Sunday 29 April 2012

BERSIH 3.0 - PDRM PUBLISHKAN NAMA PEMBANGKANG YANG MENGHASUT. ADAKAH TANGKAPAN AKAN DILAKUKAN SEGERA..???





Hebahan Media Pihak Polis PDRM telah merumuskan bahawa 
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat dan Pembangkang berikut 
bertanggungjawab terhadap rempuhan oleh perusuh-perusuh di 
Dataran Merdeka sehingga menyebabkan kecederaan dan terpaksa dirawat. 
Mereka telah menghasut supaya bertindak agresif terhadap pihak Polis.

1- Masjid Negara  - Anwar Ibrahim, Mat Sabu, Lim Kit Siang
2- LRT Masjid Jamek – Anwar Ibrahim, Ambiga
3- Jalan Tun Perak – Azmin Ali
4- SOGO – Hatta Ramli, Mahfuz Omar, Sallehuddin Ayub.

“Sebelum peserta perhimpunan merempuh dan memasuki 
Dataran Merdeka, terdapat beberapa orang pemimpin pembangkang 
dan NGO, telah memberi ucapan kepada peserta perhimpunan”

“Selepas ucapan tersebut, peserta perhimpunan telah bertindak 
agresif dengan membaling pelbagai objek ke arah Polis dan merempuh 
penghadang serta bergerak menghala ke Dataran Merdeka. 
Pihak polis telah mengambil tindakan dengan melepaskan 
tembakan air dan kemudiannya di ikuti dengan gas pemedih mata bagi 
menghalang kemaraan kumpulan tersebut..” 
Ketua Polis Kuala Lumpur, dari FB PDRM.


Jelas lah kepada kita bahawa sebagai rekod rasmi kerajaan, perusuh-perusuh 
telah bertindak agresif selepas di api-apikan oleh pemimpin politik. 
Oleh itu pihak Polis terpaksa bertindak segera dengan melepaskan tembakan 
air dan gas pemedih mata.

Jika terdapat segala bukti-bukti dan pihak PDRM telah mengeluarkan 
Kenyataan Media yang pemimpin Pakatan bertanggunjawap, maka tindakan 
selanjutnya ialah menahan mereka kerana menghasut sehingga menimbulkan 
huru-hara dan menyebabkan kecederaan awam.

Sanggup kah pihak Polis bertindakan demikian atau mereka akan 
menunggu arahan selanjutnya dari Hishamuddin.


Hishamuddin pula akan memberi jawapan standard, “kita serahkan kepada 
pihak Polis”.

Pihak Polis pula akan mengeluarkan jawapan standard, “sehingga kini kita 
belum ada menerima apa-apa lapuran dari orang awam, maka kita tidak 
boleh memulakan siasatan untuk diambil apa-apa tindakan”

Kadang-kadang kita naik give-up juga. Penghasut dan pengkhianat negara 
seperti Anwar dan Ambiga tetap bermaharaja lela dan mengambil 
kesempatan terhadap kelemahan sistem birokrasi untuk menghancurkan 
negara.

Apa yang kita boleh buat, selain tunggu dan lihat negara dihancurkan 
satu demi satu.


Tunggu pi tunggu mai, datang pula Bersih 4.0.


BY - HHalem

PEMAIN ULAR DIPATUK ULAR KETIKA PERSEMBAHAN

Dipatuk Ular Semasa Membuat Persembahan

PARIT BUNTAR – Pengunjung Fiesta Pelancongan Peringkat Daerah Kerian, di Dataran Pinggiran Sungai Kerian, di sini, dikejutkan dengan insiden seorang kanak-kanak dipatuk ular semasa mengadakan pertunjukan bermain ular pada majlis perasmian, semalam.
Kanak-kanak berkenaan, Mohd Amirul Azimi Yahaya, 9 merupakan dijemput untuk menunjukkan kemahiran permainan ular dengan pelbagai gaya bersama bapanya, Yahaya Abdullah, 60.
Yahaya ketika ditemui berkata, Mohd Amirul Azimi dipatuk spesis Ular Punti pada pipi kiri sehingga berdarah, menyebabkan kanak-kanak itu jatuh tertiarap dengan mulut berbuih.


