Saturday 21 July 2012

UNIK : SUNGAI DI ATAS SUNGAI {FOTO}

Dikenali dengan nama Magdeburg's Water Bridge, ia adalah saluran air navigasi terpanjang di dunia.

INFO RINGKAS :

  • Jambatan air Magdeburg adalah saluran air navigasi di Jerman yang menghubungkan terusan Elbe-Havel ke terusan Mittelland dan memungkinkan kapal untuk menyeberangi di atas Sungai Elbe setinggi 918 meter.
  • Terusan Elbe_havel dan terusan Mittelland sebelumnya bertemu di Magdeburg tetapi di sisi bertentangan dari Elbe.  Kapal dari terusan Elbe-Havel menuju terusan Mittelland sebelum ini harus berpusing sejauh 12 kilometer, turun dari terusan Mittelland melalui lift air raksasa Rothensee yang mengangkat kapal ke Sungai Elbe, kemudian berlayar melawan arus.
  • Sebelum memasuki terusan Elbe-Havel harus melalui Niegripp Lock.  Kadar air surut di Sungai Elbe sering membuatkan kapal yang memasukkan semula kargo ke dalam kapal.
  • Pembangunan saluran air ini dimulai sejak tahun 1930 namun disebabkan Perang Dunia Ke-2 dan pemisahan Jerman kepada dua bahagian, kerja pembinaan saluran ini tertunda sehinggalah tahun 1997.  Saluran itu akhirnya selesai dan dibuka untuk umum pada tahun 2003.

LIHAT GAMBAR-GAMBAR MENARIK BERIKUT :














PEMBANGKANG DEDAHKAN MAKLUMAT NEGARA


1. Saya tertarik untuk mengulas mengenai tuduhan ahli-ahli politik yang berjawatan tinggi dalam parti pembangkang yang telah menuduh bahawa sekarang sudah berlaku skandal dalam projek Network Centric Operations (NCO) yang sedang dimajukan oleh Sapura Secured Technologies Sdn Bhd (SAPURA) untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM).
2. Saya dapat tahu cerita ini dari blog Nurul Izzah, saya fikir pihak pembangkang ini tidak habis-habis menggodam cerita-cerita sensitif ATM.

SALAHUDDIN AYUB FITNAH NING, SHARIFAH AINI MASUK PAS


Jika semalam artis popular Ning Baizura tampil menafikan kenyataan Ahli Parlimen PAS Kubang Kerian Salahuddin Ayub kononnya beliau dan beberapa artis akan menyertai PAS, hari ini seorang lagi artis popular tampil menafikan fitnah yang hangat disebarkan oleh pengikut PAS.

KUALA LUMPUR - Penyanyi, Ning Baizura  menafikan dakwaan Pas bahawa dia menyertai parti berkenaan.
Sehubungan itu, melalui akaun Twitternya, Ning menyifatkan kenyataan Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berhubung perkara berkenaan adalah fitnah dan tidak berasas.
"Pas sebar fitnah katanya saya sudah masuk parti pembangkang dan sebarkan gambar saya untuk drama tahun lepas dari koleksi gambar!"
"Orang Islam tak sepatutnya sebar fitnah tanpa bukti kukuh, orang Islam tak payah menggunakan gambar orang tanpa kebenaran. Itu perangai orang Islam ke?" katanya.
Sebelum ini sebuah akhbar melaporkan kenyataan, Salahuddin yang menyatakan, selain Hairie Othman dan Bob Lokman, ada artis lain menyertai Pas antaranya Ning, Abby Abadi dan Sharifah Aini.

Biduanita negara Datuk Sharifah Aini hari ini tampil menafikan dakwaan Salahuddin Ayub dalam Sinar Harian kononnya beliau akan menyertai parti politik PAS.

Datuk Sharifah Aini dalam penafiannya mengatakan beliau seorang penyokong kerajaan serta tidak pernah terlintas untuk menyokong parti politik PKR mahu pun PAS!
“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.” - Datuk Sharifah Aini.
Nampaknya Salahuddin Ayub perlu tampil membuat permohonan maaf kepada dua artis yang mana nama dua artis ini selalu dijaja oleh mereka dan dipergunakan demi kepentingan politik PAS.

