Sunday 29 July 2012

BUMBURING PUN TUBUH PARTI BARU JUGAK....!!!


TUARAN - Timbalan Presiden Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (Upko), Datuk Seri Wilfred Bumburing hari ini mengumumkan keluar parti itu, yang merupakan satu daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) Sabah.

Pengumuman itu dibuat dalam satu majlis yang dihadiri oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Dalit, dekat sini, hari ini.

Bumburing berkata beliau bersama beberapa pemimpin akar umbi Upko yang lain telah menyerahkan surat peletakan jawatan itu kepada ibu pejabat parti berkenaan minggu lepas.

"Setelah mengambil kira semua faktor, saya dengan ini mengumumkan keluar BN," katanya.

Beliau turut mengumumkan penubuhan Angkatan Perubahan Sabah atau Sabah Reform Front.

Pada 23 Julai lepas, Bumburing yang juga Ahli Parlimen Tuaran meletakkan jawatan sebagai Pengerusi BN Tuaran.

MIMPI POLITIK PAS




SALAH satu perkara menarik yang menjadi perbincangan dalam arena politik negara ialah mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang yang turut disertai oleh Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP.

Pergilah ke mana sahaja dan berbuallah dengan sesiapa sahaja, topik mengenai kedudukan Pas dalam pakatan pembangkang sentiasa menjadi perhatian.

Ditubuhkan oleh sekumpulan ulama melalui perpecahan yang berlaku di dalam UMNO pada tahun 1951, perjuangan politik Pas kini semakin terarah daripada sebuah parti yang mampu berdikari kepada sebuah parti yang dilihat menjadi 'pak turut' dan sekadar 'kuda tunggangan' dalam pakatan pembangkang.

HASSAN ALI DESAK PAS JAWAB TUNTUTAN PERSEKUTUAN KRISTIAN MALAYSIA


Pas yang sanggup menukar matlamat perjuangan daripada menubuhkan sebuah negara Islam kepada negara berkebajikan didesak menyatakan pendirian mengenai tuntutan Persekutuan Kristian Malaysia yang mahu semua agama bebas disebar tanpa sebarang sekatan undang-undang.

Ini kerana sebagai komponen dalam pakatan pembangkang, Pas perlu menjelaskan sama ada bersetuju melaksanakan tuntutan tersebut atau tidak memandangkan persekutuan berkenaan menyeru penganut Kristian memilih parti yang menawarkan kebebasan itu pada pilihan raya umum akan datang.

Presiden Pertubuhan Jalur Tiga (Jati) yang juga bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali berkata, Pas perlu menjawab tuntutan yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan itu kerana seruan sedemikian melibatkan kuasa memilih pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti.




2 'HACKERS' JUAL MAKLUMAT DITAHAN


Polis Korea Selatan menahan dua penggodam yang mencuri maklumat peribadi 8.7 juta pelanggan syarikat telefon bimbit kedua terbesar Korea Selatan, kata syarikat itu. 

KT berkata, penggodam itu yang ditahan sudah mencuri data seperti nama pelanggan, nombor telefon dan alamat tempat tinggal untuk lima bulan sejak Februari dan menjualnya kepada firma pemasaran. 
"Jumlah akaun yang terjejas adalah hampir separuh daripada 17 juta pelanggan kami," kata jurucakap KT dan menambah syarikat itu sudah memaklumkan kes berkenaan kepada polis pada 13 Julai selepas mengesan serangan penggodam berkenaan. 
Dua individu telah ditahan termasuk bekas pengaturcara berpengalaman di sebuah syarikat teknologi maklumat tempatan dan mereka dipercayai telah memperolehi kira-kira 1 bilion Won (RM2.5 juta) dengan menjual data yang dicuri. 

TIADA LOGO RASMI UNTUK HARI KEMERDEKAAN....



Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim menjelaskan tiada logo rasmi digunakan bagi sambutan Hari Kemerdekaan ke-55 tahun ini, melainkan logo 1Malaysia, sepertimana sambutan pada tahun lepas.
Beliau berkata sambutan Hari Kemerdekaan kali ini menggunakan tema “55 Tahun Merdeka Janji Ditepati”.
“Bahan hiasan (artwork) yang dipaparkan oleh sesetengah pihak setakat ini hanyalah paparan selingan bukan logo rasmi,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Rais berkata akan ada beberapa bahan promosi lain dipaparkan menjelang Hari Merdeka 31 Ogos dan Hari Malaysia 16 Sept.
Ada beberapa pihak mempersoalkan mengapa logo sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, yang memaparkan gabungan logo 1Malaysia, bendera Malaysia dan tulisan “55 Merdeka Janji Ditepati”, hanya ala kadar dan tidak mempunyai nilai-nilai seni yang tinggi.
– BERNAMA

{ FOTO } PERASMIAN OLIMPIK LONDON 2012

RATU ELIZABETH TERJUN DARI HELIKOPTER.....








