Friday 18 May 2012

NKP KAMPAR MEROYAN MASUK DAP..!!!




berjawatan Naib Ketua Pemuda

NAMANYA : SANHURI BIN MAT ZIN

Berjawatan Naib Ketua Pemuda Bahagian Kampar.... org no.2 dlm Pemuda Bahagian.

Dilaporkan bahawa beliau melalak-lalak macam orang terkena angin meroyan tahap kritikal kerana ketidakpuasan hatinya akibat tak dapat projek yang dipohonnya di Pejabat Tanah Batu Gajah.  Maka sebab itulah beliau telah dengan bangganya menyertai DAP dengan menyerahkan borang ahli bersaksikan Nizar Lambai dan Sivakumar Pokok.
Dalam pada itu, beliau juga memegang borang keahlian DAP di tangannya sambil menyalak KITA KENA TUKAR! SAYA KELUAR UMNO DAN MASUK DAP! HIDUP DAP, HIDUP DAP,HIDUP DAP!

Apa la ke bangang lagi seorang Melayu ni, sebab tak dapat projek dah tukar prinsip dalam diri...langsung takde sifat perjuangan dalam parti, yang dia ingat masuk UMNO dapat jawatan nak rodok dan melantak projek jer...ini lah segolongan (minoriti) orang melayu yang dalam otaknya kira nak hidup senang untuk diri sendiri jer tiada erti perjuangan dalam matlamat asal lebih-lebih lagi kepada bangsa.

Sedangkan beberapa hari lalu kita kita dikejutkan dengan Orang No 3 bangsa Melayu  yang keluar dari DAP kerana tidak sefahaman dengan ideologi parti DAP dan didapati tidak memperjuangkan orang Melayu seikhlasnya. Tunku Aziz yang memegang antara jawatan yang tertinggi pun sanggup tinggalkan DAP kerana ada rasa sayangnya sikit kepada bangsa Melayu. Tetapi ni dah terbalik, ada juga orang Melayu yang berjawatan dalam UMNO pulak tu nak masuk DAP, apa ke bangangnya dia ni....sebab tak dapat projek je???


Takpe la orang macam ni kalau takde dalam UMNO pun lagi bagiuh jugak elok berambus jer, UMNO tak memerlukan orang macam kamu. Kamu tu siapa??? hanya secebis virus jer, elok ler nyah kau pergi berambos.





pssssttt :  maap tiada video dikeluarkan, nanti ramai pulak puak sana yang cakap video diedit...xixixixixi..







***BP...fuhh...sib baik dah kuar UMNO.... jika tidak.... inilah parasit terlampau dalam UMNO yang akan merosakkan UMNO... Inilah juga gunting dalam lipatan.... musang berbulu ayam

ANWAR IBRAHIM YANG ANDA KENAL....


ANWAR IBRAHIM  :  GRAND DESIGN MENGHANCURKAN DOMINASI BN, PERGUNAKAN SENTIMEN BANGSA DAN NAMA ALLAH..!!!


Negara heboh selepas makhamah memutuskan bahawa kes pengunaan nama Allah dibenarkan kepada Herald Tribune.Hari ini menjadi persoalan kenapa selepas lebih 50 tahun negara merdeka isu ini baru di bangkitkan.

Sedarkah anda isu ini berbangkit sejak bermulanya pembebasan Anwar Ibrahim,sebelum ini negara aman damai,persefahaman antara kaum cukup utuh dan bertolenransi,tiba tiba dalam sedar tak sedar hampir kesemua kita terperangkap didalam sentimen perkauman apabila ada jendalu yang menyucuk segelintir pemimpin pemimpin politik .Sebelum ini kita juga sedia maklum tidak pernah timbul persoalan akan hak istimewa orang melayu,kesultanan melayu dan agama islam.

Sejak Anwar Ibrahim mempromosi liberalisme dan pluralisme,ramai kalangan politic animal terpalit secara bersama terikut rentak Anwarisme.Keterbukaan kononnya menjadi tanda aras baru yang harus di terima oleh majmuk Malaysia,walhal rakyat sudah mempunyai persefahaman antara kaum sejak dulu lagi.Dalam bahasa mudah ialah kontrak sosial.Sejak pembebasan Anwar,beliau menampakkan keterbukaan tidak bertempat didalam semua segi,jika sebarang pihak tidak dapat menerima fahaman beliau maka akan dituduh sebagai jumud,rasis dan tidak berlaku adil.

