkenal dengan sikap tidak mudah mengalah terutama dalam mempertahankan haknya kepada Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) bagi bertanding dengan atlet lain di Olimpik, Pistorius kini menjadi sumber inspirasi atlet Olimpik terutama juara 400m dunia, Kirani James dari Grenada yang turut memberikan penghormatan kepadanya selepas perlumbaan semalam.

Menjadi tumpuan di Olimpik London ketika ini, Pistorius bagaimanapun enggan dianggap sebagai atlet berkecuali. Sebaliknya mahu di nilai sama seperti atlet lain yang bertanding.

MANOHARAN MOHON MAAF....???


PETALING JAYA - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP – Kota Alam Shah, M Manoharan pada Selasa memohon maaf kepada Datuk Lee Chong Wei berhubung kenyataannya yang memperlekehkan pemain badminton negara itu.

Lihat di sini
“Saya mohon maaf di atas apa yang berlaku. Sungguhpun begitu, saya tidak mahu mengulas lanjut mengenainya.
“Sekiranya ada yang selanjutnya, saya akan mengeluarkan kenyataan lagi nanti. Apapun, saya sudah pun membuat permohonan maaf (di Twitter),” katanya ketika dihubungi, Selasa.
Permohonan maaf Manoharan berikutan kenyataannya melalui akaun Twitter milik beliau yang memperlekehkan kekalahan Chong Wei ke atas pemain China, Lin Dan dalam perlawanan akhir badminton perseorang lelaki di Sukan Olimpik di London.

Mengenai persepsi masyarakat yang mencemuh beliau berhubung komen yang dikeluarkan itu, jelasnya: “Ia adalah pandangan mereka. Saya terima sahaja. Apapun, saya sudah mohon maaf.”
Manoharan dalam tulisannya di Twitter pada tengah hari Selasa memohon maaf kepada Chong Wei dan keluarganya berhubung dengan kenyataan yang dikeluarkan di laman sosial itu pada Isnin.
“Saya begitu menyesali berhubung komen yang dibuat dan memohon maaf dengan tulus ikhlas kepada Datuk Lee Chong Wei dan keluarganya.


“Saya dengan ikhlas berharap agar kemaafan ini akan diterima,” kata beliau lagi di Twitternya itu.

ROYALTI MINYAK : TALI GANTUNG UNTUK JERUT PAS KELANTAN... ?


Sejak dua tiga tahun lepas, kerajaan negeri Kelantan yang diterajui PAS agak aktif memanipulasi isu royalti minyak untuk kepentingan politik kepartian dengan mengelirukan dan menyembunyikan fakta sebenar dari pengetahuan umum.

Sedari awal lagi sebenarnya ramai pemimpin Kelantan yang mengetahui dari segi perundangannya sukar untuk Kelantan menikmati hasil royalti minyak disebabkan tiada satu pun telaga minyak yang wujud dalam lingkungan 3 batu nautika dari pantai Kelantan.

MENYESAL SOKONG PAS....!!!

Agak menarik untuk mengulas mengenai seorang pelajar tahun tiga jurusan perubatan Universiti Al-Azhar, Muhamad Hasyim Che Ngah, yang menyesal dengan penglibatannya dengan himpunan Bershit 2.0 yang dianjurkan di Mesir pada tahun lalu.

Himpunan yang diadakan di Dataran Hayyu Asyier, Kaherah, itu disertai oleh beberapa pelajar Malaysia di universiti tersebut dan termasuk 9 orang pelajar yang mendapat tajaan pinjaman dari Yayasan Terengganu.

Hasyim juga tidak terkecuali telah menyertai himpunan “Ambiga” itu sehingga menyebabkan perjanjian pinjaman pengajiannya di situ telah dibatalkan oleh pihak Yayasan atas sebab melanggar kontrak kerana terlibat dengan aktiviti tidak bertanggungjawab itu.

