Saturday 30 June 2012

5 MAKANAN PALING MENJIJIKKAN.... uwekkkkk!!!


Apa ada sesuatu yang salah dengan dunia yang kita mendiaminya ini. Sebab ada orang-orang yang makan sesuatu yang menurut orang kebanyakan adalah sesuatu yang menjijikkan. Ini adalah diantaranya.
1. Balut (Camboddia)





Telur-telur ini sengaja dibiarkan hingga embrio di dalamnya mulai wujud. Kemudian dimasukkan ke dalam air mendidih. Memakannya dengan diberi garam sedikit. Makanan ini digunakan untuk suatu upacara di daerah tempatan.

2. Black Pudding (England)





Sosej yang dimasak dengan darah, lalu membeku ketika disejukkan. Ini adalah makanan untuk sarapan pagi.

3. Baby Mice Wine (Korea)





Ini adalah minuman tradisional Korea dan China yang digunakan untuk kesihatan. Minuman ini dibuat dengan cara memasukkan hidup-hidup anak tikus yang baru lahir dan belum terbuka kelopak matanya ke dalam botol sake.

4. Scrapple (Amerika)





Pengisi roti ini adalah semacam agar agar yg dibuat dari bahagian tubuh babi (bibir, moncong, atau bahagian organ lain) yang dimasak sebentar lalu dituangkan dalam cetakan untuk mengeraskannya.

5. Surstromming (Sweden)





Ikan yang dibusukkan di dalam tin dalam jangka waktu yang lama. Mereka mengatakan bahawa baunya sangat membangkitkan selera. Apalagi rasanya …. hmmm

***Tidak fikir......orang Islam akan memakannya..!!!

TOM CRUISE, KATIE HOLMES.....BERCERAI JUGA...



Pasangan popular Hollywood Tom Cruise dan Katie Holmes telah bercerai selepas lima tahun berkahwin.



Daily Mail menyatakan, Holmes telah menfailkan cerai terhadap suaminya melalui peguamnya Jonathan Wolfe.
Jonathan Wolfe memberitahu majalah People punca keretakan rumah tangga mereka adalah disebabkan masalah peribadi yang dihadapi pasangan itu.
“Baik Holmes mahupun Cruise masalah yang berlaku sangat peribadi,” ujarnya.
Wolfe memberitahu, anak pasangan itu iaitu Suri akan berada di bawah pengawasan Holmes buat masa ini.
“Dia sangat sayangkan Suri dan sering bersama anaknya itu dan buat masa ini pengawasan anak mereka diberi kepada Holmes,” katanya.
Pasangan itu berkahwin pada tahun 2008 dan akan menjadi penceraian ketiga bagi Cruise selepas gagal mempertahankan rumah tangganya dengan pelakon Nicole Kidman dan Mimi Rogers. 
Untuk rekod.... pernikahan Tom Cruise pada tahun 2008 itu menelan belanja sebanyak US$2 juta. Pasangan yang lebih mesra dengan panggilan TomKat itu menikah di sebuah tempat di luar Rome, Italy dengan menampilkan penyanyi opera kelas dunia, Andrea Bocelli sebagai penyanyi undangan untuk menghiburkan tetamu.
Gaun pengantin yang membaluti tubuh Holmes ketika itu penuh bertabur kristal Swarovski hasil sentuhan Giorgio Armani.  Pesta perkahwinan mereka hanya dihadiri oleh 150 orang tetamu yang terdiri dari teman-teman rapat dan saudara terdekat sahaja.
Ternyata dan terbukti perbelanjaan perkahwinan yang mewah bukanlah jaminan kebahagiaan rumahtangga......

TEKNOLOGI CANGGIH MENCETAK AL-QURAN

Di pinggiran kota Madinah terdapat percetakan yang dibina untuk menjaga kemurnian kitab suci Al-Quran. Dengan pekerja berjumlah 1700 orang, setiap tahun, percetakan mampu mencetak 10 juta Al-Quran dalam bentuk cetakan, CD, dan kaset.


Proses pencetakan Al-Quran. Selain mencetak Al-Quran, Percetakaan Mushaf Al-Quran Kompleks Malik Fahd ini juga menetapkan pengedaran Al-Quran di seluruh dunia termasuk membagikannya ke masjid-masjid ataupun institusi pendidikan.

