Saturday 5 May 2012

ADUN DAP BERTWEET DAN MAIN FB!! NYAWA KANAK2 JADI TARUHAN DEMO JALANAN..!!!



Sidang Dun Mac 2012

Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh (DAP) sedang melayan facebook ketika dewan bersidang

Cogankata blog Adun Subang Jaya
“It’s the fight for righteousness,” kata tweet DAPSubangJaya (screenshot atas) yang juga dikenali sebagai Warta Hannah Yeoh.
Pembangkang menggambarkan diri mereka di pihak yang benar dan bersifat “passionate and brave” (lihat screenshot bawah) manakala kerajaan digambarkan sebagai menzalimi rakyat.

Kanak-kanak di Bersih 3.0

Gambar-gambar ehsan Facebook Tan Keng Liang
Lihat laporan Australia Network News (ANN, video bawah, minit 0:09) di mana seorang peserta wanita India yang diwawancara stesyen TV itu berkata dalam nada marah sekali:
“I saw children suffocating, asking for breath because they couldn’t breathe. They shot teargas on children.”
(Seorang kanak-kanak kelihatan seolah-olah terkena gas pemedih mata dalam minit 0:17 video, bawah)
Kenapa hendak bawa kanak-kanak menghadiri demo di mana sudah dijangka rusuhan akan berlaku? Malah naib pengerusi DAP Tunku Aziz telah pun memberi amaran bahawa keganasan mungkin bakal berlaku.
Sekarang Hannah Yeoh ada DUA! saluran Twitter dengan baru munculnya DAPSubangJaya untuk menyebarkan mesej bencinya.
Dari 44,400 orang pengikut Twitter, disasarkan pula 88,800 orang Yeopies nanti lah. Puak evangelis cukup mahir dalam kerja MLM (multi-level marketing) dan maklum juga, pembantu khas yang digaji Hannah begitu ramai. Sebiji macampejabat ketua menteri Pulau Pinang yang penuh dengan pegawai-pegawai media dan para petugas bahagian komunikasi.
Dah lah ibubapa tidak bertanggungjawab, Adun DAP yang kononnya seorang penggubal undang-undang di DUN (Dewan Undangan Negeri) pun dua kali lima.
Tidakkah Hannah menyedari bahawa ianya menyalahi undang-undang (Akta Perhimpunan Aman 2011) untuk membawa kanak-kanak ke demo? Kenapa dia tak tegur?
Tweet dan retweet Hannah Yeoh menyuluh sinaran cahaya ke atas motif sebalik Bersih (screenshot bawah) — “Bersih 3.0 adalah mimpi ngeri bagi politikus BN”
Hannah men-retweet rencana Dr Goh Chee Leong yang berkata:
“Photos like [those showing "300,000 yellow shirts flooding the independence square"] that can stir and persuade even more people to join the movement. It’s a social contagion that can spread like wildfire. This close to the election, BN cannot afford a shift of momentum like that.”
Dr Goh ialah seorang Kristian yang bertemu ramai rakan-rakan segerejanya di Bersih 3.0 serta, “I saw whole churches with their pastors who had organised group outings for this”.
Hannah, yang telah memperli Joceline Tan (The Star) dalam retweetnya sebelum ini, kini men-retweet kritikan seorang penulis kolum The Malaysian Insider (Hafiz,bawah) terhadap Utusan.
Hannah menuduh media arus perdana sebagai “menghasilkan fitnah setiap hari dan memprovokasi ketegangan kaum”.
Political heroine” tersebut nampaknya macam lupa yang dia sendiri sedangdisiasat polis atas dakwaan memfitnah Timbalan Menteri Dalam Negeri.
Dia juga membalas tweet dengan Azmin Ali tentang “politik longkang” yang dipraktikkan oleh media arus perdana. Azmin berpendapat Hannah “begitu berani dalam perjuangannya menyelamatkan rakyat dan negara”.

Tweet dan reweet Hannah Yeoh

Gambar peserta rombongan Himpunan Hijau mengalami kesan gas pemedih mata yang ditweet Hannah
Lihat video ANN seorang lagi peserta Cina yang begitu marah kerana terkena gas pemedih mata (minit 0:19):
“They fire a shot at us and then instead of saying sorry [so that] we know it was accidental shot, they shot some more. Okay we was about to talk, and then make peace and negotiate and they shot at us”.
Percaturan politikus pembangkang ialah supaya menaikkan amarah golongan muda-mudi.

CER TENG0K SINI :

WAJIB BACA!!! DOKUMEN SEJARAH BUKTIKAN SIAPA MULAKAN TREND POLITIK LUCAH DI MALAYSIA.!!!