NALLA : SAYA BERDOSA KEPADA RAKYAT MALAYSIA


KUALA LUMPUR  - Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Datuk S. Nallakaruppan (gambar) mendedahkan beliau telah didatangi 'orang tengah' yang kemudian memujuknya supaya memohon maaf kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim atas segala kritikan dan dakwaan yang telah dibuat oleh beliau selama ini.

Bagaimanapun, Nallakaruppan yang juga bekas sahabat karib ketua pembangkang selama lebih 30 tahun berkata, jika ditawar RM500 juta sekalipun beliau tidak akan berganjak daripada pendirian Anwar tidak layak untuk mengetuai pembangkang apatah lagi menjadi Perdana Menteri.

Katanya, sudah lebih 30 tahun beliau berdosa kepada rakyat Malaysia kerana sanggup bersekongkol dengan menutup sisi gelap Anwar sehingga menyebabkan ramai rakyat tertipu dengan imej Islamik ketua pembangkang itu tetapi kini, berjanji mendedahkan segala salah laku moral pemimpin tersebut demi negara.

"Saya mengesahkan ada 'orang tengah' datang memujuk saya. Dia mahu saya berhenti menentang Anwar khususnya dalam isu berkenaan kerana tahu riwayat politik Anwar akan berakhir jika kes itu dibicarakan. Mereka sedar saya mengetahui segala rahsia sulit Anwar dan memiliki bukti kukuh dalam bentuk video.

"Mereka tidak mahu video itu ditayangkan di mahkamah kerana ia melibatkan dakwaan skandal dengan isteri orang, sebab itu mereka takut. Saya ingin nasihatkan, tak perlu hantar 'orang tengah' untuk memujuk kerana jika sekalipun ditawar RM500 juta, saya tidak akan berganjak dengan pendirian saya sebelum ini.

"Saya akan lakukan segala-galanya demi negara kerana cukup sedar Anwar dari segi moral memang tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri. Saya akan menyedarkan rakyat Malaysia bahawa selama ini mereka semua tertipu dengan imej Islamik Anwar," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Dalam perkembangan berkaitan, Nallakaruppan menggesa Anwar supaya berhenti menipu rakyat khususnya penduduk Sabah sempena Ramadan dan berharap bekas sahabat karibnya itu menggunakan kemuliaan Ramadan untuk menyuci segala dosa silam dengan bertaubat sebelum terlambat.

Menurutnya, walaupun Anwar mencanang lebih ramai pemimpin Barisan Nasional (BN) Sabah akan berpaling tadah kepada pakatan selepas Datuk Seri Lajim Ukin dan Datuk Seri Wilfred Bumburing, rakyat Malaysia masih tidak lupa bagaimana ketua pembangkang itu menipu mengenai tarikh 16 September.

"Dalam usia sekarang, Anwar sepatutnya memikirkan kepentingan negara berbanding cita-cita untuk menjadi Perdana Menteri kerana ketua pembangkang bukan tandingan kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sama ada dalam isu moral, ideologi mahu pun tahap sokongan dalam kalangan rakyat," katanya.

PENDUDUK MALAYSIA TIDAK AKTIF ??? NEGARA KE 10 TERMALAS DI DUNIA..!!!


LONDON 5 Ogos - Satu kajian mendapati Malaysia berada di tangga ke-10 negara paling malas di dunia dengan 61.4 peratus penduduknya tidak aktif.

Malta yang merupakan antara destinasi pilihan pelancongan pula mempunyai penduduk paling malas di dunia dengan 71.9 peratus rakyatnya tidak aktif.

Jurnal saintifik, The Lancet menyatakan Swaziland menduduki tangga kedua senarai negara paling malas di dunia dengan 69 peratus rakyatnya tidak aktif.


Greece pula dilabel sebagai negara paling kurang malas dalam kajian tersebut.

Hanya 15 peratus penduduk negara Mediterranean itu dikategorikan sebagai tidak aktif.

The Lancet menjalankan satu kajian global termasuk keputusan daripada 122 negara bagi melihat negara mana paling malas.