Kala ini begitu heboh memperkatakan isu pengunaan nama Allah oleh pihak bukan Islam.Malah tujuan dan niat asal pihak kristian boleh dipertikaikan.Umat Islam sedia maklum kegiatan mubaligh kristian bergerak aktif siang dan malam memurtadkan ramai umat Islam dinegara ini.Begitu banyak kes berlaku di seluruh negara dan di IPTA.

Terpalitnya kalangan politic animal terutamanya segolongan PAS Liberal seperti Pisau katakan tadi apabila mereka turut sama bersetuju saranan dan agenda Anwar Ibrahim agar nama Allah adalah hak semua penganut agama.Pisau cukup pasti mereka tidak akan terlepas pandang isu murtad,masakan tidak sebelum ini mereka cukup menjuarai perjuangan ke arah negara islam dan pimpinan Ulamak.Malah menuduh Umnolah puncanya ramai umat Islam murtad kononnya tidak mengamalkan kepimpinan ulamak dan tidak islamik.

Tindakan beberapa kerat pimpinan PAS mengeluarkan hujah berupa dalil tanpa takwil yang mendalam memberi kesan yang cukup besar.Mereka langsung tidak memikirkan coleteral damage yang bakal dihadapi oleh umat Islam di Malaysia.

Anwar Ibrahim bersama sekumpulan think tank pakatan haprak telah mengenal pasti titik lemah dan kelompangan sosio budaya dan agama di negara ini.Beliau tahu, Umno cukup kuat melayunya,jika disentuh isu melayu,hak keistimewaan bumiputra dan Islam, maka pasti akan di lawan habis habisan oleh Umno.Justeru beliau memainkan jarum dengan menyebarkan fahaman kesama-rataan. Peluang untuk mendapat sama rata oleh kaum minoriti adalah mustahil sama sekali,Garapan menu sudah disediakan,jenis lauk sudah dikenal pasti maka dengan hanya mengambil bau,mereka yang lapar sudah pasti dapat membayangkan keenakan juadah yang bakal disediakan oleh Anwar Ibrahim dan pakatan haprak nanti.Peluang cukup mustahil jika tidak kerana muslihat skrip Anwar Ibrahim.

Di sinilah bermulanya timbul sifat jalangan oleh parti PAS,mereka menyahut saranan Anwar Ibrahim,maka keluarlah kenyataan Nik Aziz mengenai politik suku atau kebangsaan.Perkara ini berlarutan sehinggalah episod mengadai ayat quran dan kemuncaknya pengunaan nama Allah oleh pihak kristian.

Anwar Ibrahim tahu, jika kerusi yang dimenangi di semenanjung masih tidak cukup untuk membantu beliau memenangi 2/3 kerusi diparlimen,maka beliau memainkan sentimen pluralisme dan islam liberal dikalangan bukan Islam. Sasaran beliau adalah Sabah dan Sarawak.Di sana penganut kristian adalah lebih ramai dan dikatakan pengundi tegar BN.
Dengan memainkan sentimen nama Allah,beliau percaya satu ombak penentangan akan berlaku jika kerajaan pusat pimpinan BN tidak membenarkan pengunaan nama Allah oleh golongan penganut katolik.

Video anwar berkempen membuktikan segalanya,beliau berkempen semasa pilihanraya Batang Ai menjanjikan pengunaan nama Allah oleh pihak gereja dan ternyata cukup banyak berbohong kepada rakyat.



Video ini juga membuktikan Anwar Ibrahim mempolitikkan isu pengunaan nama Allah.


