Friday 27 July 2012

ISU NFC : PEGUAM WAKILI TERTUDUH DIMINTA TARIK DIRI




Pihak pendakwaan hari ini memohon supaya peguam yang mewakili Datuk Shamsubahrin Ismail, yang menghadapi lima pertuduhan menipu bekas Pengarah Perbadanan Fidlot Nasional (NFC) Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail membabitkan RM1.755 juta, menarik diri daripada mewakili ahli perniagaan itu.


Perkara itu dimaklumkan Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa ketika pengurusan kes berkenaan disebut di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rozilah Salleh.

JUAL IJAZAH PALSU KAUT UNTUNG RM 5 JUTA...TAN SRI DAN AHLI POLITIK ANTARA YANG MEMBELI...!!!


Tun Hisan Tun Hamzah (tengah) menunjukkan risalah universiti yang digunakan oleh syarikat pemalsuan ijazah pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor di Shah Alam, semalam. 

SHAH ALAM  - Polis akan mengambil keterangan seorang individu bergelar Tan Sri dan beberapa ahli politik bagi membantu siasatan kegiatan penjualan ijazah palsu universiti luar negara yang didalangi sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS), Jakri Education Group di Subang Jaya dekat sini.


Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah berkata, pihaknya telah mengenal pasti identiti ahli politik dan orang kenamaan terbabit berikutan penahanan dua suspek termasuk dalang kegiatan itu yang merupakan pengarah di IPTS terbabit dalam dua serbuan di Subang Jaya dan Cheras semalam.



{ VIDEO } SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT....

Mari dengarkan.....



SOKONG ISLAM.... ANDA PASTI SELAMAT....
SOKONG PAS.... ADA DUA KEMUNGKINAN.... SESAT ATAU MENYESATKAN!!!!

PEROKOK MEMANG TIDAK PERCAYA NI...!!!!



AWAS MEROKOK SEJURUS BERBUKA PUASA BOLEH MEMBAWA MAUT!!!


Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.

Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan.

Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.



Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.

-Agensi

WANITA JEPUN TIDAK LAYAK LAGI DAPAT GELARAN YANG PALING LAMA HIDUP DI DUNIA...!

HIASAN

TOKYO: Wanita Jepun hilang gelaran mereka sebagai yang paling lama hidup di dunia pada tahun 2011 untuk pertama kali sejak lebih 25 tahun, selepas bencana gempa bumi dan tsunami telah mengurangkan jangka haya wanita negara itu sebanyak lima tahun.
Jepun sangat terkenal dengan jangka hayat mereka yang lama, dipengaruhi oleh diet kesihatan secara tradisional dan gaya hidup aktif.

"JIKA PKR MEMERINTAH, ADA PAS DI DALAMNYA LEBIH BAIK KAMI KELUAR MALAYSIA"...!!!!!

PAS MENENTANG KEMASUKAN SABAH DALAM MALAYSIA


Semasa pembentukan Malaysia dahulu, Parti Islam SeTanah Melayu (PAS) telah menghantar Petisyen ke Mahkamah Tinggi Di Kuala Lumpur untuk menghalang negeri Sabah menyertai pembentukan negara Malaysia. Bagi PAS, negeri Sabah tidak patut dipanggil untuk menyertai Malaysia. PAS tidak bersetuju malah menentang kemasukan Sabah di dalam pembentukan Malaysia.

Selepas hampir 50 tahun, sebilangan rakyat Sabah mula mempersoalkan keikhlasan lidah manis pemimpin-pemimpin PAS. Mereka yang masih hidup memberitahu Mymassa, betapa malunya mereka dihina oleh PAS, betapa sakitnya hati mereka dihina oleh PAS, dengan pelbagai kata-kata yang mengguris jiwa dan kalbu pemimpin-pemimpin Kadazan Dusun Murut pada tahun 1960an dahulu.

RAKAN ARTIS JAWAB 'KEBEJATAN' PEMIKIRAN ABBY ABADI SELEPAS BERTUDUNG....!!!


PETALING JAYA: Artis-artis wanita khususnya mereka yang membuat keputusan untuk berhijrah dan menukar imej dengan memakai tudung tidak wajar mengeluh jika berdepan kesulitan untuk mendapatkan tawaran kerja.
Golongan itu seharusnya yakin terhadap niat utama untuk berhijrah dan perlu mengelak daripada memberikan kenyataan yang boleh mencemarkan imej mereka selepas membuat keputusan untuk berubah.