Proses pengisian suara untuk pembuatan Al-Quran digital (CD / Kaset).

Proses tashih (editing suara) untuk pembuatan Alquran digital (CD/Kaset).

Mesin cetak Alquran kini menggunakan teknologi canggih.

Masjid di pabrik pencetakan Alquran Madinah al-Munawwaroh.
Sumber : http://tabekpuang.blogspot.com

BIAR BETUL....MAKHLUK HALUS AKIBATKAN BAS TERSADAI DI HUTAN......???

ORANG ramai melihat keadaan bas Pahala Kencana yang tersadai di hutan Gadogan, Jawa Tengah selepas laluannya dipercayai 'dialihkan' oleh makhluk halus. - AGENSI

JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

RATU ELIZABETH PAMER BERLIAN...


Kotak barangan kemas bertatah 3,000 butir berlian milik Raja Frederick dari Prussia, yang dibeli Ratu Mary pada 1932. - AGENSI

LONDON 29 Jun - Lebih 10,000 butir berlian akan dipamerkan pada satu pameran di Istana Buckhingham di sini pada minggu ini untuk meraikan ulang tahun ke-60 pemerintahan Ratu Elizabeth.

Pameran berlian yang dikumpul sejak berabad-abad itu juga melambangkan simbol kecantikan dan kuasa, kata kurator pameran, Caroline de Guitaut.

Beliau berkata, pameran itu akan bermula esok sehingga 8 Julai ini dan dari 31 Julai ini hingga 7 Oktober ini.

“Acara itu bertepatan dengan sambutan jubli intan Elizabeth pada tahun ini, dan turut mempamerkan permata yang dipakai beliau semasa menghadiri majlis rasmi di Britain dan di luar negara.

“Objektif pameran ini ialah untuk mempamerkan bagaimana pemerintah menggunakan berlian sebagai simbol kekayaan dan kuasa," katanya.

De Guitaut berkata, pameran tersebut akan diadakan dalam bilik gelap di istana itu yang boleh diakses melalu koridor serta dihiasi dengan potret diraja generasi sebelum ini.

“Kami akan cuba mempamerkan beberapa berlian penting yang dimiliki oleh keluarga diraja," katanya.

Barangan pertama yang akan dipamerkan adalah mahkota kecil milik Ratu Victoria yang dihiasi lebih 1,100 butir berlian. - AGENSI

ARTIKEL MENARIK : MEMPERKASAKAN MODAL INSAN DALAM TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA



Pendidikan adalah pelaburan yang sangat penting dalam sesebuah negara. Pencapaian yang dijana melalui sistem pendidikan akan menentukan hala tuju negara pada masa depan. Malahan proses pendidikan merupakan kaedah yang sangat berkesan bagi membentuk dan mengembangkan minda, jiwa dan rohani ke arah mengenali diri dan mencapai tahap kehidupan bermasyarakat yang baik dan sempurna.
Daripada perspektif yang berbeza, bidang pendidikan adalah jambatan yang membawa pengetahuan, latihan, potensi, minat dan semua elemen kualiti yang ada pada manusia iaitu modal insan ke suatu dimensi yang lebih dinamik dan progresif bagi menggerakkan kemajuan negara. Jepun dan Korea Selatan adalah dua buah negara yang aset materialnya sangat sedikit, berjaya membuktikan bahawa pembangunan modal insan yang mantap dapat membantu memajukan diri dan negara mereka setanding dengan negara-negara maju yang lain.

APA KE JADAHNYA KHALID SELALU PONTENG MESYUARAT..!!!


Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini mengaku beliau kerap ponteng mesyuarat pimpinan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tetapi menafikan tindakannya itu tidak disenangi oleh pemimpin tertentu dalam PKR. Khalid mendakwa beliau telah menghantar wakil untuk menghadiri mesyuarat Biro Politik PKR justeru tidak timbul isu mengenai ketidak hadirannya. 


SYILING LAMA BERNILAI RM16 JUTA..!!!

Syiling lama ‘bernilai’
Abdul Rahman menunjukkan syiling lama tahun 1734 yang ada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu.


KUALA LUMPUR - Warga emas ini bukanlah seorang pengumpul barangan antik mahupun menjadikan pengumpulan syiling lama sebagai hobi.