Sejak terkeluarnya gambar 'makan aiskrim' Azmin Ali di internet, pembangkang mula meroyan semacam.

Berbondong-bondong pemimpin pembangkang cuba menegakkan benang yang basah.

Maka, alasan yang paling POWER yang pembangkang boleh bagi adalah..........
.INI SEMUA SALAH UMNO DAN BARISAN NASIONAL.

Bila gambar tersebut keluar di muka hadapan Utusan dan Kosmo, makin meroyanlah pemimpin pembangkang termasuk Nik Aziz.




MyMassa cuba mengimbas sejarah, siapa sebenarnya yang suka menyebarkan politik lucah untuk menjatuhkan pihak lawan.

Ianya bermula dengan kes video lucah Timbalan Speaker Dewan Rakyat iaitu D.P. Vijandran. 
Pita video lucah Vijandran muncul setelah rumah Timbalan Speaker Dewan RakyatD.P Vinjandran dimasuki pencuri pada 8 Ogos 1988 . Pencuri tersebut telah mencuri 11 pita video dipercayai aksi lucah D.P Vijandran yang tersimpan dalam sebuah peti besi . Ibu dan anak saudaranya yang berada di dalam rumah itu turut diugut.

Dua bulan kemudian , Datuk Megat Junid Megat Ayub selaku Timbalan Menteri Dalam Negeri mengumumkan bahawa 4 orang lelaki telah ditahan dan sedang disiasat oleh pihak polis PDRM kerana memiliki pita video tersebut.

Pada 6 Disember 1989 , Karpal Singh seorang peguam dan ahli parlimen Jelutong ,Pulau Pinang telah membangkitkan isu pita video lucah tersebut. Pada 11 Disember1989 beliau menamakan Timbalan Speaker Dewan Rakyat, D.P Vijandran sebagai lelaki dalam video tersebut. D.P Vijandran segera menafikan hal itu dan menutup suis pembesar suara Karpal Singh dan mengarahkan Karpal Singh keluar dariDewan Rakyat. Tetapi Karpal Singh terus membuat dakwaan di luar parlimen dan mendesak V.P Vijandran meletak jawatan . Lalu D.P Vijandran membuat saman malu terhadapnya.

http://ms.wikipedia.org/wiki/Pita_video_Lucah_Vijandran

Pembangkang mungkin boleh nafikan jika tiada bukti yang sah. Bagaimana jika MyMassa letakkan bukti ini? Macam mana pembangkang nak pusing lepas ni? Dalam bukti ini, siapa yang menggunakan politik lucah untuk jatuhkan lawan, bukankah ia bermula dari parti pembangkang iaitu DAP?

Hansard Parlimen 11 Disember 1989 ms 42

Sejarah tidak boleh menipu. DAP lah yang memulakan politik lucah dengan mengaitkan skandal seks untuk menjatuhkan pihak lawan pada tahun 1989. Sejarah politik lucah dalam negara tidak berhenti di situ.

Kemudian pada tahun 1994, skandal seks sekali lagi digunakan oleh DAP untuk menjatuhkan Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik yang ketika itu sedang meningkat naik sebagai pelapis kepimpinan negara. Jika pada tahun 1989 ianya dijuarai oleh Karpal Singh, kali ini Lim Guan Eng pula menjadi jagoan fitnah lucah untuk jatuhkan pihak lawan.

Pada tahun 1997, pembangkang menggunakan taktik yang sama untuk menjatuhkan orang nombor dua dalam UMNO iaitu Anwar Ibrahim.

Ianya dimulakan oleh DAP sekali lagi. Kemudiannya disambung oleh PAS sehingga terciptalah gelaran Sheikh Al Juburi oleh Mat Sabu kepada Anwar Ibrahim.

MyMassa tidak bercakap kosong dalam hal ini. Sekali lagi hansard Parlimen dijadikan bukti siapakah yang menggunakan politik lucah untuk menjatuhkan musuh.







Baca seterusnya di sini (http://www.anwaraidc.com/?p=827).

Apabila kepercayaan pemimpin UMNO terutamanya Tun Mahathir kepada Anwar Ibrahim makin hilang, maka Anwar telah dipecat kerana skandal seksnya yang dimulai oleh Karpal Singh.

Namun ramai anak muda buta sejarah. Mereka menganggap skandal seks yang menjatuhkan Anwar Ibrahim berpunca dari UMNO. Hakikatnya, dokumen hansard Parlimen di atas menjadi bukti bahawa ianya dimulakan oleh Karpal iaitu pada tahun 1997, setahun lebih awal daripada Khalid Jefri mengedarkan buku 50 Dalil di Perhimpunan Agung UMNO tahun 1998.

