Friday 1 June 2012

KEJAM ~ BUNUH DAN MAKAN OTAK RAKAN SERUMAH...!!!

Lelaki Makan Otak

Selepas di gemparkan dengan berita seorang lelaki memakan muka kawannya, kini timbul lagi isu yang hampir sama apabila seorang lelaki memakan otak kawan serumahnya.
Suspek Alexander Kinyua, 21, waganegara Kenya dipercayai telah membunuh rakan serumahnya.
Tambah mengerikan apabila suspek telah memakan jantung dan sebahagian otak mangsanya.
Suspek dituduh melakukan pembunuhan kelas pertama ke atas Kujoe Bonsafo Agyei-Kodie itu tanpa motif jelas oleh mahkamah pada Rabu lalu. Kepala dan kedua belah tangan mangsa tersebut dijumpai oleh pihak polis di dalam bilik dobi rumah suspek.
Abang kepada suspek, Jarrod Kinyua berkata, dia bertanyakan kepada suspek tentang otak itu. Suspek cuma memberitahu yang otak itu adalah otak haiwan.
Namun apabila pihak polis tiba, mereka berjaya menjumpai kepada dan tangan mangsanya di dalam rumah tersebut.
Sumber: Agensi

KEJAM!! 10 TAHUN SIMPAN MAYAT ISTERI DALAM PETI PEMBEKU!!!

Lelaki Simpan Mayat Isteri Selama 10 Tahun Dalam Peti Sejuk

JEPUN – Seorang lelaki berusia 80 tahun telah disoal siasat oleh pihak polis kerana disyaki mencekik isterinya sehingga mati dan menyimpan mayat itu di dalam peti sejuk beku selama 10 tahun di Jepun semalam.
Memetik dari laporan media, Masaichi Yamada telah ditangkap pada Selasa lalu apabila pihak polis telah menerima laporan berkenaan penemuan mayat yang telah disejuk beku dan masih berpakaian itu.
Beliau mengendalikan sebuah syarikat pemprosesan ikan di pelabuhan tersebut.
Menurut seorang jurucakap polis di daerah Hokkaido kepada AFP, pihak polis mengesyaki Masaichi mempunyai niat jahat apabila polis mendapati kesan rentetan pada mangsa yang mungkin dicekik menggunakan sesuatu objek.
Pihak polis masih lagi tidak mendapat kepastian bilakah kejadian tersebut berlaku. Namun, pihak polis menyatakan wanita itu berusia 71 tahun jika dia masih hidup hari ini.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Daily Chilli




ULAMA PAS....MENGHITUNG HARI....




BERMULA dengan kenyataan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang melahirkan hasrat untuk tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRI-13) nanti, seorang lagi daripada golongan ulama iaitu Datuk Seri Azizan Abdul Razak memberikan isyarat yang sama.

Bagaimanapun kita tidak boleh menyatakan bahawa pendirian mereka ini suatu yang pasti atau tidak kerana akhirnya keputusan muktamad terletak kepada parti. Namun ini tidak bermaksud kita tidak berhak untuk menghitung nasib golongan ulama di dalam Pas dalam pilihan raya umum akan datang.

Sememangnya, kedudukan golongan itu menjadi perhatian sama ada mereka akan menjadi calon majoriti atau sekadar ditempatkan dalam kelompok yang kecil untuk bertanding di kawasan-kawasan luar bandar (kampung-kampung).

Semua orang tahu bahawa biar pun Pas suatu ketika memperkasakan kepimpinan ulama namun slogan berkenaan boleh dikatakan hampir tidak kedengaran lagi, apa yang kita sering dengar kini adalah Pas Untuk Semua (Pas For All) .

Justeru timbul persoalan sejauh manakah suara ulama akan memainkan peranan penting dalam penentuan calon bagi Pas dalam PRU-13 nanti. Sama ada penyokong Pas hendak mengakui atau tidak, suara ulama di dalam parti itu sudah semakin menipis.

