Friday 13 July 2012

MISTERI YANG TIDAK DAPAT DISELESAIKAN OLEH FBI.....


Ada banyak kejadian aneh dan misteri yang tak dapat dijelaskan dengan akal normal. Secara ilmiah sukar dihuraikan, mungkin melalui kejadian supranatural. Artikel ini bukan bermaksud membahaskan kejadian pelik tersebut, tapi kejadian-kejadian ini benar-benar terjadi dan sampai sekarang tidak mampu dijelaskan sebabnya. Bahkan FBI juga telah angkat tangan untuk menyiasat tentang kes-kes tersebut.
Berikut 10 kejadian aneh dan misteri dari berbagai pelusuk dunia, perkara aneh yang terjadi di dunia :
1. Rumah Hantu The Amityville

AKUR KEPUTUSAN MAHKAMAH, ALYAH ENGGAN ULAS...


Mahkamah Sesyen Johor Bahru semalam menjatuhkan hukuman penjara tujuh tahun ke’atas Mohd Faizal Abu Hassan yang juga merupakan adik kepada penyanyi Alyah.
Lelaki berusia 29 tahun itu telah di’dapati bersalah mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan selepas di’dakwa menyamun seorang ahli perniagaan wanita awal tahun lalu.
Pada kejadian 23 Januari 2012 itu, Mohd Faizal di’dakwa telah merampas beg tangan wanita itu di hadapan Masjid Taman Tampoi Indah sekitar jam 1.15 petang.
Alyah yang di’hubungi wartawan Berita Harian enggan untuk mengulas lanjut tentang hukuman penjara yang di’kenakan ke atas adik’nya selain akur dengan keputusan mahkamah.
Melalui pengurus beliau, Alyah berkata perkara ini tiada kaitan dengan kerjaya seni beliau dan meminta semua pihak supaya menghormati perasaan beliau ketika ini.

BERSALIN DI TEPI JALAN





8:00 am, on July 9, Guangzhou, Luo Chong Wai campus on the road, a pregnant woman walking on the way suddenly radical production, horizontal to the ground. Effort will have seen the child's head, hurried to her husband seeing the runway close to a dental clinic for help, but it was rejected! In desperation, the expectant fathers only side street to his wife, midwife, while waiting for the ambulance arrived. Fortunately, many passers-by seeing have to stop helping hand extended. Finally, the child finally be born without the help of a group of passers-by neighborhood and sent to the hospital.

RAKAN AMUK NINJA 'IMAM MAHADI' PERCAYA KIAMAT DAH DEKAT, SELALU BERPAKAIAN HITAM..!!!


Muhdalina Percaya Kiamat Dah Dekat, Selalu Berpakaian Hitam

KLANG – Tiga hari sebelum dia mengamuk di Putrajaya, Muhdalina Ahmad, 28, didakwa memberitahu seorang kenalannya bahawa kiamat akan berlaku dan imam Mahadi akan muncul dalam masa terdekat.
Menurut kenalan wanita itu, mereka bertemu kali terakhir pada 6 Julai ketika Muhdalina datang ke rumahnya di sini memberitahu dia akan berpindah ke Balakong.
“Berulang kali Ina cakap hal itu (kiamat) kepada saya dan minta saya percaya. Riak wajahnya ketika itu juga sangat serius,” katanya yang meminta namanya tidak disiarkan.
Menurutnya, Muhdalina juga memberitahu dia dan keluarganya mahu berpindah ke Balakong kerana ada perkara penting yang perlu diselesaikan di sana.
“Dia juga menyatakan pertemuan kami malam itu adalah yang terakhir dan minta saya maafkan segala salah silapnya serta menghalalkan makan minumnya,” katanya.
Sumber itu berkata, dia ada bertanya kepada Muhdalina apa yang dia mahu lakukan setelah berpindah ke Balakong kerana wanita itu baru sahaja berhenti kerja sebagai penolong pengurus sebuah syarikat di sini.
“Jawapan dia mudah saja, tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan kerana tempat tinggal barunya itu percuma. Saya sendiri sebenarnya bimbang nasib dua anaknya yang berumur dua tahun dan setahun lebih itu kerana melihat tindak-tanduknya yang begitu tergesa-gesa,” katanya.
Menurutnya, sebelum itu, Muhdalina tidak pernah menunjukkan sebarang perlakuan aneh seperti itu.
“Setelah dapat tahu penglibatan Ina dalam kejadian amuk di Putrajaya, Isnin lalu, barulah saya faham ‘perkara penting’ yang dia sebut dalam pertemuan kami Jumaat lalu,” katanya.
Menurut sumber itu lagi, Muhdalina sebelum itu juga selalu berpakaian hitam. (Sinar Harian)