Menurutnya, sungguhpun kejadian itu mengejutkan namun ia merupakan perkara biasa bagi seorang pemain ular dan anaknya selamat tanpa menghadapi sebarang risiko.
“Anak saya selamat serta sihat seperti sediakala. Malah dia lebih bersemangat untuk menunjukkan kemahirannya bermain ular kepada orang ramai.
“Ini merupakan kejadian yang biasa terjadi dan saya mempunyai cara untuk merawatnya termasuk mendapatkan rawatan dari hospital,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.
Mohd Amirul Azimi mendapat rawatan daripada kakitangan Hospital Parit Buntar (HPB) yang turut berada di tapak fiesta berkenaan, semalam.
BERITA SETERUSNYA......DI SINI
Kanak-kanak ini dilatih untuk menjadi pemain ular yang baik dan menjadi sumber pendapatan keluarga. Kata pepatah, melentur buluh biar dari rebungnya.... Semoga adik Amirul Azimi segera sembuh. 
Berlainan dengan gambar berikut... 'melentur buluh dari rebung' untuk menjadi 'pengganas'...!!!



BUKTI : BERSIH 3.0 ADALAH AGENDA POLITIK ANWAR IBRAHIM..!!!


WTF. Ini yang Ambiga dok kata BERSIH tiada kaitan dengan parti politik?

AMBIGA TERSENYUM DENGAN BANGGANYA... BERJAYA PERDAYAKAN MELAYU BODOH SUJUD DENGAN AGENDANYA...!!!! 

BERSIH 3.0 - TIADA ISTILAH AMAN DAN BERSIH..!!!


DEMONSTRASI JALANAN.... bila melibatkan puluhan ribu penyokong, tidak kira di negara mana sekalipun, apa agama sekalipun, pasti ianya tidak lari dari memaparkan aksi-aksi ganas dan ekstremis. 

Begitu juga dengan DEMONSTRASI JALANAN BERSIH 3.0 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur, semalam. Janji dan 'poster' yang disebarkan di seluruh negara kononnya 'DUDUK BANTAH' hanyalah omong kosong untuk mengaburi pihak-pihak keselamatan negara.  

Namun begitu, pasukan PDRM mungkin lebih peka dan menjadikan Bersih 1 dan 2 sebelum ini sebagai tanda aras bahawa puak-puak 'pelampau pakatan haram' ini, pasti akan membuat huru-hara dan keganasan, dan mereka bertindak dengan menutup laluan untuk ke Stadium Negara...

Berikut dipaparkan beberapa keping gambar (bukan edit dan superimpose) dan video wajah sebenar suasana BERSIH 3.0 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur pada 28 April 2012 (Sabtu ) : 

Habis kereta polis dikerjakan oleh puak-puak melayu pelampau Bersih 3.0!!!