Segalanya berlaku sejak Pas bersekutu dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, malahan pemilihan parti itu tahun lalu sudah menjadi bukti bagaimana golongan ulama tidak begitu lagi diharapkan untuk menjadi peneraju utama dalam mencapai cita-cita politik Pas mencapai kejayaan cemerlang dalam pilihan raya.

Mungkin atas dasar itu juga, Abdul Hadi ketika diminta mengulas mengenai kejayaan calon-calon profesional menduduki jawatan utama dalam parti itu menganggap, ''inilah barisan pilihan raya Pas."

Sememangnya Abdul Hadi tidak mampu berbuat apa-apa bagi menghalang penguasaan golongan ulama semakin luntur dalam parti itu. Biar pun Pas mempunyai Dewan Ulama atau Majlis Syura yang seharusnya menjadi pakar rujuk kepada sebarang tindakan politik Pas tetapi sejauh manakah badan-badan berkenaan berfungsi?

Apa yang menarik dari semasa ke semasa suara ulama yang lantang memperjuangkan sesuatu perkara atas nama kebenaran semakin dihalangi dengan cita-cita politik Pas. Sebab itulah kita melihat bagaimana Dr. Hasan Ali biar pun menjadi Exco Kerajaan Negeri Selangor beliau akhirnya disingkirkan, begitu juga dengan nasib Ahli Parlimen Bachok, Nasharudin Mat Isa yang dikatakan semakin tidak menentu kerana dilihat cenderung kepada usaha bekerjasama dengan UMNO.

Ramai pemerhati politik melihat, penguasaan golongan profesional bagi jawatan-jawatan utama dalam Pas akan turut mempengaruhi keputusan parti itu dalam penentuan calon-calon dalam pilihan raya umum akan datang.

Ini memandangkan, golongan profesional mungkin sudah merasakan masanya sudah tiba bagi mereka menguasai parti itu manakala golongan ulama hanya bertindak sebagai penasihat sahaja. Mengulas perkara ini, penganalisis politik, Ahmad Masrizal Muhammad berkata, sesuatu yang menarik untuk diperhatikan dalam isu ini ialah bagaimana pengaruh pemimpin profesional dalam Pas membuat keputusan terbaik memilih calon untuk partinya dan setakat mana kumpulan aliran agama sanggup berkompromi.

Menurut beliau, secara strategiknya, peminggiran terhadap kumpulan berlatarbelakang agama dilakukan dalam beberapa situasi.

''Pertama, ia dibuat berdasarkan kepada faktor lokaliti iaitu kumpulan itu tetap akan menjadi taruhan terutama dalam kawasan yang majoriti Melayu konservatif namun bagi kawasan Melayu di bandar utama, pasti kumpulan ini tidak akan diberi peluang. Kumpulan profesional akan lebih diutamakan.
''Kedua, peminggiran berlaku dalam situasi kepimpinan struktural parti.

Jawatan-jawatan utama yang strategik akan dipastikan diproksikan kepada kumpulan bukan aliran agama. Ini adalah lebih merbahaya kerana ia akan ada kaitan dengan hala tuju, dasar dan orientasi parti," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, dalam hal ini jika jawatan-jawatan utama parti dipegang oleh kumpulan profesional maka adalah tidak mustahil dalam pilihan raya umum nanti kita akan dihidangkan dengan lebih ramai calon-calon Pas yang bukan daripada aliran agama kerana sudah pasti mereka akan campur tangan menentukan calon-calonnya.

'' Jawatan utama mereka dalam parti adalah modal untuk mereka bertegas dalam membuat keputusan penting parti seperti calon-calon pilihan raya. Majlis Syura pun nampaknya sudah semakin menipis imunitinya. Inilah wajah dan warna baru pas di era kepimpinan profesional dengan tagline 'Pas For All'," katanya.

