Wednesday 23 May 2012

RAFIZI BAKAL DISAMAN KERANA DEBAT DENGAN KJ..???

Dari Blog Dr MiM :



MiM bersetuju dengan pandangan rakan blogger RBF yang mengatakan Rafizi Ramli telah memperalatkan pentas debat di antara beliau dan Khairy Jamaluddin untuk menabur fitnah dan memburuk-burukkan nama DS Shahrizat Jalil.

Content fitnah Rafizi Ramli adalah seperti di bawah : 

"Ketika menjawab soalan dari moderator, RL telah berkata,

"Kalau saudara Khairy beritahu hutang NFC akan dibayar OLEH DATUK SERI SHAHRIZAT JALIL,saya minta kita semua percaya"
Lihat video dibawah pada minit 16.50."


Seperti yang kita tahu, Shahrizat Jalil bukan pemilik atau CEO NFCorp. Beliau tidak ada sebarang kuasa eksekutif di dalam syarikat.

Jika merujuk kepada entri RBF, Rafizi Ramli bakal berdepan dengan saman kerana memfitnah Shahrizat Jalil sekali lagi! Sila baca artikel RBF yang seterusnya : KLIK SINI

Dan jika kita dengar kenyataan Rafizi Ramli, beliau juga mungkin telah melakukan kesalahan contempt of court kerana membicarakan kes yang sedang berjalan di mahkamah!

PEMBEDAHAN JANTUNG TERBUKA DI TWITTER CIPTA SEJARAH


PAKAR bedah Hospital Memorial Hermann Northwest, AS,  berkongsi pembedahan jantung terbuka di twitter buat  kali pertama di dunia.
PAKAR bedah Hospital Memorial Hermann Northwest, AS, berkongsi pembedahan jantung terbuka di twitter buat kali pertama di dunia.
Orang ramai patut manfaatkan ilmu kesihatan di laman sesawang bantu cara hidup sihat

KEBANYAKAN daripada kita berhubung dengan dunia luar menerusi media sosial. Saya mengikuti perkembangan kawan dan keluarga melalui facebook serta membaca twitter untuk mengetahui isu berkaitan rakyat Malaysia dan mengikuti perkembangan berita daripada blog seluruh dunia.
Semua platform ini adalah bentuk media secara bersosial yang sebenar. Dengan kewujudannya, saya dapat berhubung dengan lebih ramai orang berbanding dulu.
Sebelum doktor itu mula twit di dewan pembedahan, mereka sudah melakukannya melalui persidangan perubatan, berkongsi perkembangan terkini dan hasil kaji selidik yang menarik sambil mereka mendengar penerangan lintas langsung daripada penceramah. Kaedah ini adalah satu revolusi kerana ia membuka akses maklumat supaya ilmu dapat dikongsi bersama semua orang dan tidak terbatas kepada golongan elit belaka.
Walaupun saya menemui rakyat apabila melawat bahagian saya termasuk pada peringkat akar umbi, saya jarang berpeluang untuk bertukar perbualan kecuali bercakap sepatah dua kata dengan mereka. Bagaimanapun, melalui facebook dan twitter, saya mendapat maklum balas serta berinteraksi dengan lebih bermakna bersama rakyat.

Media sosial bukan lagi alat peribadi untuk mencari kawan lama dan memaparkan foto keluarga. Ia menjadi forum awam untuk pengiklanan, berjual beli, menyebarkan idea dan mendidik rakyat.

Berkomunikasi dalam media sosial sangat berbeza berbanding media tradisional kerana anda boleh mendekati pelbagai audiens, berhubung secara interaktif dan lebih bersifat peribadi, serta menggalakkan mereka berkongsi pengetahuan dengan jaringan kenalan.

Dalam menggunakan media sosial untuk khidmat dan pendidikan kesihatan, banyak perkara menarik berlaku di luar sana. 
Baru-baru ini, saya membaca melalui Masabale (satu laman web untuk media sosial dan berita teknologi) mengenai pembedahan jantung terbuka yang ditwit buat kali pertama di dunia, dijalankan pakar bedah Hospital Memorial Hermann Northwest di Houston, Texas, Amerika Syarikat.

Dr Michael Macris menjalankan pembedahan berganda pemintasan arteri koronari terhadap pesakit berusia 57 tahun, manakala rakan sejawatannya, Dr Paresh Patel memberi perkembangan prosedur itu melalui twitter dan menjawab soalan ke akaun twitter hospital berkenaan. Mereka berkongsi foto dan rakaman video yang diambil ketika pembedahan.

Amalan ini memberikan pendidikan kepada orang ramai mengenai prosedur pembedahan jantung biasa. Dengan pendedahan itu, doktor berharap orang ramai memahami perlunya mereka mempelajari cara mencegah penyakit kardiovaskular yang memerlukan pembedahan sedemikian.