BERSAMA WATAK JAMES BOND, DANIAL CRAIG






KONTINJEN MALAYSIA DI PERBARISAN PEMBUKAAN RASMI OLIMPIK LONDON 2012





OLIMPIK LONDON 2012 : MALAYSIA BOLEH...!!!


Atlet terjun negara Pandalela Rinong mengetuai atlet Malaysia yang menyertai majlis pembukaan rasmi, pada Sukan Olimpik London 2012.

Berkibar megah...Pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong anak Pamg bersama kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlit dan pegawai berarak megah pada acara pembukaan rasmi penuh gemilang temasya Sukan Olimpik London 2012 di Stadium Olimpik, awal pagi semalam.

Kontinjen negara yang diketuai oleh Chef De Mission, Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid, dengan peserta lelaki memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna ‘Harimau Malaya’ serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang, berarak lalu pada jam 11.13 malam (waktu tempatan). 



Malaysia adalah antara kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian dalam perarakan perasmian yang bermula jam 9 malam, didahului kontinjen Afghanistan di stadium yang boleh memuatkan 80,000 penonton itu. 

Ratu Elizabeth merasmikan pembukaan temasya berkenaan. 

Dengan kata-kata "Selamat Petang, Mr. Bond", Ratu Elizabeth buat pertama kali mempamer bakat lakonannya di sisi Daniel Craig dan sekali gus membuka tirai upacara pembukaan Sukan Olimpik London 2012.

Pengarah yang memenangi Oscar, Danny Boyle menerusi filem Slumdog Millionaireselalu berkata, dia tidak mampu menyaingi bajet besar pengarah House of Flying Daggers, Zhang Yimou yang diberi tanggungjawab bagi mengendalikan upacara pembukaan pada Temasya Beijing 2008.

Sebaliknya, pengarah itu memanfaatkan kelebihan dimiliki menampilkan ikon Britain, JK Rowling membaca cerita dongeng Peter Pan, telatah Mr. Bean yang berpura-pura mengalunkan muzik, Chariot of Fire dan bintang bola sepak, David Beckham memandu bot laju merentas Sungai Thames membawa obor Olimpik.

Dengan alunan bacaan puisi karya Shakespeare dan disusuli juara Tour de France, Bradley Wiggins membunyikan loceng terbesar di dunia, upacara pembukaan Olimpik bermula.

Berbeza dengan persembahan warna-warni Zhang Yimou di Beijing empat tahun lalu, Boyle lebih selesa menggunakan pendekatan lembut menerusi latar set perkampungan Inggeris yang mencetuskan nostalgia di jiwa para hadirin.

Bermula dari situ, dia kemudiannya mengetengahkan suasana Revolusi Industri, dengan serombong yang mengeluarkan asap di seluruh stadium sambil diiringi bunyi gendang.

Pada upacara pembukaan juga, alunan muzik yang menjadi halwa telinga para penonton merupakan ramuan yang cukup penting. Boyle memanfaatkan populariti penyanyi The Beatle, Paul McCartney yang tampil mendendangkan lagu Hey Jude.

Setelah perarakan masuk negara-negara peserta, obor Olimpik dibawa mengelilingi stadium oleh tujuh atlet muda.

Hati para tetamu turut tersentuh apabila menyaksikan legenda tinju, Muhammad Ali menjadi tetamu khas bagi mengiringi bendera Olimpik yang dibawa masuk ke stadium untuk dikibarkan.






Acara pembukaan bermula pada pukul 9 malam (waktu tempatan) di Stadium Olimpik yang boleh memuat 80,000 penonton yang terletak di Stratford, Timur London. Ribuan peserta mengambil bahagian untuk membuat persembahan yang mempersonakan selama dua jam.

Dengan bertemakan Isles of Wonder digambarkan transformasi yang dialami negara tersebut bermula dari zaman revolusi perindustrian di abad ke-18 sehinggalah ia mencapai pemodenan dan perubahan pesat. Mengakhiri segmen pertama, lima bulatan yang melambangkan simbol Olimpik dinaikkan di tengah-tengah stadium sebelum ketibaan Ratu Elizabeth 11 pada 9.30 malam.



Pada pukul 10.30 malam, perarakan kontinjen dari 204 negara yang mengambil bahagian pun bermula didahului oleh kontinjen Afghanistan. Kontinjen Malaysia yang mengandungi 22 atlet dan pegawai dengan diketuai Ketua Kontinjen Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan pembawa Jalur Gemilang, Pandelela Rinong berarak lalu pada 11.13 malam.