Pisau yakin anda pembaca pasti berasa hairan,kenapa pihak katolik begitu bersungguh sungguh untuk mengunakan nama Allah,kenapa isu ini baru timbul? Terdesak sangatkah penganut Kristian untuk mengunakan nama Allah, terasa kurang imankah penganut kristian jika tidak mengunakan nama Allah? Pisau ada bertanyakan kepada rakan yang menganut kristian katolik,beliau sendiri tidak mahu mengunakan nama Allah,katanya mengapa beliau harus mengunakan nama tuhan Islam,beliau tidak diajar untuk menyebut nama Allah sejak dari kecil lagi,malah keturunan beliau langsung tidak pernah menyebut nama Allah dalam anutan mereka.

Yang lebih menghairankan yang bukan kristian pula lebih 'sudu dari kuah''(melampau keterlaluan baik hati mereka). Ini diperlihatkan dengan hujah Nik Aziz ,Khalid Samad dan sekumpulan PAS Liberal.Mereka bersama sama Anwar dan liberalist cukup kuat mempromosi pengunaan nama Allah.

Cuba anda fikirkan negara Belanda yang majoritinya beragama kristian,umat Islam hanya dalam lingkungan sejuta orang. Terdapat saranan agar nama Allah digunakan disana.Tetapi yang menariknya dalam pungutan suara yang dijalankan pada tahun 2007 telah menolak untuk mengunakan nama Allah.

A survey in the Netherlands' biggest-selling newspaper De Telegraaf on Wednesday found 92 percent of the more than 4,000 people polled disagreed with the bishop's view, which also drew ridicule.
"Sure. Lets call God Allah. Lets then call a church a mosque and pray five times a day. Ramadan sounds like fun," Welmoet Koppenhol wrote in a letter to the newspaper.

Live Vote
* Do you think people of all faiths should call God "Allah" to help religious relations? - 37809 responses
Yes. It means the same thing and could help ease tensions - 6.7%
No. We should stick to the English word for God - 85%
I don't know or don't care - 8.2%
selanjutnya sini


Apa relevennya pihak Herald Tribune di Malaysia begitu mahuka
n mengunakan nama Allah,walhal dinegara kristian dan majoriti 98% penduduk penganut kristian sendiri menolak mengunakan nama Allah. Sudah pasti tujuan dan niat boleh dipersoalkan.Apa sebabnya PAS dan PKR begitu mahukan nama Allah digunakan oleh Herald Tribune jika tidak bermotifkan politik semata mata dan disamping itu matlamat pihak gereja jelas mempunyai matlamat tersembunyi.klik sini untuk membaca artikel paklebai

Apabila timbulnya desakan dan bantahan oleh umat Islam,kerajaan dilihat sebagai tidak adil dan sudah ada timbul desakan kepada PM agar lebih menghayati semangat 1Malaysia semata mata mahukan pengunaan nama Allah.

Di sini kita dapat melihat kedudukan PM sebagai pemimpin nombor satu negara di gambarkan seolah olah tidak berlaku adil dan tidak 'walk the talk' walhal anasir yang memulakan jarum dan persepsi sentimen perkauman dan agama dilihat menjuarai suara di satu pihak yang kononnya tertindas akibat artikel 11 dan keputusan makhamah.Malah hujah paling dangkal yang dibuat oleh kalangan pakatan haprak kononnya keputusan makhamah dibuat oleh hakim adalah permainan Umno. Umno tidak sama sekali mempunyai kuasa terhadap makhamah, jika benarlah Umno menguasai hakim,mengapa hakim yang sama iaitu Hakim Mahkamah Tinggi, Yang Arif Hakim Puan Lau Bee Lan membuat keputusan memihak kepada pakatan rakyat berkenaan isu kerajaan negeri Perak?Adakah hakim ini yang dikawal oleh Umno?

Pisau perhatikan ada satu gerakan yang cuba menghancurkan BN dari dalam,sudah pasti mereka yang beragama kristian akan membuat tuntutan didalam kabinet agar PM lebih bersifat 'adil'. Taruhan nama Allah antara perbezaan agama bakal meruntuhkan persefahaman sesama pemimpin BN terutamanya dari Sabah dan Sarawak.

Jika mereka benar benar memperhalusi perkara ini dan sedar,sudah pasti akan ada suara pemimpin BN beragama Kristian akan bangkit menentang pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune. Tetapi sehingga saat ini,adakah dikalangan mereka turut sama membantah senada dengan pemimpin BN yang beragama Islam?