Secara keseluruhan, kajian itu mendapati wanita kurang aktif berbanding lelaki.

Peratus tertinggi wanita tidak aktif didapati berada di negara-negara yang sukar mendapat pekerjaan akibat kekangan sosial seperti Arab Saudi yang menduduki tangga ketiga senarai berkenaan. - AGENSI

***Nampaknya, The Lancet tidak nampak langsung 'keaktifan' yang tidak mampu dinafikan oleh penduduk Malaysia ini.... ahli politik PR bersama sekutunya, adalah yang paling aktif dan rajin mengutuk dan menyumpah seranah kerajaan pemerintah..!!!

ANAK PEREMPUAN MAUT DI TINDIH BERAMAI-RAMAI, UPACARA HALAU HANTU....!!!

BUKIT MERTAJAM: “Saya berasa pelik dan curiga apabila mereka semua berkurung dalam bilik itu sejak jam 2 pagi (kelmarin) tanpa makan, minum dan tidak buka (pasang) penyaman udara.

“Kami semakin hairan apabila suami saya dihalau dan dituduh sebagai hantu ketika cuba masuk ke bilik itu awal malam tadi (kelmarin),” kata ibu saudara kepada seorang kanak-kanak perempuan yang ditemui mati dipercayai akibat ditindih beramai-ramai.


Dalam kejadian di sebuah rumah di Taman Bukit Minyak Indah, di sini, kanak-kanak perempuan berusia dua setengah tahun itu, Chuah Wan Xuan dipercayai mengalami sesak nafas apabila ditindih tujuh ahli keluarganya iaitu ibu, bapa, nenek, ibu dan bapa saudara, dua sepupu serta seorang pembantu rumah warga Indonesia.

Mereka disyaki bertindak demikian ketika menyertai satu ritual atau upacara dalam sebuah bilik di rumah berkenaan yang dipercayai bertujuan menghalau hantu.


 

Menurut ibu saudara mangsa yang tidak mahu dikenali itu, sudah menjadi kebiasaan dia dan suami pergi ke rumah adik iparnya itu setiap petang untuk makan malam bersama.

~ myMetro

PANTAI TANPA LAUT DI SEPANYOL

Kebiasaannya kita hanya menemui pantai yang mempunyai laut yang luas. Namun di Sepanyol tedapat pantai yang dikenali sebagai sebagai The Gulpiyuri Beach. Ia adalah pantai tanpa laut.

Subhanallah! Pantai Tanpa Laut | Selama ini kita hanya dapat mendengar, jika ada pantai, tentu ada lautnya. Namun ini yang berlaku sebaliknya. Terdapat sebuah lokasi tetapi bukan di Malaysia yang mana terdapat pantai yang ia tidak mempunyai air laut seluas yang biasa kita lihat. Nama pantai ini adalah Playa de Gulpiyuri atau lebih dikenali sebagai The Gulpiyuri Beach adalah sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Yang menariknya ia merupakan sebuah pantai tanpa laut! Terletak kira-kira 100 meter dari kawasan laut. Di antara kawasan pantai dan laut dipisahkan oleh sebuah gua. Keluasan pantai tersebut hanyalah kira-kira 40 meter dan anda kan merasai ombak seperti biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut.






MANOHARAN KECEWA GILER, GAGAL WAKILI NEGARA ACARA BADMINTON OLIMPIK LONDON 2012....!!!

manoharan


Teruk juga ADUN Kota Shah Alam, M Manoharan yang mewakili parti chauvinis ultra kiasu DAP dibalun rakyat Malaysia dan para peminat sukan tanahair apabila dia mengutuk jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei, yang berjaya meraih pingat perak di sukan Olimpik, semalam.

Dalam kenyataan Manoharan di laman sosial Twitternya berkenaan kekalahan Chong Wei kepada seteru utamanya dari China, Lin Dan, dia kelihatan bersahaja mempersenda nama bintang badminton negara itu dengan ejekan yang tidak wajar – Lee Chong “AWAY”.