Thursday 24 May 2012

LELAKI MEMBACA AL-QURAN DALAM KEADAAN KOMA


Seorang pemuda yang bertugas sebagai Imam telah mengalami kemalangan lalu koma. Namun satu kejadian yang luar biasa telah berlaku apabila pemuda itu tiba-tiba membaca al-quran ketika sedang koma.
Remaja Jordan yang bertugas sebagai imam mengalami kecederaan dalam satu kemalangan, membaca Al-Quran Al-Karim dalam keadaan yang tidak sedarkan diri setelah keluar daripada bilik pembedahan. Subhanallah, apa jua kelakuan atau perkataan yang kita gerakkan semasa kita sedar diri, Allah SWT akan gerakkan secara automatik apabila kita dalam keadaan tidak sedar.
Inilah maksud kata-kata Imam Al-Ghazali yang mengatakan ” apa sahaja perbuatan kita di dunia adalah gambaran perbuatan kita di alam Akhirat nanti “. Betapa malunya kita dihadapan Allah SWT apabila kita berkelakuan tidak senonoh dihadapan Allah SWT di Akhirat nanti.
Semoga Allah SWT memberi semangat kepada kita semua untuk melakukan ibadat dan menjauhkan kita semua daripada melakukan kejahatan, agar kita berkelakuan dan berkata-kata dengan perkataan terbaik dihadapan Allah SWT nanti, Amin Ya Rabbal Alamin.

Sumber: Melayukini.net

HOKI PIALA SULTAN AZLAN SHAH 2012 ~ BUKA TIRAI : MALAYSIA VS KOREA



Skuad Malaysia (jersi putih) tewas kepada Pakistan dalam perlawanan persahabatan beberapa hari lalu menjelang Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah. Anak-anak buah Tai Beng Hai akan menentang Korea Selatan dalam aksi pembuka tirai hari ini. - UTUSAN/Zulkarnain Mohd. Saidin

IPOH - Peristiwa pahit kecundang pada kelayakan Sukan Olimpik di Dublin, Mac lalu mahu ditebus barisan skuad hoki negara apabila membuka tirai Piala Sultan Azlan Shah 2012 menentang Korea Selatan di sini, malam ini.

Jurulatih, Tai Beng Hai berkata, itu adalah azam anak-anak buahnya yang akan berusaha mendapatkan mata pertama pada perlawanan tersebut.

Sebelum ini, Korea Selatan meranapkan impian Malaysia untuk ke Sukan Olimpik London, 2012 apabila menundukkan skuad bimbingan Beng Hai 3-2 pada perlawanan kelayakan di Dublin.

"Walaupun Korea berada pada ranking yang lebih tinggi berbanding Malaysia tetapi prestasi kedua-dua pasukan seimbang," kata Beng Hai.

Berdasar catatan terbaru Persekutuan Hoki Antarabangsa (FIH), Korea berada di ranking keenam dunia dan Malaysia berada di tangga 13.

Malah, Beng Hai percaya pemain yang ada mampu memberi cabaran sengit kepada pasukan lawan jika mereka beraksi dengan lebih berhati-hati dan bersemangat
.
Beng Hai yang dibantu oleh Nor Saiful Zaini akan menggandingkan pemain remaja dan senior dalam usaha membentuk pasukan yang mantap.

Kejohanan edisi ke-21 itu akan disertai oleh tujuh negara iaitu New Zealand, Pakistan, Argentina, India, Korea, Great Britain dan Malaysia.

Selepas itu, enam buah negara tersebut kecuali Malaysia akan beraksi pada Sukan Olimpik 2012, 27 Julai ini.

BUDAK MAUT DISERANG BUAYA, MAYAT DITEMUI HILANG SEMULA..???!!!


SRI AMAN 23 Mei - Penduduk di Ulu Tekalong, Engkilili dekat sini gempar apabila menemui mayat seorang remaja berusia 13 tahun yang dipercayai akibat diserang buaya di Sungai Linggang petang ini.

Difahamkan, mayat mangsa, Peter Heerema Sadan ditemui pukul 6.55 petang terapung oleh beberapa penduduk kampung di kawasan Ijok Hilir, tidak jauh dari lokasi dia dikatakan hilang petang semalam.

Namun, mereka membiarkan mayat mangsa di sungai tersebut dan terus menghubungi pihak polis kerana khuatir keselamatan diri memandangkan kawasan berkenaan dikenali sebagai habitat buaya.