Namun, dia merasa terpanggil untuk berkongsi, mengenai sekeping syiling yang berada dalam simpanannya sejak lebih 10 tahun lalu, apabila tersiarnya berita dari Kelantan bertajuk ‘Syiling lama cecah RM16 juta’ pada 27 Jun lalu.

Bekerja sebagai pemandu peribadi, Abdul Rahman Ahmad, 56, berkata, syiling yang dikatakan bernilai RM16 juta itu adalah dari tahun 1770, tetapi yang ada dalam simpanannya adalah syiling yang sama, tetapi tahun 1734, 36 tahun lebih lama.

Menurutnya, dia memperoleh syiling tersebut daripada adik iparnya yang mempunyai lima syiling sama pemberian daripada seorang pensyarah di Universiti Putra Malaysia (UPM) 10 tahun dulu.

“Saya ingat lagi, ketika dia beri, dia suruh saya simpan, katanya, syiling lama ini mungkin boleh membantu ketika saya terdesak. Bukanlah saya terdesak mahu menjualnya, tapi jika tawaran lumayan, mungkin boleh dipertimbangkan. Jika ada yang berminat untuk tengok saja, juga boleh jumpa saya,” katanya.

Katanya yang kini menetap di Gombak, difahamkan syiling berkenaan dijumpai oleh pekerja kontraktor warga asing pembinaan bangunan di kawasan Bukit Bintang berpuluh tahun dulu.

Dalam laporan Sinar Harian sebelum ini, seorang pesara tentera mendakwa memiliki syiling berusia 242 tahun yang nilainya dikatakan boleh mencecah RM16 juta sekiranya dilelong di pasaran Amerika Syarikat.

MARINA, KAMU DAH TERSILAP LANGKAH....

Tun Dr Mahathir MohamadSHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berharap anaknya, Datin Paduka Marina Mahathir tidak meletakkan diri terlalu rapat dengan Bersih 2.0 atau gerakan lain yang antikerajaan kerana ia tidak baik untuk dirinya.

Dalam satu wawancara khas bersama The Malaysian Observer (MobTV), Dr Mahathir berkata, beliau tidak bersetuju dengan beberapa perkara yang dilakukan anaknya itu sejak akhir-akhir ini dan berharap Marina sedar akan kesilapannya.

Pada Bersih 2.0 tahun lalu dan perhimpunan Bersih 3.0 April lalu, Marina dilihat bersama dengan puluhan ribu demonstran lain menuntut lapan tuntutan yang mahukan pilihan raya umum  yang bersih dan adil.

“Bersih telah dirampas oleh pemimpin pembangkang, saya tidak suka beliau meletakkan dirinya dekat dengan gerakan itu.

“Beliau tidak pernah katakan ini, tapi Bersih dan beberapa gerakan lain didakwa ada kaitan dengan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT). Dia tidak pernah kata sokong lelaki kahwin lelaki, perempuan kahwin perempuan dan saya harap dia maksudkannya,” katanya.

Katanya lagi, Marina perlu mewujudkan sempadan berkenaan isu LGBT iaitu sejauh mana beliau memberi sokongan kepada golongan itu dalam sebuah negara seperti Malaysia.

“Memang beliau seorang aktivis yang menolong ramai orang termasuklah golongan ini, tapi dia perlu jelaskan pendiriannya,” katanya.

Selain itu, Dr Mahathir turut berharap Marina menyedari apa yang dilakukannya sekarang boleh menjejaskan peluang abangnya, Datuk Mukhriz Mahathir memenangi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) nanti.

“Saya rasa beliau bukan ahli, tetapi beliau perlu lebih sensitif mengenai nasib abangnya,” katanya.

Ditanya mengenai khabar angin yang mendakwa Mukhriz bakal dicalonkan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya Barisan Nasional (BN) berjaya menawan semula negeri tersebut, Dr Mahathir menegaskan ia terpulang kepada keputusan parti.

Katanya, isyarat bahawa Mukhriz mungkin menjadi calon Menteri Besar apabila parti memilihnya untuk menjadi calon Dewan Undangan Negeri (Dun) dan bukannya calon Parlimen.

“Saya akan tolong dan menyokong apa yang dilakukan Mukhriz, tetapi segalanya terpulang pada parti. Walaupun beliau tidak dipilih jadi Menteri Besar, saya akan tetap sokong,” katanya.