Rakyat Malaysia harus faham secara mendalam permainan politik Anwar Ibrahim yang cukup halus dan jelas mengkucar kacirkan semangat perpaduan antara kaum dan agama,dengan hanya mengunakan sentimen sebegini Anwar Ibrahim,DAP dan PAS berjaya mengaut keuntungan political mileage yang cukup banyak walaupun bersifat gampangan .

Pecah dan perintah bersama matlamat menghalalkan cara. Itulah cara politik Anwar Ibrahim bersama PKR ,PAS & DAP.

Pisau menyarankan agar PM mengadap Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja agar perkara ini di selesaikan secepat mungkin.

SUMBER

LIM GUAN ENG JADI PENASIHAT PENANG INTERNATIONAL HALAL HUB...???


BACA SETERUSNYA.... DI SINI

18 JAM TERAKHIR MENJELANG...SIRI JELAJAH KONVENSYEN MEDIA SOSIAL PERINGKAT NEGERI PERAK 2012 !!!



Assalamualaikum wbt... Salam sejahtera... Salam 1Malaysia...

Anda Facebooker? Anda Twitterian? Anda Blogger? Anda Penulis Maya? Atau anda mengikuti isu-isu semasa melalui media sosial yang ada? Anda pro Barisan Nasional? Atau anda masih 'benak' menyokong Pembangkang? Kami mengalu-alukan kehadiran anda..bukan untuk berdebat tapi untuk menghargai pengamal media sosial Malaysia :)

'Appreciation for the Unsung Heroes'
 

Jangan lupa temujanji kita  :

PROGRAM SIRI JELAJAH KONVENSYEN MEDIA SOSIAL 1 MALAYSIA 
PERINGKAT NEGERI PERAK 2012

pada 
Sabtu ini 19hb Mei 2012 
bermula jam 7.30 pagi (pendaftaran) 
di Grand Ballroom Syuen Hotel.

Kepada peserta konvensyen, anda boleh park kereta anda di beberapa lokasi...
1- Syuen Hotel Basement (free)
2- Dalam MBI (free)
3- Hadapan MBI (free)
4- Bangunan Persekutuan Greentown parking (free)
5- Bahu jalan sekitar Syuen Hotel (free)
6- Parkson, Ipoh Parade (bayar)

Untuk dapatkan access mudah free parking, pastikan anda display di dashboard kenderaan anda image seperti dibawah ini. Pihak Sekretariat telah mendapat kerjasama dari MBI untuk tidak menyaman dan menyita kenderaan yang parking di kawasan bahu jalan terutamanya dengan syarat kenderaan berkenaan meletakkan image ini di dashboard kenderaan dan susunan kenderaan teratur dan tidak mengganggu laluan kenderaan lain. Limit sampai jam 2 ptg sahaja.



Untuk memudahkan anda, boleh download image ini dan print sendiri atau boleh ambil di lobby kaunter kemudian pada hari konvensyen (tapi penat la nk jalan berulang alik).

Kita jumpa di Konvensyen Media Sosial Peringkat Negeri Perak 2012 19hb Mei 2012, jam 7.30 pagi di Grand Ballroom Syuen Hotel Ipoh Perak !

Sebarang pertanyaan sila sms kepada Sekretariat di nombor 010-3957374 (sms sahaja).

ANDAINYA ANAK MELAYU MASIH TIDAK SEDAR DAN TAHU.............


Andainya anak melayu masih tidak sedar atau tidak tahu...

Pluralisme yang menuntut kesamarataan beragama dinegara ini dipelopori oleh Anwar Ibrahim dan Pakatan rakyat melalui IFC(Inter Faith Council) ,IFC ini juga menjadi intipati perjuangan oleh Ambiga Sreenevasan bekas presiden Bar Council.

Perjuangan mereka menuntut kesamarataan beragama,dalam masa yang sama menggugat Islam agama rasmi negara .

Dengan harapan untuk membawa perjuangan IFC ini ke peringkat antarabangsa,Ambiga Sreenevasan melobi hingga ke PBB dan berharap menjadi pelapor ataupun pemantau bagi pihak PBB di Malaysia mengenai pluralisme.