7 MAYAT TANPA KEPALA DITEMUI.....

7 Mayat Tanpa Kepala



CUERNAVACA (Mexico) – Tujuh mayat tanpa kepala ditemui di dalam sebuah kenderaan yang diletakkan di lebuh raya, selatan Mexico, hari ini.
Sejurus penemuan itu, pihak polis menjumpai kepala mayat berkenaan bertaburan di negeri Morelos.
Menurut pejabat pendakwaan negeri Morelos, agen menjumpai mayat yang dipancung itu di dalam sebuah kenderaan SUV yang dilaporkan hilang dan ditinggalkan di lebuh raya berhampiran bandar Jojutla.
“Bagaimanapun, hanya satu kepala ditemui dan diletakkan di atas badan mayat,” menurut kenyataan yang dikeluarkan pejabat berkenaan. – AFP

38,549 DITAWARKAN KE IPTA...





PUTRAJAYA 13 Julai - Sejumlah 38,549 lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Matrikulasi dan Asasi ditawarkan ke 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara.


Ketua Pengarah Jabatan Pengajian Tinggi, Datuk Prof. Rujhan Mustafa berkata, berdasarkan jumlah itu, 21,959 orang (57.0 peratus) adalah terdiri daripada aliran sains dan 16,590 (43.0 peratus) pula daripada aliran sastera.


"Status keputusan permohonan kemasukan ke IPTA bagi Program Pengajian Lepasan SPM/ Setaraf Sesi Akademik 2012/2013 boleh disemak hari ini mulai jam 12 tengah hari melalui laman web http://upu.mohe.gov.my.


"Semakan juga boleh melaui melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) dengan menaip UPU RESULT NO Kad Pengenalan dan hantar ke 15888," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN


TAHNIAH KEPADA YANG BERJAYA DAN BELAJARLAH DENGAN CEMERLANG. KEPUTUSAN YANG CEMERLANG PASTINYA TAK PERLU BAYAR HUTANG PTPTN..... TAPI BAGI YANG TIDAK CEMERLANG..... JANGAN LUPA UNTUK MELANGSAIKAN HUTANG TERSEBUT..... KALAU DH NAMA HUTANG, MEMANG WAJIB DIBAYAR.... JGN NAK BERDEMONSTRASI PULAK..!!!

SPRM DIMINTA SIASAT PEMBELIAN TANAH LOMBONG BABITKAN RM87.7 JUTA


SHAH ALAM  -  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini diminta menyiasat urus niaga pembelian tanah bekas lombong di Danau Putra, Sepang yang membabitkan transaksi berjumlah RM87.7 juta di antara kerajaan Selangor dan Talam Corporation Bhd. (Talam), pada 2010.

Permintaan itu dinyatakan Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) Selangor dalam satu laporan yang dibuat di pejabat SPRM negeri ini di sini.

Yang Dipertuanya, Abu Bakar Yahya berkata, siasatan perlu dibuat bagi memastikan tidak terdapat unsur salah guna kuasa dan rasuah di dalam urusniaga tersebut.

"Siasatan harus dilakukan supaya kebenaran di sebalik urus niaga tersebut diketahui rakyat," katanya kepada pemberita di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) yang menempatkan pejabat SPRM negeri di sini.

DICERAI AKIBAT PERBEZAAN POLITIK..... TERUS HANGAT DIPOLITIKKAN....!!!




“Saya dah tak nak kalau dia nak rujuk. Selepas bercerai, saya lebih senang untuk buat apa sahaja dan nak pergi ke mana sahaja yang saya suka.

“Ketika berkahwin dengannya dulu pun kami menetap di rumah saya dan saya akan terus tinggal di sini serta melakukan aktiviti yang saya buat dari dulu lagi iaitu mengajar al-Quran,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini semalam.-KOSMO




 


Che Hasnah berkata, jika bekas suaminya ikhlas mahu menyambung semula kasih sayang antara mereka, dia sedia kembali taat sebagai isteri.

Guru al-Quran di Kampung Cabang Tiga Chetok itu berkata, pintu hati suaminya tidak tertutup memandangkan sebelum ini, tidak pernah berlaku persengketaan besar.

“Saya akan menurut semua kemahuannya, tetapi saya tidak akan tunduk sekiranya dia menyuruh untuk mengubah haluan (masuk Pas).

“Jika dia (Yahya) kata saya tidak ikut acuan Islam, biarlah Tuhan sahaja menentukannya dan bukannya di tangan sesama manusia,” katanya  - SINAR





UMNO dan PAS nak jadi orang tengah 
Ketuanya, Datuk Hanafi Mamat berkata, perkara itu tidak seharusnya terjadi.