Malah, sebelum doktor itu mula twit di dewan pembedahan, mereka sudah melakukannya melalui persidangan perubatan, berkongsi perkembangan terkini dan hasil kaji selidik yang menarik sambil mereka mendengar penerangan lintas langsung daripada penceramah. Kaedah ini adalah satu revolusi kerana ia membuka akses maklumat supaya ilmu dapat dikongsi bersama semua orang dan tidak terbatas kepada golongan elit belaka.

Satu lagi cara terbaik bagi doktor dan golongan profesional berhubung dengan orang awam ialah menganjurkan perbualan twitter untuk menjawab soalan pengguna twitter lain atau mengadakan perbincangan terbuka mengenai topik perubatan yang tertentu.

Facebook adalah cara terbaik untuk mengumpulkan kumpulan besar bagi mencapai satu-satu matlamat. Contohnya, saya pernah melihat kempen kesihatan di facebook, untuk mendapatkan kawan menyertai aktiviti kempen seperti perlumbaan maraton, forum atau acara mengumpul tabung amal.

YouTube dan video lain atas talian adalah cara berkesan menarik perhatian orang ramai serta membolehkan perkongsian maklumat yang relevan. Video Persatuan Jantung Amerika (http://www.youtube.com/user/americarnheart assoc) sangat berkesan kerana ia memaparkan seorang aktres popular dan menghantar mesej peribadi secara langsung mengenai cara untuk mengenal pasti serangan jantung, dan pada waktu yang sama rakaman itu menghiburkan.

Pada peringkat tempatan, ada usaha Persatuan Nutrisi Malaysia (NSM) dan portal Try Masak (http://www.trymasak.my.sihat/) yang menyediakan resipi sihat NSM didemonstrasikan pakar diet serta seorang chef melalui rakaman video pendek.

Masyarakat semakin beralih kepada media sosial, bukan setakat mendapatkan perisian, malah menguruskan rawatan penjagaan kesihatan mereka. Antara idea yang saya dapati sangat menarik ialah bagi pakar rawatan penjagaan kesihatan menggunakan aplikasi telefon mudah alih bagi menguruskan rawatan untuk pesakit.

Perkara seperti janji temu perubatan, peringatan supaya mematuhi rawatan dan preskripsi maklumat keselamatan boleh disimpan dalam sesuatu aplikasi (App) itu. Memandangkan telefon pintar semakin murah, lebih ramai mendapat akses Apps bila-bila masa mereka memerlukan maklumat dan tidak perlu lagi menunggu untuk giliran di hospital atau klinik.

Satu aspek penting menggunakan media sosial untuk mempromosikan kesihatan ialah menggunakan mekanisme maklum balas. Sebagaimana yang disebutkan awal tadi, media sosial membolehkan saya mendengar apa yang diperkatakan di luar mengenai isu yang relevan untuk saya.

Media sosial juga platform untuk memuatkan perisian, oleh itu, ia bukan semata-mata perisian daripada saya. Saya lebih banyak mempelajari perkara baru daripada perisian yang dimuatkan oleh orang lain – saya belajar mengenai apa yang penting bagi mereka dan mengapa mereka melakukan sesuatu perkara.

Kita berada pada zaman yang sangat menarik, banyak maklumat pada hujung jari untuk membantu membuat keputusan lebih baik bagi kesihatan. Media sosial bukan saja satu bentuk komunikasi yang penting dan berkesan, ia sangat menyeronokkan dan mewarnai hidup kita. Dalam hubungan ini, penyebaran virus sangat sesuai untuk kesihatan.



LIOW TIONG LAI

Penulis ialah Menteri Kesihatan Malaysia. Ikuti beliau melalui blog (www.liowtionglai.comm/blog), atau twitter (@liowtionglai)