Bagaimanapun, sebaik sahaja pasukan penyelamat tiba, mayat remaja tersebut hilang semula kerana dipercayai telah hanyut dibawa arus sungai menyebabkan operasi mencari terpaksa diteruskan sehingga pukul 8 malam ini.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Lubok Antu, Deputi Supritendan James Johnathan ketika dihubungi mengesahkan mengenai kejadian tersebut.

"Kita akan meneruskan operasi mencari sehingga mayat mangsa dijumpai semula," katanya.

Dalam kejadian petang semalam, Peter Heerema dan adiknya, Clement Bayang Man, 11, mandi di sungai tersebut yang jaraknya hanya lima meter dari kawasan rumah panjang mereka.

Clement kemudian dikatakan pulang ke rumah panjang sambil membawa satu gelen air dan meninggalkan mangsa bermain sendirian.

Sebaik sahaja kembali ke sungai, dia mendapati abangnya hilang dan pada masa sama dia melihat air berkocak di tempat mangsa dipercayai berdiri.

NIZAR BERI KETERANGAN DI IPD IPOH


Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin hari ini tampil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh berhubung kenyataannya yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan pegawai kanan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) berkomplot untuk merampas kuasa jika Barisan Nasional (BN) tewas pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
Nizar yang juga Adun Pasir Panjang tiba di perkarangan IPD Ipoh kira-kira jam 10.10 pagi sambil ditemani isterinya, Datin Seri Fatimah Taat dan tiga peguam, Leong Cheok Keng, Akhiruddin Taib dan Hatim Musa.
Selepas kira-kira sejam memberi keterangan, Nizar yang ditemui wartawan berkata, beliau hadir untuk memberi keterangan berhubung kenyataannya yang mendapat liputan meluas media massa di negara ini.
“Hari ini, saya memenuhi arahan IPD Ipoh untuk memberi keterangan kepada polis dan layanan yang diberikan juga sangat baik.
“Saya bekerjasama dan memberi keterangan kepada polis kerana ada pihak tertentu membuat laporan polis berhubung kenyataan saya yang dilaporkan menerusi media massa.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 505 (b) Kanun Keseksaan dan saya juga tidak dimaklumkan sama ada akan dipanggil semula untuk memberi keterangan,” katanya.
Pada 27 April lalu, Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin menafikan dakwaan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kononnya Perdana Menteri mengadakan pertemuan dengan pegawai tertinggi tentera dan meminta mereka berbuat sesuatu jika Barisan Nasional (BN) kalah Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).
“Saya selaku Panglima Angkatan Tentera mewakili semua panglima Tentera Darat, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) serta semua warga Angkatan Tentera Malaysia (ATM), menafikan sekeras-kerasnya kenyataan itu. Segala dakwaan dan kenyataan Mohammad Nizar adalah tidak benar dan satu pembohongan.
“Sehubungan itu, saya sudah mengarahkan satu laporan polis dibuat berhubung perkara ini bagi membolehkan tindakan undang-undang diambil terhadap pihak yang bertanggungjawab menyebarkan tuduhan itu,” katanya
Mohammad Nizar dalam ceramahnya di Taman Desa Pakatan, Pengkalan, dekat Ipoh pada 23 April lalu, mendakwa Najib mengadakan pertemuan dengan semua panglima ATM dan meminta mereka melakukan sesuatu jika BN kalah pada PRU-13 nanti.
Ceramah Mohamad Nizar yang turut dimuatnaik dalam laman Youtube mendakwa semua panglima yang ditemui, enggan menuruti permintaan itu dengan mengatakan mereka akan mematuhi keputusan rakyat.


BERSIH 3.0 ~ AMBIGA BERSEDIA MINTA MAAF KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA!!!