Polis yang menjadi mangsa keganasan pelampau Bersih 3.0




Senarai nama polis yang tercedera. Doakan mereka cepat sembuh untuk kembali bertugas. Terima kasih sang saka biru! 
1. KPL 165534 MOHD FAIRUZ BIN ZULKIFLI, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN LUKA DAN CALAR DI BADAN AKIBAT DITENDANG DAN DIPIJAK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU DIRAW...AT DI HKL. 
2. KPL 141269 ABU BAKAR BIN ABDUL RAHMAN, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN PECAH DIBIBIR, BENGKAK BAWAH MATA KIRI DAN KESAKITAN DI BADAN AKIBAT DITUMBUK DAN DIBALING OBJEK SEHINGGA TERJATUH DARIPADA MOTOSIKAL. BELIAU DIRAWAT DI PPUKM. 
3. KONST 171506 AZIZI BIN MOHD NOH, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK BUKIT AMAN, MENGALAMI KECEDERAAN DI PIPI AKIBAT DIBALING OBJEK KERAS DAN MENDAPAT RAWATAN DI HKL. 
4. L/KPL 152574 MOHD NASIR BIN ABU MANSUR, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KESAKITAN BADAN DAN TIDAK BOLEH DUDUK AKIBAT TERJATUH MOTOSIKAL DAN DIPUKUL DI PERUT. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 
5. L/KPL 157576 DATU MOHD JOHAR DATU SHARIMAN, ANGGOTA CAWANGAN TRAFIK KUALA LUMPUR, MENGALAMI KECEDERAAN DI MATA AKIBAT DITUMBUK OLEH PESERTA PERHIMPUNAN. BELIAU MENERIMA RAWATAN SEBAGAI PESAKIT LUAR DI HKL. 
6. KONST 178857 MOHD NOR FIRDAUS BIN HJ ABU BAKAR, ANGGOTA IPD PUTRAJAYA, MENGALAMI KECEDERAAN RETAK TULANG LENGAN KANAN DAN DIRAWAT DI PPUKM. 
7. KONST 175128 MOHD KAMIL BIN PARIMIN, ANGGOTA IPK TERENGGANU, MENERIMA 7 JAHITAN DI KEPALA DAN DIRAWAT DI HKL. 
8. KONST 179689 ZAMAN BIN ALI, ANGGOTA BALAI POLIS WANGSA MAJU, MENGALAMI KECEDERAAN PATAH HIDUNG DAN DIRAWAT DI HKL. 
9. SJN 84797 SHUIB BIN JAMALUDDIN, ANGGOTA IPD KANGAR, SAKIT DARAH TINGGI DAN DIRAWAT DI HKL. 
10. L/KPL 124962 TUAN RUZI BIN TUAN SENG, ANGGOTA IPD MACHAP JOHOR, KECEDERAAN PATAH DUA BATANG GIGI, KOYAK DI BAHAGIAN BIBIR (7 JAHITAN DI DALAM BIBIR), DAN LEBAM SELURUH BADAN. BELIAU DIRAWAT DI HKL. 
11. L/KPL 157813 AMIRUL BIN NAWRI, ANGGOTA BALAI POLIS PORT DICKSON, MENGALAMI SESAK NAFAS AKIBAT DITUMBUK. BELIAU DIRAWAT DI HKL.

VIDEO :
 
SAKSIKAN SENDIRI VIDEO INI..
APAKAH INI YANG MEREKA KATAKAN PERHIMPUNAN AMAN???
APAKAH HANYA KERANA MENJALANKAN TUGAS...
ANGGOTA POLIS INI PERLU DIBELASAH SEDEMIKIAN RUPA???
APAKAH INI BUDAYA DAN WAJAH SEBENAR PENDOKONG BERSIH??
BAYANGKAN PULA JIKA MEREKA INI DIBERIKAN PELUANG UNTUK MEMERINTAH NEGARA..
UNTUK SEKIAN KALINYA, KERAJAAN JANGAN BERLEMBUT SANGAT..
SUDAH SAMPAI MASA UNTUK BERTEGAS...
KAUM ITU DAH MULA TUNJUK WAJAH SEBENAR...
DAH SANGGUP KONGSI NAK JADIK TUAN PULAK...
BAGI BETIS NAK PAHA..
ORANG MELAYU MEREKA PANDANG HINA..
POLIS PUN MEREKA SANGGUP BELASAH!!!
MENTANG-MENTANGLAH POLIS NI RAMAI MELAYU...
 >>>>  THE FLYING KICK <<<<

Kecik2 dh di bawak menyetan.....

"Kita Tawan DATARAN MERDEKA Biar Bermandi DARAH Sekalipun"..... MAT SABU 121 HOTEL PERDANA!

KEROSAKAN DAN KEMUSNAHAN :















Gambar dari PDRM

Banyak lagi gambar-gambar dan video yang menunjukkan keganasan yang telah mereka lakukan.  Penulis hanya memaparkan sebahagiannya sahaja.... termasuk gambar berikut :


WARTAWAN JUGA DIBELASAH :
Beliau ada adalah Mohamad Azri Salleh adalah seorang jurugambar di stesen televisyen yang terkenal dengan program bercorak keIslamannya, TV Al Hijrah.




Azri sedang menerima rawatan kecemasan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).



Hakikatnya kewujudan Bersih 3.0 bukan agenda Pilihanraya Bersih & Adil.
Ianya satu usaha yang dibelakangi Dajal bagi menyukat sokongan terhadap mereka di Malaysia.
Berjaya atau Gagal bukan juga penting buat mereka,yang penting ruang sudah tersedia.
Orang kita juga seolah berpesta menyertainya.


JANGAN MALAS.... fikir-fikirkan bersama!!!