Pakatan rakyat dan kesemua pemimpin mereka sama sama memperjuangkan IFC, Pisau siarkan kembali apakah intipati perjuangan IFC untuk rujukan pembaca .

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC(Inter Faith Commission)
IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara. Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.

Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam
1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.(kes siti hasnah vanggarama http://www.pisau.net/2009/12/siti-hasnah-dimurtadkan-di-perangkapifc.html)

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka(murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid. (Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat ( PR ) negeri Selangor yang terdiri daripada PKR,DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu. Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bible dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.

Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1.Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2.Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4.Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5.IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.

Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC. Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

IFC ( Interfaith Commission ) iaitu satu gerakan anti-Islam yang di dalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ), Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ), Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ), Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga NGO-NGO yang lain. Malah mendapat endorsement Anwar Ibrahim,Nik Aziz,Khalid Samad,Malik Imtiaz,golongan erdorgan PAS dan termasuklah penyokong melayu Islam PAS dan PKR.

PAS juga turut terpalit apabila menyokong penubuhan IFC ini ,buktinya semasa konvensyen PR ,PAS menerima intipati perjuangan Pakatan Rakyat agar mengadakan perbincangan antara agama selaras dengan kehendak IFC yang di dokong oleh DAP dan PKR.

PAS kononnya mahu dilihat lebih terbuka .Jika anda perhatikan tindak tanduk PAS kebelakangan ini,jelas mencerminkan mereka begitu lebih liberal malah langsung tidak membantah pengunaan nama Allah oleh Herald Tribune.

Kita harus berterima kasih kepada perwakilan Malaysia di Geneva yang tidak menyokong pencalonan peguam Ambiga Sreenevasan sebagai pelapor khas (rapporteur) ke PBB.

Jika tidak dihalang,sudah pasti Ambiga yang kita semua kenal begitu anti kepada Islam akan membuat laporan berunsur fitnah dan berniat jahat bagi memburukkan imej negara di PBB Dalam masa yang sama anggota OIC turut sama menolak pencalonan Ambiga,kerana dilihat mengancam imej Islam dinegara Malaysia dan dirantau ini.

Matlamat untuk menghalalkan IFC sudah banyak kali ditimbulkan oleh pihak pakatan,dengan beberapa insiden seperti pengunaan nama Allah,isu murtad,pembakaran gereja,tuntutan kematian mualaf,mempertikaikan hak makhamah syariah dan paling teruk cubaan untuk menyusup masuk sebagai peguam bukan muslim kedalam sistem makhamah syariah negara.

Petikan dari malaysian2day,yang menyiarkan kenyataan melayu liberal yang menyokong IFC.
The recent spate of unprecedented church attacks has prompted Pakatan Rakyat ideologue Datuk Zaid Ibrahim to push for a state inter-faith advisory council, to discuss touchy religious issues without resorting to the courts or the government’s executive powers for solutions.:m2day
Alasan sebegini yang selalu dimainkan oleh pihak pakatan rakyat,Pisau amat yakin para penyokong PAS sudah pasti tidak nampak apa yang sedang diperjuangkan didalam pakatan rakyat.Mereka menuntut rakyat menjadi lebih liberal dalam masa yang sama menolak keistimewaan agama Islam sebagai agama nombor satu dinegara ini.

Sumber :   PISAU 

HENTIKAN PENYEBARAN LGBT DI MALAYSIA!!!


Irshad Manji, seorang tokoh LGBT antarabangsa yang memperjuangkan LGBT di seluruh dunia dijadual memberikan ceramah dalam satu program di Monash University,Sunway Campus pada Jumaat 18 Mei 2012, setelah rancangan awalnya mengadakan ceramah di UIA,Gombak & perlancaran bukunya 'Allah,Liberty & Love : The courage To Reconcile Faith & Freedom' di THE BORDERS,Garden Mall ditangguhkan.
Saudara-saudara daripada NGO-NGO sekalian,digesa membuat bantahan kerana sekalipun program yang dirancang dijalankan di Monash University, Sunway campus  diadakan secara tertutup namun penghalallan LGBT di Malaysia tetap merupakan satu ancaman terhadap sosio-budaya kita rakyat Malaysia.