Menurutnya, institusi kekeluargaan adalah suci dan tidak seharusnya dicemari isu politik sehingga mendorong kepada perceraian.

“Kami berharap, mereka dapat berbaik semula dan menjalin kembali kasih sayang sepertimana hari pertama berkahwin,” katanya.

Ahli Dewan Undangan Negeri Chetok, Abdul Halim Abdul Rahman berkata, sekiranya perceraian ini membabitkan perbezaan politik, pihaknya berusaha mendamaikan kedua-dua pihak. SINAR

LOMBONG EMAS HARAM DISERBU SPRM....

Seorang pekerja lombong emas haram duduk termenung berhampiran palong selepas tapak itu diserbu oleh pihak SPRM dalam 'Ops Perasu' di Hutan Simpan Perasu, Gua Musang, semalam.

GUA MUSANG  - Dua hari selepas Utusan Malaysia mendedahkan aktiviti perlombongan emas haram di Kelantan, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu salah sebuah lombong emas yang beroperasi di kawasan hutan Perasu dekat sini.

Dalam serbuan disertai 20 anggota dari Ibu Pejabat SPRM Putrajaya itu, lima pekerja tempatan dan tiga pekerja warga Indonesia ditahan manakala peralatan melombong yang dianggarkan bernilai RM1 juta turut dirampas.

Sebelum itu, dalam perjalanan masuk ke kawasan hutan tersebut, SPRM sempat menahan dua pekerja yang memandu sebuah kenderaan pacuan empat roda untuk membawa keluar sebatian tanah mengandungi emas dari lombong berkenaan.

***Lombong emas ini ada kaitan ke dengan Dinar Emas Kelantan..???

7 MUSLIHAT PAKATAN RAKYAT


Politik adalah seni pengurusan angka, persepsi dan permainan propaganda. Dalam mana-mana parti di seluruh dunia atau peringkat antarabangsa, mereka mempunyai strategi tertentu dalam konteks untuk mempengaruhi sikap, pendirian, pemikiran rakyat yang mereka dampingi.

Dalam konteks meneroka 'strategi' parti-parti pembangkang di negara ini, Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Datuk Fuad Hassan berterus-terang mengenai politik semasa tanah air.

"Dalam konteks memahami strategi parti pembangkang di Malaysia, kita tak boleh mengasingkan strategi parti dengan strategi individu tertentu khususnya Anwar Ibrahim.

"Ini disebabkan strategi pada pandangan umumnya adalah strategi yang didasari oleh pemikiran-pemikiran politik baru yang dicanangkan oleh ketua pembangkang itu," kata beliau dalam satu pertemuan di Kuala Lumpur.

Fuad membahagikan pengamatan beliau kepada elemen strategi berikut. Ia, kata beliau untuk renungan dan penilaian rakyat yang diakuinya kini matang dalam mengikuti perkembangan politik tanah air. 

UNCLE SEEKERS DIBEBAS, DITAHAN SEMULA


Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Ismail Yatim memaklumkan Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas (Uncle Seekers) ditahan semula selepas dibebaskan dengan jaminan polis pada pukul 7 malam semalam di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Uncle Seekers ditahan semula untuk siasatan mengikut Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima satu laporan daripada seorang lelaki berumur 34 tahun, 4 Julai lepas. Atas perintah mahkamah beliau ditahan selama tiga hari sehingga Sabtu.

"Syed Abdullah dibebaskan semalam selepas siasatan terhadapnya mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 telah selesai dan kertas siasatan berkenaan kini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya Johor untuk tindakan lanjut. Dia, bagaimanapun, ditahan semula selepas itu untuk siasatan mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948 berhubung 64 entri di dalam blog terbabit,"
– Ismail dipetik Sinar Harian.

Teman wanita Syed Abdullah, yang sebelum ini turut ditahan reman telah dibebaskan semalam dengan jaminan polis.

PAKATAN RAKYAT - FROM 'FREEDOM OF SPEECH' TO 'FREEDOM OF BITCH'



'FREEDOM OF SPEECH' yang bermaksud 'kebebasan bersuara' merupakan slogan yang kerap dilaungkan oleh Pakatan Rakyat yang terdiri daripada parti PKR,DAP dan PAS. Namun melihat situasi politik dalaman yang dialami oleh ketiga-tiga parti ini jelas menunjukkan keadaan sebaliknya.

Slogan yang mereka laung-laungkan ini jelas tidak diamalkan serta diterapkan oleh pemimpin dari ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat. Slogan 'Kebebasan Bersuara' yang mereka laungkan tidak lebih dari omong kosong yang menjadi penyedap halwa telinga pengikut mereka.