Sudah terang lagi bersuluh. Bukti-bukti ini telah membersihkan nama UMNO daripada fitnah jahat pembangkang bahawa UMNO yang memulakan trend politik seperti ini. Apa yang berlaku pada hari ini, pendedahan skandal seks pemimpin pembangkang bukan dibuat oleh pemimpin UMNO. Pendedahan tersebut di buat oleh individu yang marahkan pemimpin pembangkang seperti Datuk Eskay yang merupakan rakan baik Anwar Ibrahim satu masa dahulu.

Ianya berbeza dengan pembangkang kerana yang menyebarkan cerita skandal seks pihak lawan datangnya dari pemimpin pembangkang sendiri seperti Karpal Singh, Lim Guan Eng dan Mat Sabu yang kini merupakan pemimpin tertinggi Pakatan Pembangkang.

Kepada rakan blogger, sila sebarkan fakta dan dokumen di atas untuk menjawab tohmahan pembangkang. Sedarkan penyokong pembangkang bahawa pemimpin mereka yang memulakan taktik kotor ini. Blogger BN yang menggunakan cara yang sama sebagaimana yang pernah mereka buat satu masa dahulu.


*Pemimpin pembangkang hanya boleh tipu penyokong mereka yang buta sejarah tetapi tidak kepada kami blogger BN yang celik fakta.

AZMIN ALI : DARAH DAGINGNYA HANYALAH ANWAR IBRAHIM..!!!

GEMPAR: Hati Saya Hancur, Kata Ibu Azmin Ali

GEMPAR: Hati Saya Hancur, Kata Ibu Azmin Ali....

Kami tiba di sebuah banglo lama dekat Kampung Kolam Air, Hulu Kelang kira-kira pukul 3 petang.
Dari jauh kelihatan seorang ibu tua yang bertongkat memandang kami dengan wajah yang cukup sayu.
Namanya Che Tom Yahaya, berusia 78 tahun.
Kalau sebut nama itu mungkin ramai yang tak mengenalinya, tapi kalau sebut nama Azmin Ali, Azwan Ali dan Ummi Hafilda Ali, tak mustahil ramai yang akan mengingatinya.
Beliau adalah ibu kandung kepada tiga individu yang cukup dikenali ramai ini.
Ketika memulakan bicara, Che Tom mengambil masa hampir beberapa minit sebelum melontarkan ayatnya yang pertama.
Namun setiap kali beliau bercakap, setiap kali itu jugalah airmatanya jatuh menitis membasahi pipi.
” Bila mengenangkan perbuatan Azmin, hati makcik hancur,” kata Che Tom merujuk kepada perbuatan dan tingkah laku anak sulungnya yang juga Ahli Parlimen Gombak itu.
Menurut Che Tom, entah dimana silapnya, Azmin, anak yang cukup baik dan mendengar kata tiba-tiba boleh berubah menjadi yang sebaliknya.
Kata Che Tom, kali terakhir beliau bertemu muka dengan anak sulungnya itu hanyalah pada pagi Hari Raya Aidil Fitri tahun lepas.
Sejak itu Azmin tidak lagi menjenguknya walaupun jarak pejabat Timbalan Presiden PKR berkenaan hanyalah kira-kira 10 minit dari rumahnya.
Malah menurut Che Tom, Azmin langsung tidak memberi nafkah kepada beliau termasuk tidak datang menziarahinya sewaktu beliau sakit dan terlantar di hospital.
” Pada pagi hari raya itu kebetulan Ummi Hafilda juga ada di rumah saya…melihat saja kehadiran Ummi Hafilda, dia terus memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.
” Malah di pagi yang mulia itu juga, dia memberitahu anak-anaknya supaya jangan duduk di atas kerusi di rumah saya kerana kononnya ia belum ‘disamak’, Azmin juga tak bagi anaknya menjamah makanan yang dihidangkan kerana menuduhnya ‘benda haram’.
” Bila saya tegur kenapa dia sanggup berkata begitu terutama kepada adik perempuannya itu sedangkan Ummi Hafilda juga adalah darah dagingnya sendiri, jawab Azmin, darah dagingnya hanyalah Anwar Ibrahim,” kata Che Tom sambil menahan sebak.
Menurut Che Tom, Allah saja yang tahu betapa seksa dan azabnya dia sewaktu mengandungkan Azmin.
Tetapi, menurut Che Tom, dia tidak sangka segala kesusahan itu dibalas dengan sedemikian rupa.
Ketika ditanya mengenai tuduhan terbaru yang dilemparkan ke atas Azmin, Che Tom berkata dia tidak tahu sama ada ianya benar atau sebaliknya.
Tetapi beliau mengakui cukup tertekan apabila masyarakat sekeliling bercakap mengenainya, malah telefonnya juga asyik berbunyi apabila ramai sanak saudara dan kenalan bertanyakan hal itu.
” Bagi makcik mudah, kalau betul dia rasa dia di pihak yang benar, saman mereka, bersumpah dengan nama Allah untuk membersihkan namanya itu,” kata Che Tom.
Selasa lalu, beberapa laman blog menyiarkan siri gambar yang memaparkan aksi panas seorang lelaki mirip pemimpin pembangkang dengan wanita termasuk melakukan seks oral di dalam sebuah tandas.
Paling mengejutkan pendedahan beberapa blog yang menyiarkan gambar seorang lelaki menyerupai pemimpin parti pembangkang sedang menyelak baju seorang wanita di dalam sebuah tandas.
Gambar itu dipercayai sebahagian daripada sedutan rakaman aksi seks lelaki berkenaan bersama wanita misteri yang dirakam menggunakan kamera tersembunyi daripada bahagian atas tandas tersebut.
Bagaimanapun, Azmin segera menafikan beliau adalah lelaki dimaksudkan dan pada masa sama, menuduh UMNO sebagai dalang dalam penyebaran gambar panas itu.
Ketika diminta berkata sesuatu kepada Azmin sempena Hari Ibu esok, Che Tom berkata, beliau redha sekiranya ‘dijemput pulang’ oleh Allah dalam masa terdekat ini dan tidak mengharapkan Azmin pulang menziarahi jenazahnya.
Cuma Che Tom berkata, beliau berharap benar agar Azmin perlu menjauhkan diri dari ‘kumpulan’ yang disertainya sekarang.
” Saya tak pernah ajar Azmin untuk jadi seperti sekarang, saya malu kepada masyarakat,” katanya.
Namun biar apapun yang terjadi, tambah Che Tom, dia tetap sayangkan Azmin.
” Saya tak akan buang dia, dia tetap anak saya yang saya bela dari tapak kaki dua jari.
”  Baliklah ke pangkal jalan dan bertaubatlah,” katanya dalam nada perlahan sambil memandang ke arah luar jendela banglo usang tersebut.