TERGIGIT JARI MANUSIA KETIKA MAKAN SANDWICH...... uwekkkk!!!!


Michigan – Seorang remaja melalui pengalaman yang tidak mungkin dilupakan seumur hidupnya iaitu makan sandwich jari manusia.
Insiden itu berlaku selepas Ryan Hart,14, dari Blackman Township sedang enak menikmati sandwich daging yang dibelinya di Restoran Arby apabila secara tiba-tiba dia merasakan ada benda terlekat di celah giginya.
Selepas merasakan dia sedang menguyah plastik, Ryan telah meluahkannya dan tanpa disangkanya benda tersebut adalah jari tangan sepanjang satu inci.
“Saya hampir termuntah melihat jari itu, ia amat menjijikkan,’’katanya.
Dalam pada itu, jurucakap Arby, John Gray memohon maaf kepada Ryan dan menyifatkan kejadian itu sebagai terpencil .
Jelasnya, kejadian itu berlaku selepas seorang kakitangannya, yang sedang memotong kepingan daging dengan menggunakan mesin telah terpotong jarinya sendiri.
Pekerja berkenaan kemudiannya terus meninggalkan restoran untuk ke hospital tanpa memaklumkan kepada sesiapapun.
Rakan sekerjanya yang tidak menyedari kemalangan itu meneruskan kerja bagi memenuhi permintaan pelanggan yang ramai.
Menurut Gray, selepas mereka mengetahui mengenai kemalangan itu, restoran berkenaan ditutup untuk pembersihan namun ia dibenarkan beroperasi semula seperti biasa.
Sementara itu, ibu Ryan, Jamie Vail, berkata, pada mulanya dia menyangka Ryan bergurau apabila menyatakan dia telah makan jari manusia dalam sandwichnya.
“Kami amat terkejut. Bagaimana mereka masih boleh menghantar makanan itu walaupun seseorang telah kehilangan jarinya,’’ kata Vail.
Beliau kemudiannya menghubungi 911 dan membawa anaknya ke hospital.
Sehingga kini, katanya Ryan masih terkejut, namun dia semakin pulih.
“Bagaimanapun Ryan sukar untuk melelapkan mata dan trauma dengan pengalamannya itu,’’ katanya.
Beliau telah bertemu dengan peguamnya dan masih membincangkan sama ada akan mengambil tindakan atau tidak terhadap restoran tersebut.

SIAPAKAH LELAKI BERJUBAH PUTIH YANG MENGANGKAT PEMUDA MATI SYAHID DENGAN SEBELAH TANGAN ....?????

Lelaki Berjubah Putih Mengangkat Pemuda Syahid Dengan Sebelah Tangan..Siapakah dia?

Ketika askar upahan rejim Basyar Al-Assad sedang menggila membunuh penunjuk perasaan, tiba-tiba keluar sosok tubuh seorang lelaki berjubah putih dari arah sebelah tentera Basyar Al-Assad.
Lelaki itu mengangkat mangsa yang syahid dibunuh askar upahan Basyar Al-Assad dengan tenang sedangkan di belakangnya ada tentera bersenjata.
Kelihatan lelaki berjubah putih itu tenang mengangkat pemuda yang telah mati syahid itu dengan sebelah tangan sahaja.
Siapakah lelaki berjubah putih itu?
Masih menjadi persoalan. Tengok video di bawah ini, mungkin kurang jelas tapi video yang kedua di penghujungnya mungkin anda dapat amati betul-betul.. Wallahu a’lam.
*Video ini pada asalnya telah dimuat naik pada 28 Disember tahun lalu sebelum dimuat naik berulang kali oleh pelbagai pihak.
*Lelaki dalam jubah putih itu dikatakan ghaib selepas menyerahkan pemuda yang cedera itu kepada sekumpulan pemuda lain.
*Punyalah tenang lelaki itu berjalan keluar dari bangunan di sebelah jasad pemuda berkenaan, sesuatu yang mengasyik untuk ditonton berulang kali.

BAGAIMANA SELAMAT DARI SEKSAAN KUBUR..???