Dari Agendaily :
Maka melompat la artis berkenaan yang terpaksa menjelas fitnah parti kuat fitnah ini berkenaan isu ini. Ning Baizura menerusi akuan twitternya @ning dalton, beliau berkata 
"Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?" 
"Orang Islam tak patut sebar fitnah tanpa bukti yg kukuh org Islam x payah menggunakan gambar org tanpa kebenaran itu perangai org Islam ker?" 
Manakala Datuk Sharifah Aini juga dalam kenyataannya kepada Agenda Daily juga menafikan perkara berkenaan dan beliau dengan tegas menyokong kerajaan bukannya PAS atau PKR !!! 
“Saya sokong kerajaan dan saya tidak pernah terlintas untuk masuk mana-mana parti pembangkang, baik PKR mahupun PAS.”, katanya ketika dihubungi - selanjutnya di Agendadaily
<  Tun Faisal  > 

KRISIS AIR DI SELANGOR : "KEGAGALAN PROJEK PENSWASTAAN ERA MAHATHIR"...???


Kedua-dua pihak mempunyai ‘kepentingan besar’ dalam krisis air Selangor untuk menangi hati pengundi

KUALA LUMPUR, 21 Julai — Perlawanan panjang dan tuding menuding antara kedua Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) dalam rangka untuk mengawal sumber air di Selangor merupakan negeri terkaya di Malaysia telah membuka mata ramai tentang berapa banyak jumlah wang yang bakal dipertaruhkan dan berpotensi menjadi satu lagi contoh kegagalan projek penswastaan era Mahathir.
Krisis ini juga boleh mempengaruhi undi dalam pilihan raya akan datang di Selangor dan Kuala Lumpur, bergantung kepada siapa yang bakal disalahkan sekiranya bekalan air mereka terputus. PR sekarang ini memerintah Selangor dan memenangi 10 daripada 11 kerusi di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

'PEMBUNUHAN BERMARUAH' KORBANKAN 705 WANITA PAKISTAN



ISLAMABAD  - Sekurang-kurang 705 wanita terbunuh di sini tahun lalu dalam kes jenayah yang dikenali ‘pembunuhan bermaruah’, lapor media tempatan.

Pembunuhan bermaruah itu biasanya dilakukan oleh golongan lelaki terhadap ahli keluarga wanita yang disyaki mempunyai mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain ataupun yang berkahwin tanpa restu keluarga.

Media Pakistan yang memetik Yayasan Aurat, sebuah badan organisasi yang mempertahankan hak-hak wanita, berkata dalam satu laporan bahawa, kes-kes pembunuhan bermaruah itu meningkat sebanyak 6.7 peratus pada tahun lalu berbanding daripada tahun sebelumnya. - DPA

BATMAN : THE DARK KNIGHT RISES - KORBANKAN 12 ORANG



DENVER  - Sekurang-kurangnya 12 orang terkorban manakala 40 lagi cedera apabila lelaki bersenjata melepaskan tembakan di sebuah panggung wayang di sini semalam.

Ketika kejadian, orang ramai sedang menyaksikan tayangan larut malam filem terbaru Batman, The Dark Knight Rises di panggung wayang Century 16.

Seorang saksi berkata, suspek telah melemparkan beberapa jenis bahan letupan secara rawak terhadap penonton menyebabkan beberapa pengunjung cedera.

Rangkaian televisyen Amerika Syarikat mengenal pasti lelaki bersenjata itu sebagai James Holmes yang merupakan seorang penduduk tempatan dan memetik FBI sebagai berkata, beliau tidak mempunyai kaitan dengan keganasan. - AFP

MENTERI PERDAGANGAN SOMALIA TERBUNUH DALAM LETUPAN BOM KERETA


 
Hiasan
MOGADISHU - Satu kejadian letupan bom kereta di ibu negara Somalia meragut nyawa bekas Menteri Perdagangan dan mencederakan enam orang yang lain, kelmarin.

Menurut polis, semasa serangan Mohamud Abdi Ibrahim sedang memandu keretanya yang kemudian meletup secara tiba-tiba dan menyebabkan enam orang awam berhampiran turut cedera.

Susulan kejadian, kumpulan bersenjata Al-Shabab dipersalahkan kerana menyasarkan serangan ke atas bekas menteri itu.

"Bom berkenaan dilekatkan pada kereta tanpa pengetahuannya.

Badannya hancur berkecai dan bertaburan di atas jalan raya," kata timbalan Datuk Bandar Mogadishu, Warsame Mohamed.