BERSIH 3.0: Ambiga Minta Maaf Pada Seluruh Rakyat Malaysia

KUALA LUMPUR – Pengerusi Bersih, Datuk S. Ambiga hari ini mengejutkan ramai pihak apabila bersedia memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat negara ini berhubung pengajuran demonstrasi yang telah diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Dalam sidang akhbar di rumahnya petang ini, Ambiga berkata, permohonan maaf itu juga ditujukan jiran tetangganya berikutan tindakan para peniaga yang mahu ‘berniaga’ di kawasan perumahan mereka.
Ambiga berkata, dia bersedia meminta maaf kepada umum kerana tidak menjalankan tugasnya dengan baik dan telus.
Ambiga juga memohon maaf kepada jiran-jirannya kerana telah kekecohan sering timbul selepas Bersih 3.0.
“Saya faham kenapa kumpulan-kumpulan ini, Bersih 4.0 memohon saya untuk meminta maaf…saya bersedia untuk meminta maaf.
“Saya berumur 55 tahun, dengan ini, saya memohon maaf secara terbuka kepada pelbagai pihak dan generasi seterusnya kerana tidak menjalankan tugas dengan sebaik mungkin untuk memastikan negara kita kekal aman. 
“Juga kepada jiran-jiran, saya juga patut meminta maaf kerana telah meletakkan mereka dalam situasi atau ‘zon peperangan’,” kata Ambiga  di sini hari ini.
Sebelum sidang akhbar tersebut dibuat, tiga gerakan iaitu Bersih 4.0, Halau 1.0 dan juga Gerakan Pemuda Semalaya telah datang ke rumahnya menuntut Ambiga memohon maaf secara terbuka.
Suasana ‘panas’ mula terasa di kediaman Ambiga menjelang jam 4.00 petang berikutan kehadiran gerakan berkenaan termasuk Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga Kuala Lumpur.
Pihak berkuasa sudahpun menutup laluan menuju ke rumah Ambiga di Jalan Setiakasih 1, Bukit Damansara mulai jam 12.30 tengah hari tadi.
Selain sekatan polis, beberapa kun yang tertulis ‘trafik warden DBKL’ diletakkan hadapan simpang menghala ke rumah beliau bagi memastikan tiada kejadian yang tidak diingini berlaku.
Majlis Tindakan Peniaga-Peniaga KL bertekad mahu mengadakan aktiviti niaga hari ini dan esok sebagai tanda protes di hadapan rumah Ambiga walaupun tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa termasuk DBKL.
Bagaimanapun pengerusinya, Datuk Jamal Md Yunus akhirnya mengumumkan perancangan untuk mendirikan gerai berhampiran rumah Ambiga dibatalkan.
*** BP : Secara tak langsung Ambiga telah mengakui bahawa Bersih 3.0 yg kononnya 'DUDUK BANTAH' adalah aman sebenarnya memang tidak aman.... huru hara, menggugat ketenteraman dan wujudnya 'zon peperangan'....!!!! FUCK U AMBIGA!!!

EKSKLUSIF !!! KES LIWAT ANWAR IBRAHIM !!! PUNCA KENAPA KES TUNDA 60 KALI TERJAWAB !!! WAJIB BACA !!!



Kes Liwat Anwar yang membabitkan Saiful Bukhari telah berakhir dengan kejutan pada 9 Januari tahun ini,iaitu setelah lebih 60 kali atau lebih 3 tahun tertangguh jika dikira dari tarikh laporan polis dibuat.Ketika kes masih berjalan,ramai yang tertanya-tanya apakah drama atau permainan yang sedang dimainkan oleh pihak pengamal undang-undang Malaysia ??? Mana taknya,jika kes jenayah seksual tersebut melibatkan rakyat biasa,pastinya ia sudah lama selesai,lebih-lebih lagi apabila terdapat bukti forensik dan saintifik yang nyata.Ramai yang mengesyaki bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan keseluruhan perbicaraan apabila pihak pembela dilihat mendapat kelebihan untuk menangguhkan kes dengan berbagai-bagai alasan yang tidak masuk akal dan merapu.Lebih pelik lagi,pihak pendakwa juga tidak banyak menyanggah alasan-alasan yang tidak masuk akal dan merapu itu.Sebaliknya,pihak pendakwa membiarkan saja pihak pembela mempermainkan undang-undang dan seolah-oleh mengejek rakyat jelata yang dambakan keadilan.

Walaupun hujah Peguam Cara Negara II,Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden begitu baik,konklusif,tepat serta layak diberi ‘tepukan berdiri’,tetapi sikap beliau yang keberatan atau enggan menyanggah strategi licik pembela untuk terus menunda kes membuatkan kita hairan.apabila peguam Anwar memilih untuk membela diri dengan hujah ‘suka-sama-suka’,mereka sebenarnya telah membuka ruang untuk pihak pendakwa mengikat terus keputusan berdasarkan undang-undang Malaysia yang mengharamkan aktiviti homoseksual tanpa mengira keadaan suka-sama-suka berlandaskan hak asasi dua orang dewasa yang waras.Inilah yang dijangkakan oleh rakyat,kecualilah jika rakyat tidak dimaklumkan yang undang-undang ini telah dihapuskan

Jika alasan penghakiman adalah DNA yang diperolehi dari lokap tidak wajar diterima,maka pihak pendakwa seharusnya berusaha memohon sampel melalui perintah mahkamah bagi mencari keadilan.Namun,ini tidak berlaku.Rayuan juga tidak berlaku.Yang berlaku ialah Anwar lepas bebas.Pembebasannya membuatkan ramai yang kecewa termasuk orang-orang di dalam ‘inner-circle’nya yang bercita-cita untuk mengambil tempatnya.Dunia bagaikan terkedu sekejap,cuba menjustifikasi pembebasan beliau yang dianggap mustahil jika dilihat dari perkembangan perbicaraan.