Kontinjen Malaysia, bagi peserta lelakinya memakai baju kebangsaan berwarna kuning dan berjalur hitam yang melambangkan warna 'Harimau Malaya' serta bertanjak sementara peserta wanita berbaju kurung dan berselendang. - Mingguan

***Mingguan ni silap kot.... peserta wanita berbaju kebaya ler.....
Apapun semoga kesemua peserta yang mengambil bahagian akan pulang dengan kejayaan dan mampu menymbangkan pingat, walau apapun warnya....

'MAJULAH SUKAN UNTUK NEGARA'

MALAYSIA BOLEH!!!



ANWAR SALAH GUNA DUIT RAKYAT SELANGOR

Anwar menggunakan media Selangorku untuk buat ucapan Ramadhan.



Yang peliknya, Anwar tak gunakan jawatan Penasihat Ekonomi, tetapi ketua Umum PKR.

Media Selangorku adalah unit penerangan yang dibayar menggunakan wang rakyat Selangor.

Cuba bayangkan kalau RTM buat macam ni (DS Najib menggunakan jawatan pengerusi BN), confirm pembangkang akan jadikan tajuk utama Harakah dan Suara Keadilan.

Pembangkang hanya nampak salah guna kuasa pihak lawan, tetapi pemimpin sendiri buat halal pulak.


*Ini bukan gambar yang diedit. Anda boleh tengok sendiri videonya di sini.




~ MyMassa

PM AKAN BUAT KEPUTUSAN RASMI PERLETAKAN JAWATAN UKIM....

pic.twitter.com/jVxV4x0a

Pekan:   Datuk Seri Najib Razak berkata, beliau akan membuat keputusan rasmi berhubung tindakan Datuk Seri Lajim Ukin keluar daripada UMNO dan menubuhkan Pakatan Perubahan Sabah (PPS) yang menyokong pembangkang, esok (hari ini..?) 

“Apa yang dilakukan Datuk Seri Lajim sudah dijangka, selama ini kita dapat lihat ucapan dibuat beliau bertentangan dengan pendirian parti. 
Keputusan itu tidak memeranjatkan kita, beliau sudah membuat keputusan, kita terima keputusan itu dan dalam sejarah UMNO sendiri pun memang ada yang meninggalkan parti tetapi kita menganggapnya sebagai satu cabaran untuk kita terus berjaya,” katanya. 
Perdana Menteri berkata demikian pada sidang media selepas menyampaikan sumbangan kepada 39 warga emas dan ibu tunggal di Masjid Ubudiah Kampung Mambang, di sini, malam tadi.
PERLETAKAN JAWATAN BERKUATKUASA SERTA MERTA
Lajim, Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada sidang media di Kota Kinabalu petang semalam mengumumkan meletak jawatan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Ketua UMNO Bahagian Beaufort dan Pengerusi Barisan Nasional Beaufort, berkuat kuasa serta-merta. 
Beliau tidak meletak jawatan sebagai timbalan menteri dan menyerahkan kedudukan itu kepada PM untuk berdepan apa saja tindakan disiplin. 
Terdahulu Najib menunaikan solat Isyak dan Tarawih bersama 300 penduduk kampung berkenaan. Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob. 
Mengulas lanjut, Perdana Menteri berkata, apa yang dipentingkan sekarang ialah kesetiaan ahli kepada parti. 

Katanya, jika ada perbezaan pandangan atau pendapat, parti sentiasa membuka ruang dan mempunyai cara untuk menyelesaikan masalah yang timbul.

RAHSIA DATUK LAJIM UKIN......

ATUR CARA DATUK LAJIM 

Hari ini, DSP Lajim Ukin (Lajim) dijangka akan mencatat satu lagi sejarah politik dalam hidupnya, juga kepada politik Sabah. Saya tidaklah asing kepada Lajim kerana beberapa kali bertemu beliau di Parlimen dan di tempat-tempat lain, malahan pegawai-pegawai kanan beliau saya kenali rapat.

Pada 11 November 2010, semasa NGO penubuhan pendidikan iaitu Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia (GAGASAN) telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Presidennya Datuk Hassan Malik sementara Datuk Lajim Ukin Timbalan Presiden. Saya pula menjadi Yang Dipertua GAGASAN Tawau, sebenarnya saya lebih suka menjadi YDP GAGASAN Tawau atau Kalabakan kerana saya lahir di Tawau. Namun, saya menerimanya juga atas dasar persahabatan, perjuangan dan menghormati permintaan pihak Lajim. Lagipun GAGASAN Tawau belum ditubuhkan.