Bagaimana Selamat Dari Seksaan Kubur?

Bagaimana Selamat Dari Seksaan Kubur?

Dikisahkan bahawa sewaktu Fatimah R.A. meninggal dunia maka jenazahnya telah diusung oleh 4 orang, antara :
1. Ali bin Abi Talib (suami Fatimah R.A).
2. Hasan (anak Fatima R.A).
3. Husin (anak Faimah R.A).
4. Abu Dzafrrin Al-Ghifary R.A
Sewaktu jenazah Fatimah R.A diletakkan di tepi kubur maka Abu Dzafrrin Al-Ghifary R.A berkata kepada kubur;
“Wahai kubur, tahukah kamu jenazah siapakah yg kami bawakan kepada kamu? Jenazah yg kami bawa ini adalah Siti Fatimah Az- Zahra, anak Rasulullah S.A.W.”
Maka berkata kubur;
“Aku bukannya tempat bagi mereka yg berdarjat atau orang yg bernasab, adapun aku adalah tempat amal soleh, orang yg banyak amalnya maka dia akan selamat dariku, tetapi kalau orang itu tidak beramal soleh maka dia tidak akan terlepas dari aku (akan aku layan dia dengan seburuk- buruknya).”
Abu Laits as-Samarqandi berkata kalau seseorang itu hendak selamat dari seksa kubur hendaklah melazimkan empat perkara semuanya :-
1. Hendaklah ia menjaga solatnya.
2. Hendaklah dia rajin bersedekah.
3. Hendaklah dia rajin membaca al-Quran.
4. Hendaklah dia memperbanyakkan membaca tasbih kerana dengan memperbanyakkan membaca tasbih, ia akan dapat menyinari kubur dan melapangkannya.
Adapun empat perkara yang harus dijauhi ialah :
1. Jangan berdusta.
2. Jangan mengkhianati.
3. Jangan mengadu-domba (jangan suka mencucuk sana cucuk sini).
4. Jangan kencing sambil berdiri.
Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud:
“Bersucilah kamu semua dari kencing, kerana sesungguhnya kebanyakan seksa kubur itu berpunca dari kencing.” – Hadith Riwayat Muslim.
Seseorang itu tidak dijamin akan terlepas dari segala macam seksaan dalam kubur, walaupun ia seorang alim ulamak atau seorang anak yang bapanya sangat dekat dengan Allah S.W.T
Sebaliknya kubur itu tidak memandang adakah orang itu orang miskin, orang kaya, orang berkedudukan tinggi atau sebagainya, kubur akan melayan seseorang itu mengikut amal soleh yg telah dilakukan sewaktu hidupnya di dunia ini. Jangan sekali-kali kita berfikir bahawa kita akan dapat menjawab setiap soalan yg dikemukakan oleh dua malaikat Mungkar dan Nakir dengan cara kita menghafal.
Pada hari ini kalau kita berkata kepada saudara kita yang jahil takutlah kamu kepada Allah dan takutlah kamu kepada soalan yang akan dikemukakan ke atas kamu oleh Malaikat Mungkar dan Nakir, maka mereka mungkin akan menjawab;
“Ah mudah saja, aku boleh menghafal untuk menjawabnya.”
Itu adalah kata-kata orang yang tidak berfikiran. Seseorang itu tidak akan dapat menjawab setiap soalan di alam kubur jika dia tidak mengamalkannya sebab yang akan menjawab ialah amalnya sendiri.
Wallahuallam.
Sumber: Bacalah Quran Dan Hayatinya.