Akhirnya,hari ini,sebahagian dari kemusykilan kita sudah terjawab iaitu apabila Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden,bekas pendakwaraya dalam kes liwat tersebut kini dilantik sebagai peguam bela Anwar dalam kes BERSIH 3.0.Benarlah,bila ianya melibatkan Anwar Ibrahim,tidak ada apa-apa lagi yang boleh mengejutkan kita.Begitulah juga dengan perkembangan terbaru ini.Jika dulu,Karpal Singh adalah antara orang pertama yang mendedahkan bahawa Anwar Ibrahim adalah peliwat tegar,tetapi kemudian Karpal Singh juga yang menjadi peguambelanya menafikan yang beliau meliwat.Jika dulu Karpal Singh mendesak tindakan diambil ke atas Anwar kerana terlibat dalam salahlaku homoseksual tetapi kemudiannya Karpal Singh juga yang berhujah bahawa aktiviti homoseksual di antara dua orang dewasa yang suka-sama-suka adalah tidak salah.Justeru itu,apa beza Karpal dengan Datuk Mohd Yusof ??? Hampir tiada.Kedua-duanya dibayar untuk membela Anwar dan kita pasti bayarannya amatlah lumayan sekali.Jika ada pun perbezaan,ialah kerana Karpal mendapat ‘bonus tambahan’ iaitu dari segi keuntungan politik.

Benar,dari segi perundangan Datuk Mohd Yusof tidak salah untuk membela Anwar.Yang nampak salahnya hanyalah dari segi etika kemanusiaan dan persepsi masyarakat yang melihat beliau sebagai tidak berpendirian.Namun,melihat dari sikap Majlis Peguam yang langsung tidak punya etika,professionalisme dan integriti,maka seperti juga Anwar, tiada apa lagi yang mengejutkan kita mengenai watak-watak para pengamal undang-undang di Malaysia.

Bagi ramai pengamal undang-undang hari ini,undang-undang itu adalah mengatasi keadilan,moral,etika malah agama juga.Jika ada pun yang lebih ‘tinggi’ dari undang-undang,ia adalah wang !!! Apapun,yang pasti,seperti juga kes liwat,Anwar mungkin menang dalam kes BERSIH 3.0.Namun,selagi Anwar tidak sanggup bersumpah laknat,selagi Anwar terus bersekongkol dengan zionis dan kafir harbi,selagi Anwar tidak sanggup menunjuk jam omeganya dan selagi Anwar terus cuba menghuru-harakan negara dan memburukkan nama negara dengan berbagai cara,selagi itulah nama Anwar tidak akan bersih.Biarpun terlepas dari undang-undang,sejarah tetap akan merekodkan riwayat hidup Anwar sebagai seorang peliwat dan pengkhianat.



Badut Rakyat

DEBAT PTPTN : DARI MANA DATANGNYA RM 237 BILLION..???

