Saturday 19 May 2012

MUZAKARAH : PAS PANDAI MAIN WAYANG OPERA CINA..!!!


MUZAKARAH : PAS BERMAIN WAYANG OPERA CINA ..? Di Marang, Terengganu, semalam, Abdul Hadi meletakkan syarat ketat untuk Umno bermuzakarah dengan PAS. “Umno tidak ikhlas. Jika benar parti itu ikhlas mahu bermuzakarah dengan Pas, betulkan dahulu sistem pilihan raya. Selagi sistem pilihan raya tak dibetulkan, bagaimana Umno yakin mereka telah bersedia menyahut seruan Pas untuk bermuzakarah?” katanya. 

Beliau memberi reaksi demikian terhadap kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang kelmarin dipetik berkata bahawa Umno sedia menyahut ajakan Pas untuk bermuzakarah asalkan tujuannya adalah untuk kepentingan ummah, masyarakat Islam dan negara. 

Abdul Hadi berkata, selagi sistem pilihan raya tidak dibersihkan, ia membuktikan sikap tidak ikhlas Umno dalam isu-isu berkepentingan Islam, atau dalam usaha mempertahankan Islam. Beliau kemudian mengkritik Kerajaan Barisan Nasional (BN) yang dikatakannya mengekang kebebasan akhbar sekali gus menyekat hak rakyat untuk mendapat maklumat yang adil bagi membolehkan mereka membuat pilihan yang tepat pada pilihan raya.

 “Negara yang mengamalkan demokrasi yang baik sentiasa memberikan peluang sama rata kepada semua parti politik memandangkan media adalah saksi adil tetapi itu tidak berlaku di negara ini di mana parti memerintah mengongkong semua media. “Ia menyebabkan rakyat tidak boleh menjadi hakim yang adil. Rakyat hanya mendengar sebelah pihak sahaja. Demokrasi yang macam ini tidak betul, demokrasi yang macam ini salah,” katanya. 

 Bukankah Pakatan Haram telah memenangi 5 Buah negeri sebelum ini ..tag mana yg tak adil Haji Hadi oiiii ..? rasanya kali ini ramai puak2 pembangkang yang menjadi pegawai atau petugas SPR .. Msia tiada kebebasan akhbar ..? Bukankah semua Parti Politik termasuk Pakatan Haram mempunyai Lidah Rasmi masing2 termasuklah di alam maya dimana pakatan haram banyak menabur fitnah dam memaki hamun pemimpin BN .. tang mana yang tak bebas pulak ni ..? 

Cukuplah wahai pemimpin dan puak2 pakatan haram ..nampaknya puak2 ni kehabisan modal untuk menghadapi PRU akan datang .. Ini semua sinetron yang cuba dimainkan oleh PAS untuk menutup mulut & menakut2kan puak2 DAP komunis yang kini semakin lantang bersuara ....

PIJAK BAYI SENDIRI, LEPASKAN KEMARAHAN DITUDUH MENCURI

Minggu lepas heboh dalam blog, kisah Ira mendera bayinya sendiri yang berumur 10 bulan sehingga pihak PDRM membuat penjelasana bahawa wanita tersebut telah pun ditangkap, dibicarakan dan sekarang sedang menjalani hukuman dipenjara akibat dari perbuatannya itu.


Perbuatan mendera bayi sendiri sebenarnya bukan berlaku hanya di Malaysia sahaja....


Ikuti kisah berikut :  


Dituduh Mencuri, Bayi Pulak Dipijak

Kejadian ini berlaku di Zhengzhou ,Henan China apabila seorang wanita dituduh mencuri .Dia dengan sengaja melempar bayi yang di dukungnya ke tanah dan memijakknya.
Dia memijak bayi itu kerana marah dituduh mencuri.Saksi kejadian telah menyatakan wanita bersama rakannya telah mencuri talipon.Pihak polis telah dipanggil untuk menyelesaikan kes itu .Kedua-dua wanita itu telah dibawa ke balai.

Anak kecil yang di tinggalkan seketika itu tidak mengalami luka .



Inilah kadang -kadang cara orang yang bersalah untuk mengelakkan diri daripada di tuduh mencuri.Sehinggakan sanggup untuk menginayai anak sendiri.


GEMPAR..!!!LELAKI SANTAI DENGAN BERBOGEL...!!!

Lelaki Bersantai Petang Sambil Berbogel

Inikah kesan LGBT???

Apakah anda sudah kehilangan separuh dari iman jika bersantai sambil berbogel tanpa seurat benang pun di jalanraya yang sibuk dengan lalu-lintas..???

Walaupun kisah berikut dan gambar di atas mungkin bkn dilakukan oleh lelaki bukan Islam.... tetapi sekurang2nya.... hormatilah suasana sekeliling anda!!!

LONDON – Seorang lelaki bertindak melalakukan aksi pelik apabila dia berjalan dalam keadaan berbogel di pinggir bandar Enfield, utara London.
Lelaki misteri ini berjalan dengan penuh yakin di sepanjang jalan walaupun perlakuannya diperhatikan oleh pemandu-pemandu kenderaan yang lain. Dia tidak memakai sebarang pakaian kecuali stoking dan kasut sahaja.
Salah seorang pemandu yang melalui jalan tersebut, Tim Stevens, 28, telah mengambil gambar lelaki tersebut. “Dia tidak berkata apa malah dia kelihatan seronok dan bangga dengan kelakuan tersebut,” kata Tim.
Sebuah kereta melulu keluar dari laluan tersebut apabila lelaki bogel berkenaan meminta bantuan untuk membawanya ke sebuah kedai. Tiada siapa mengetahui sebab utama lelaki misteri ini berkelakuan pelik.
Oleh: HARITS ASYRAF
Sumber: Daily Chilli