BERAPA KONTENA DAN DIMANA NOT RM500 DAN RM1000 ANWAR SEMBUNYIKAN DI LUAR NEGARA..???




 CUBA ANDA TEKA BERAPA KONTENA NOT INI ANWAR SIMPAN DI LUAR NEGARA BEBERAPA HARI SEBELUM BELIAU DIPECAT TPM TAHUN 1998 DAHULU

APA KESAN KEPADA NEGARA JIKA ANWAR JADI PM?

Cuba anda duduk sekejap, tutup mata anda, tapi buka pintu hati anda. Bayangkan hari ini Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia? Dengan segala kesah yang tidak bermoral, diketahui oleh para lintah darat.

Berapa agaknya Anwar perlu bayar untuk menutup mulut mereka semua? Di mana Anwar nak ambil duit? Gaji Perdana Menteri berapa nak bayar berjuta-juta para lintah darat? Tak kan lah para lintah darat yang memegang segala rahsia Anwar nak minta ratus ribu atau satu dua juta sahaja?

Sudah tentu Anwar akan melelong apa sahaja yang ada dan merasuah apa sahaja untuk membayar semua itu! Bukankah dulu Anwar memang perasuah terbesar ketika menjadi Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri!

Ambil satu contoh yang kecil sahaja, anda boleh semak projek berbillion yang diberikan kepada Kamarudin Jaafar semasa mengendalikan sistem pengangkutan LRT di bandaraya Kuala Lumpur ketika itu. Anwar hilang RM200,000 dalam rumah pun tidak kesah, tidak membuat laporan polis!

Anda nak tahu sedikit cerita benar yang anda kurang detailnya...tentang not-not RM500 danRM1000 yang dicipta oleh Anwar semasa beliau menjadi Menteri Kewangan. Di mana not-not itu sekarang? Anda nak tahu berapa kontena Anwar membawa lari wang itu ke luar negara? Anda sudah lupa beberapa jam sebelum Anwar ditahan ISA pada tahun 1998 itu, beberapa jam sebelum itu beliau sudah berjaya membawa keluar wang-wang itu ke luar negara!

Jika anda berjumpa Rahim Ghouse dan A. Nazri Abdullah, anda akan tahu di mana wang-wang itu disimpan. Nasib baiklah kerajaan segera membatalkan not-not itu, sebab itulah Anwar pening dan marah. Sebab itu jugalah Anwar nak jadi PM kerana hendak menyelamatkan not-not itu yang masih tersimpan di luar negara. Jika hari ini Anwar menjadi PM, esok lusa Anwar akan menghalalkan not-not itu!