NFC SAMAN PUBLIC BANK BERHAD

TERKINI : NFC Saman Public Bank Berhad

Kerosakan yang tidak boleh diperbaiki disebabkan oleh perlanggaran keselamatan dan BAFIA oleh bank tersebut
KUALA LUMPUR — National Feedlot Corporation (NFCorp), syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta Pengerusinya hari ini memfailkan saman terhadap Public Bank Berhad di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Saman itu adalah bagi menuntut kerosakan yang dialami, yang tidak dapat dipampas dan kehancuran terhadap reputasi serta kredibiliti mereka dalam perniagaan akibat daripada tindakan bank tersebut yang telah melanggar Akta Perbankan dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA).
Peguamcara yang mewakilli NFCorp menegaskan, perlanggaran keselamatan oleh Public Bank Berhad telah membolehkan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli untuk mendramatikkan serta menanam rasa benci dan gambaran yang salah demi memburukkan reputasi, kredibiliti dan keupayaan NFCorp, syarikat-syarikat berkaitan dengannya serta pengerusinya dengan pihak kerajaan, orang awam dan komuniti perniagaan.
Dalam saman mereka, peguamcara yang mewakili NFCorp menyatakan maklumat sulit dan rahsia perbankan NFCorp, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya, serta pengerusinya (pihak Plantif) telah disebarkan untuk tatapan umum; dan akibat daripadanya, kehidupan pengarah-pengarah dan ahli keluarga Plantif kini terdedah kepada ancaman bahaya.
Selanjutnya, peguamcara NFCorp menyatakan Public Bank Berhad adalah bertanggungjawab melindungi maklumat atas dasar undang-undang, secara kontrak dan tanggungjawab yang telah diamanahkan daripada dicetak semula, diedarkan, dihebahkan, didedahkan, disiarkan dan sebagainya, kepada mana-mana pihak, atau merekodkan bagi pihak, apa-apa maklumat atau dokumen membabitkan akaun pihak Plantif untuk disiarkan oleh mana-mana pihak ketiga.
Peguamcara NFCorp berkata, tindakan anak guamnya memulakan tindakan undang-undang adalah dengan harapan ia akan dijadikan sebagai satu peringatan kepada bank-bank dan juga institusi-institusi kewangan terhadap tanggungjawab mereka untuk melindungi maklumat rahsia pelanggan-pelanggan mereka dalam sebarang keadaan termasuklah memastikan pelanggan-pelanggan mereka tidak terdedah kepada ancaman bahaya.
Seksyen 97 BAFIA menyatakan, “Tiada seorang pun yang mempunyai apa-apa maklumat atau dokumen yang pada pengetahuannya telah didedahkan dengan melanggar subseksyen (1) boleh dengan apa jua cara sekalipun mendedahkan kepada mana-mana orang lain.”
(NEWS RELEASE prepared and issued on behalf of National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) by public relations consulting firm – GRA Communications Sdn Bhd.)

TIADA HUBUNGAN DIPLOMATIK DENGAN ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR – Bekas Peguam Cara Negara II Datuk Mohamed Yusof Zainal Abiden, yang kini membela Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes berkaitan perhimpunan 28 April, berkata beliau tidak mempunyai hubungan politik dengan ketua pembangkang itu tetapi sekadar menjalankan tugas sebagai seorang peguam profesional.


“Saya seorang peguam dan setiap orang berhak berbuat demikian. Saya tidak teragak-agak atau mempunyai masalah untuk mengambil kes ini,” katanya kepada pemberita ketika mengulas kehadiran mengejut beliau di Mahkamah Sesyen hari ini sebagai anggota pasukan pembelaan Anwar.
Mohamed Yusof, yang mengetuai pendakwaan pada perbicaraan kes liwat kedua ketua pembangkang itu, berkata beliau tidak mempunyai masalah peribadi dengan sesiapapun ketika bersetuju mewakili Anwar.
Mahkamah Tinggi pada 9 Jan lepas memutuskan untuk melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan.
Mohamed Yusof, yang bersara Februari lepas, berkata Anwar menghubunginya pada kira-kira 10 malam semalam, dan beliau tidak teragak-agak menyertai pembelaan.
Beliau turut menolak dakwaan bahawa tindakan itu dilakukan sebagai bantahan terhadap Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail.
Mohamed Yusof berkata beliau tidak mempunyai sebarang masalah peribadi dengan Abdul Gani, dan enggan mengulas lanjut.
Sementara itu, peguam utama Anwar, Karpal Singh, berkata beliau dimaklumkan mengenai perkara tersebut lewat malam semalam, dan mengalu-alukan kedatangan Mohamed Yusof dalam pembelaan.
Anwar pula, ketika dihubungi, berkata langkah itu diambil kerana Mohamed Yusof arif tentang undang-undang.
“Saya menghubunginya selepas mendapat maklumat beliau sudah bersedia menyertai pembelaan,” katanya.
- Bernama

SPRM MINTA MAKLUMAT KES PEMBOCORAN AKAUN PERBANKAN


KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kegiatan rasuah membabitkan kes pembocoran maklumat akaun perbankan supaya menyalurkannya kepada suruhanjaya itu.
SPRM turut meminta Yang Dipertua Persatuan Kemajuan Insan Malaysia (KESAN), Omar Idris, yang mahu suruhanjaya itu tegas dalam isu berkenaan, tampil bagi membantu siasatan SPRM.
“Untuk makluman, semua maklumat berkaitan rasuah, salah guna kuasa dan penyelewengan akan disiasat suruhanjaya ini tanpa mengira siapa atau pihak mana yang memberi maklumat.
SPRM akan menyiasat setiap aduan berunsur rasuah yang diterima dengan bebas, telus dan professional.
“Ini seperti mana termaktub dalam Seksyen 7 (a) Akta SPRM 2009 iaitu ‘menerima dan menimbangkan apa-apa aduan tentang perlakuan kesalahan di bawah akta ini dan menyiasat mana-mana aduan sebagaimana yang difikirkan praktik oleh Ketua Pesuruhjaya’,” kata SPRM dalam kenyataan hari ini.
Dalam sidang medianya semalam, Omar meminta SPRM menyiasat dengan teliti kes-kes pembocoran maklumat akaun perbankan yang dilaporkan berlaku kebelakangan ini.
Omar berkata, pembocoran maklumat perbankan tidak seharusnya berlaku kerana ia membabitkan integriti perbankan negara dan melanggar hak peribadi pemilik akaun berkenaan.
- BERNAMA