Debat PTPTN: Dari Mana RM237 Billion Ini Datang?PENULIS tergerak untuk membangkitkan persoalan ini setelah mendapati ia menjadi tajuk perbincangan hangat di media sosial dan Internet sekarang.  Ia berhubung kait dengan sesi Debat PTPTN antara Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaludin dengan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli.
Ia menarik perhatian penulis kerana dari banyak perkara yang dibincang antara kedua pemimpin muda tersebut, kenapa soal ini pula yang menjadi benchmark siapa yang menang dan siapa yang kalah dalam debat itu.
Lagipun seperti yang biasa disebutkan, laman ini berpaksi kepada kebenaran, bukan kepada polemik politik yang tidak berkesudahan seperti mana yang dimahukan ramai orang.
Baiklah.
Seperti yang penulis katakan semalam, Rafizi gagal menjelaskan kepada rakyat bagaimana Pakatan Rakyat boleh menjayakan janji untuk memberi pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN.  Sumber memaklumkan penulis, semua maklumat telah diberikan kepada Rafizi tapi di saat -saat akhir Rafizi memilih untuk tidak mendedahkan maklumat tersebut atas alasan yang kurang dipastikan kenapa.
Sebaliknya Rafizi memilih untuk mempertikaikan soal berapa banyak peruntukan pendidikan hasil dari ‘sumbangan RM237 Billion’ oleh Petronas kepada kerajaan Malaysia sepanjang tempoh bapa mertua Khairy, Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri (2003 -2009).
Sebelum berbicara panjang, penulis suka nak menyatakan disini bahawa dari kajian penulis, jumlah RM237 billion ini tidak dinyatakan dimana-mana sebagai sumbangan Petronas kepada kerajaan sepanjang tempoh Abdullah menjadi Perdana Menteri.
Paling dekat ialah sumber dari blog mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad yang menyebut Petronas telah menyumbang sebanyak RM 270 billion (sebelum cukai atau selepas cukai, penulis tidak pasti) kepada kerajaan sepanjang tempoh pemerintahan Abdullah, dan projek apa yang telah dibiayai dari hasil wang ini?
Sumber boleh rujuk disini.
Kita tahu Rafizi adalah bekas kakitangan Petronas tapi Mahathir adalah Penasihat Petronas.  Kalau diberi antara 2 pilihan maklumat siapa yang perlu lebih dipercayai, sudah tentu penulis memilih Mahathir.
Soal siapa Mahathir dan kekejamannya ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim, itu adalah perkara berbeza. Yang dibangkitkan sekarang ialah maklumat tentang sumbangan Petronas kepada kerajaan sepanjang tempoh Abdullah sebagai Perdana Menteri.
Lagipun, tindakan Rafizi membuat perbandingan ini adalah hampir sama dengan tindakan Mahathir pada 2010, cuma tidak mengkhusus kepada pendidikan seperti yang dilakukan Rafizi dalam debat tersebut.
Balik pada soal RM 237 billion ini tadi.
Dari mana angka ini datang?  Graf dibawah menunjukkan jumlah sumbangan Petronas kepada kerajaan sepanjang tempoh perkhidmatan Abdullah sebagai Perdana Menteri (2004-2008).  Yang mana kalau pembaca boleh mengira, jumlahnya hanyalah sebanyak RM202.8 billion!!  Katakanlah plus minus 10% pun, masih jauh dari angka yang diberikan Rafizi.
Kenapa penulis membangkitkan hal ini dengan panjang lebar?
Kerana seperti ditulis diatas, isu ini sedang hangat dibincangkan di alam siber bagi menunjukkan bahawa Khairy ‘kalah’ berdebat dengan Rafizi kerana gagal menjawab soalan tersebut sebanyak 2 kali.  Sekarang tahulah kita kenapa Khairy tidak boleh menjawab, angka diberikan itu salah dan tidak boleh dirujuk dimana-mana.
Jadi dimana yang Rafizi menang kalau rujukannya pun sudah salah? 
Itu belum disebutkan lagi dengan apa cara pendapatan Petronas semasa penggal pemerintahan Abdullah, mampu dikaitkan dengan keupayaan Pakatan Rakyat untuk memberikan pendidikan percuma setelah mengambil alih Putrajaya nanti.
Penulis tak nampak bagaimana ‘cerita’ 4 tahun lepas mampu membantu Pakatan Rakyat menjayakan janji pendidikan percuma dan penghapusan hutang PTPTN seperti yang menjadi tajuk debat tempoh hari.  Tidak hairan kenapa ramai menganggap tujuan Rafizi membangkitkan persoalan ini ialah untuk menyerang peribadi Khairy.
Tak pasal-pasal, dari seorang yang dianggap majoriti ahli UMNO sebagai ‘persona non grata’ (orang yang tidak diperlukan), Khairy kini diangkat menjadi hero pula.
Oleh yang demikian, penulis harap  Rafizi tampil dengan penjelasan dari mana sumber RM 237 billion ini diperolehi sebelum isu-isu lain yang timbul semasa debat itu mengambil tempat.
Antara yang paling memalukan, sudah tentulah dalam soal “beri pendidikan pra sekolah percuma pun tak mampu di Selangor (manifesto 2008), inikan pulak pendidikan peringkat tinggi percuma“ yang disebutkan ahli Parlimen Rembau tersebut semasa menutup hujahannya.
Penulis berpendapat beginilah, dimasa hadapan, jika kurang persediaan, elok dibatalkan sahaja debat itu kerana penulis lihat ia bukan menaikkan lagi imej Pakatan Rakyat, tapi tambah menjatuhkan lagi.