PAS YANG 'DILONDEHKAN' OLEH MUFTI PERAK....!!!

pas-harusani

Gempak habis . . . kalau tak berani baca tak pa tapi rasa-rasanya inilah kali pertama Mufti Perak Tan Sri Harussani Haji Zakaria Khamis melondeh serta membongkar cerita lama mengenai kegilaan PAS sehingga menyebabkan masyarakat Islam khusus orang-orang Melayu berada dalam keadaan berpecah belah.
Selain dari itu beliau memberikan nasihat kepada para pemimpin parti itu supaya berhenti dari mengeluarkan  “fatwa” yang songsang sesuka hati kerana ia mengelirukan umat lslam.
Bahkan mufti itu juga menggunakan perkataan “tekong” perpecahan merujuk kepada perbuatan PAS yang memecahbelahkan perpaduan umat lslam di negara ini.
Serentak itu  sambil menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan  tuduhan PAS itu bahawa beliau mencampuri urusan politik berkata:
“Tuduhan tok guru Nik Aziz  bahawa saya campur politik . . .ia tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.
“Bahkan saya tidak pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik”katanya ketika diminta mengulas komen Nik Aziz.
Bercakap dalam satu pertemuan di pejabatnya di Ipoh, Harussani memberitahu sejarah penglibatan keluarganya dalam politik serta bagaimana tindakan PAS memulau abang iparnya kerana fahaman politik kepartian.
“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua  masuk Pas.. tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.
“Berdakwah kepada orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah berbangkit tentang  masalah  hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita lakukan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS waktu itu,  namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).
“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.
Walaubagaimanapun Harussani menjelaskan ““ akhir-akhir ini kita melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS  sudah menuju seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.
“Banyak contoh  boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun 1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai  kononnya haram (tidak halal) dimakan.
“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari, jadi imam pula tidak boleh sembelih. . .  haram.
“Yang kedua yang paling menyayat hati saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS  dan dia seorang peniaga kedai runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli  banyak orang PAS dan orang UMNO pun ada.
“Kebetulan satu ketika seorang  ketua UMNO di kampong itu meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.
Kerana insiden tadi Harussani menjelaskan abang iparnya   diboikot sehingga tutup kedai dan kembali  memotong getah semula “..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.
“Banyak lagi yang saya bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat oleh pemimpin PAS  merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.
“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak kepada keganasan sebagainya.
  
“Dia orang kata apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum syarak. “
“Jadi kalau itu yang dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.
Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya  kenapa kita berpecah dan ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”
“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang kafir sekarang.
“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . . sudahlah hidupnya  susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama sendiri.
Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan sebagainya.
“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt..  Dia (Allah) suruh kita bersatu,  bahkan dalam bersembahyang  kita diwajibkan berjemaah . . .”
“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.
“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.
“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir  dan  hentam  orang jahiliah.
“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”
“Ini bukan perbuatan orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan oleh Allah swt.
“Jadi hal-hal  sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan kegelisahan dalam masyarakat,  jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan niat untuk mengguling kerajaan itu  satu perkara salah.
“Kerana kerajaan yang sah sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja   dan dipimpin sekalipun  . . . haram kita memberontak.
“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi  tapi bukan dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan  . . .”
Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka) dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ maka tidak boleh pergi.”
“Kerana Allah menyebut dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan  kita minta kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .
Katanya lagi “Kedua kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka) merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan, anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan anggota polis itu.
“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan  pertama (Bersih 1.0) kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul,  jadi kerana  itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang berasaskan kepada empat asas.
“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.
“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya, perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..
Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini  Islam  dikaitkan dengan semua itu  tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu kerana saya dalam keuzuran  tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada anjing.. .bolehkah kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.
Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak bersikap demikian.
“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .
“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . . jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti (sebagai) terompah kayu  dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.
“Kemudian ibadat disamakan dengan tunjuk perasaan  ini semuanya salah jadi kita jangan telan bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin  dia terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan .  . . . saya tak ada  musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak pernah tinggal tiap-tiap  lima kali sembahyang  minta Allah ampuni seluruh umat Islam.
Menjawab satu soalan bahawa  PAS  sudah  terikut-ikut dengan DAP sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa itu  kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol dengan orang kafir masa itu,  keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.
“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk)  sebagai ketua dalam majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang  untuk menjatuhkan Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.
Beliau hairan kerana “orang  ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS  melantik orang bukan islam  . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?
“Quran banyak sekali  meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan melantik ketua kita orang bukan islam.
Nasihatnya  kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . . kita (perlu) berhati-hatilah dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan  yang salah dan melanggar hukum Allah. “
Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.
 OLEH : YUSOF HARUN