Namun apa pun yang hendak dilakukan oleh Pas, mereka tidak harus melupakan jasa golongan ulama yang bukan sahaja bertanggungjawab menubuhkan parti berkenaan tetapi juga meletakkan Pas pada tahap sekarang.

Bermula dengan hanya menangi satu kerusi dalam pilihan raya, Pas kini sudah berupaya memerintah dua negeri iaitu Kelantan dan Kedah serta suatu ketika pernah menawan Terengganu. Semua itu berlaku kerana jasa dan pengorbanan golongan ulama yang disifatkan oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr.Haron Din sebagai juruterbang.

Malahan dalam satu wawancara dengan lidah rasmi Pas, Haron pernah mengingatkan bahawa sejak Pas ditubuhkan pada 1951, ia adalah sebuah parti Islam yang tujuan utamanya untuk melaksanakan tuntutan Allah bagi mengislamkan masyarakat dan negara.

Selain itu, Haron juga menyentuh bagaimana dalam era kepimpinan ulama, pencapaian besar perjuangan yang diletakkan atas landasan Islam bagi menuju matlamat, keagungan dan memartabatkannya menjadi perjuangan yang memikat hari majoriti umat Islam.

Tetapi itu dulu, Haron bercakap dalam wawancara yang disiarkan 15 Mei 2009, namun sekarang Pas sudah berbeza,. Matlamat negara Islam sudah tidak lagi menjadi sasaran parti itu dan ini kemungkinan akan disusuli dengan peminggiran konsep kepimpinan ulama secara terancang.

Ia terjadi kerana keterujaan Pas yang lebih bersikap terbuka dalam berpolitik merebut kekuasaan. Keterujaan inilah yang memungkinkan Pas sanggup berkompromi dan bersekongkol dengan PKR dan DAP biar pun banyak tindak-tanduk kedua-dua parti itu dilihat bertentangan dengan perjuangan Pas.

Oleh itu bagi penyokong-penyokong golongan ulama dalam Pas mereka perlu sedar tentang ancaman yang sedang dihadapi oleh golongan berkenaan menjelang pilihan raya umum akan datang. Seperti mana kita ketahui golongan ulama bukannya kumpulan yang semakin kuat dalam Pas malah semakin luntur kekuatan mereka.

Tanpa menduduki jawatan penting dalam parti kecuali Abdul Hadi yang menjadi Presiden, golongan ulama dalam Pas tidak boleh bersuara banyak. Selama ini pun kita sudah lihat bagaimana apabila ada ulama yang cuba bersuara lantang hatta dalam soal agama sekali pun mereka akan mendapat kritikan daripada dalam Pas sendiri.

Oleh itu, kata-kata kononnya golongan ulama akan menjadi jurupandu kepada perjuangan politik Pas hanyalah omong kosong dan nasib golongan itu akan terus terpinggir dalam pilihan raya umum akan datang.

Jika golongan ulama mahu memperkukuhkan semula kedudukan mereka dalam parti itu, mereka harus mematikan calon daripada golongan itu paling ramai menjadi calon kerana jika tidak percayalah haluan perjuangan Islam yang dipelopori oleh ulama pada 1951 hanya akan tinggal sekadar catatan sejarah.

TUKANG KAYU NAMPAK PELESIT ATAS SYILING..?

Tukang Kayu Nampak Pelesit Atas Siling

KULIM – Seorang tukang kayu yang sedang membaik pulih siling asrama sebuah sekolah di sini, terkejut apabila ternampak satu lembaga di atas siling.
Dia yang tidak mahu dikenali berkata, dia segera merakamkan imej lembaga itu yang ketika itu berdiri dan memerhatikannya.
Dia kemudiannya memaklumkan kepada Sinar Harian berkenaan kejadian terbabit.
Menurutnya, ketika gambar itu diambil, lembaga misteri berukuran 15 sentimeter tinggi itu seakan-akan sedang bergayut.
“Apabila imejnya sekali lagi cuba dirakamkan ia terbang dan hilang,” katanya.
Imej itu kemudiannya ditunjukkan kepada seorang pengamal perubatan tradisional.
Pengamal perubatan itu berkata, lembaga itu adalah pelesit yang tinggal di atas bumbung asrama terbabit.
Menurutnya, pelesit digunakan sebagai alat perantaraan dan boleh dijadikan orang suruhan serta sering digunakan oleh pengamal perubatan yang mengamalkan ilmu sihir.
“Pelesit ini mempunyai keluarganya sendiri. Kadang-kadang ia bertiga dan adakalanya ia hidup berlima.
“Pelesit juga mempunyai ibu bapa seperti kita. Mereka ini akan menjadi orang suruhan atau orang perantaraan bagi mana-mana pengamal ilmu sihir,” katanya.
Menurutnya, ia juga boleh mengakibatkan seseorang hilang ingatan seperti terkena histeria.
“Secara umum, pelesit bukanlah satu makhluk yang baik dan boleh dijadikan pendamping.
Makhluk seperti ini mampu menyesatkan akidah orang ramai,” katanya.
-sinar harian- (Berita 30 Mei)

PR TERKEDU!!! NAJIB TIDAK TERLIBAT KES ALTANTUYA - MUSA HASSAN



Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mendedahkan bahawa Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah memanggil pimpinan tertinggi Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung tuduhan bahawa Timbalannya, Datuk Seri Najib Razak terbabit dalam pembunuhan penterjemah warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Menurut Musa Hassan, beliau sendiri memberi taklimat kepada Abdullah- perdana menteri ketika itu – mengenai tuduhan yang dilemparkan terhadap Najib.
“Saya beri taklimat kepadanya (Abdullah) saya katakan yang terlibat (ialah) Abdul Razak Baginda bersama dua anggota polis (yang telah disabitkan dengan tuduhan pembunuhan tersebut).
“Beliau (Abdullah) tanya Datuk Seri Najib ada terlibat sama? Saya kata tak ada menunjukkan dia terlibat sama,” kata Musa dalam wawancara denganMalaysiakini minggu lalu.
Bekas IGP itu juga berkata, adalah tidak benar dakwaan bahawa isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor berada di tempat kejadian semasa Altantuya dibunuh.
NONE“Orang boleh spin macam-macam kata isteri Najib pun ada masa sama
(Altantuya diletupkan). Saya dapati (mereka) tak terlibat,” katanya sambil menambah yang melakukannya ialah dua anggota polis terbabit.
Musa berkata, taklimat itu diberikan kepada Abdullah selepas penyiasatan polis selesai dan keputusan diambil untuk mendakwa Abdul Razak dan dua anggota polis tersebut pada awal tahun 2007.
Menurut sumber, mantan peguamcara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden dan Musa bertemu dengan Abdullah mengenai kes pembunuhan Altantuya pada sekitar tahun 2007.
Bagaimanapun, ketika dihubungi oleh Malaysiakini, Yusof tidak memberikan apa-apa komen.
Altantuya Shariibuu dijumpai mati pada 18 Oktober 2006 di sebuah lokasi di Shah Alam selepas ditembak dan diletupkan dengan C4.
Selain Abdul Razak Baginda, pemikir kepada Najib, dua anggota polis – Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar dari UTK – dihadapkan ke mahkamah.
Pada 9 April 2009, Azilah dan Sirul didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman mati. Abdul Razak Baginda pula didipati tidak bersalah dan dibebaskan. Abdul Razak kini menetap di London untuk menyelesaikan pengajian peringkat PHD di Universiti Oxford.
Rayuan yang difailkan oleh Azilah dan Sirul Azhar terhadap hukuman tersebut dijadual didengar Ogos ini.

AMIN ISKANDAR adalah kolumnis Malaysiakini. Beliau turut bersama dalam wawancara dengan Tan Sri Musa Hassan yang dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.